FM Towns Marty (Jepun: エフエムタウンズマーティー, Hepburn: Efu Emu Taunzu Mātī) merupakan sebuah konsol permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat Fujitsu pada tahun 1993 dan hanya dipasarkan di Jepun sahaja[1]. Konsol ini merupakan konsol pertama di dunia yang berteraskan kepada teknologi 32-bit dan menggunakan media CD-ROM sebagai medium untuk permainan video yang dikeluarkan. Pengguna yang membeli set konsol ini akan menerima konsol itu sendiri serta sebiji alat pengawal standard, dan menawarkan aksesori tambahan seperti tetikus dan papan kekunci[2].

Fujitsu FM Towns Marty
PengilangFujitsu
JenisKonsol permainan video
GenerasiGenerasi kelima
Ketersediaan runcitJepun 20 Februari 1993
MediaCD-ROM, cakera liut
CPUAMD 386SX (32-bit) berkelajuan 16 MHz

Pembangunan konsol ini adalah berdasarkan kepada pasaran komputer peribadi yang semakin mendapat perhatian di kalangan pengguna-pengguna di Jepun[3] dan spesifikasi konsol ini adalah berteraskan kepada produk komputer peribadi Fujitsu, FM Town[3][2].


Spesifikasi sunting

Spesifikasi konsol ini adalah berteraskan kepada produk FM Town, iaitu produk komputer peribadi yang dikeluarkan oleh Fujitsu dan merupakan platform yang sangat sesuai untuk membangunkan beberapa permainan video kompleks. Namun begitu, oleh kerana kekurangan butang pada alat pengawal konsol ini menyebabkan pembangun permainan video tidak dapat membangunkan permainan video yang banyak untuk konsol ini[1].

Sistem teras
Cip mikropemproses AMD 386SX (32-bit) berkelajuan 16 MHz
RAM 2 MB
RAM video 640 KB
Grafik dan suara
Palet warna 4096, atau 32,768, atau 16,777,216 warna
Resolusi skrin 256 x 512, 512 x 256, 512 x 512, 640 x 819, 1024 x 512
Saluran audio 6 saluran


Rujukan sunting

  1. ^ a b "Fujitsu FM Towns Marty: A Beginner's Guide". Racket Boys. 21 Februari 2012. Dicapai pada 22 Oktober 2015.
  2. ^ a b Slaven, Andy (2002). Video Game Bible, 1985-2002. Trafford Publishing. ISBN 1553697316. Dicapai pada 22 Oktober 2015.
  3. ^ a b Priestman, Chris (16 Mac 2015). "Japan's strangest videogames and the person who finds them". Kill Screen Daily. Dicapai pada 22 Oktober 2015.