Fábio Henrique Tavares (lahir 23 Oktober 1993), dikenali sebagai Fabinho merupakan seorang pemain bola sepak profesional yang bermain sebagai pemain tengah pertahanan untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool dan pasukan kebangsaan Brazil.

Fabinho
Fabinho (43934382122) (cropped).jpg
Fabinho bermain untuk Liverpool pada tahun 2018
Maklumat peribadi
Nama penuh Fábio Henrique Tavares[1]
Tarikh lahir (1993-10-23) 23 Oktober 1993 (umur 27)[2]
Tempat lahir Campinas, Brazil
Ketinggian 1.88 m (6 ka 2 in)[2]
Posisi permainan Pemain tengah pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Liverpool
Nombor 3
Kerjaya remaja
0–2012 Fluminense
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2012 Fluminense 0 (0)
2012–2015 Rio Ave 0 (0)
2012–2013 → Real Madrid Castilla (Pinjaman) 30 (2)
2013Real Madrid (Pinjaman) 1 (0)
2013–2015 → Monaco (Pinjaman) 62 (1)
2015–2018 Monaco 105 (22)
2018– Liverpool 61 (3)
Pasukan kebangsaan
2015– Brazil 12 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 21:12, 17 Oktober 2020 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 15:00, 14 Oktober 2019 (UTC)

Setelah memulakan kariernya di kelab Fluminense, beliau berpindah ke Rio Ave pada tahun 2012. Beliau menghabiskan seluruh waktunya di luar dengan pinjaman, termasuklah pertama di Real Madrid Castilla, dan membuat satu penampilan pengganti untuk pasukan pertama. Beliau kemudiannya menghabiskan lima tahun di Monaco dengan bermain 233 permainan keseluruhan dan menjaringkan 31 gol, serta memenangi Ligue 1 pada 2016-17. Pada musim pertamanya di Liverpool, beliau telah memenangi Liga Juara-Juara UEFA.

Fabinho membuat penampilan pertama antarabangsa untuk Brazil pada tahun 2015, dan merupakan sebahagian daripada pasukan Brazil di Copa América pada tahun 2015 dan 2016.

Karier kelabSunting

FluminenseSunting

Dilahirkan di Campinas, São Paulo dan Fabinho memulakan kariernya di Fluminense. Pada 20 Mei 2012, beliau dipanggil ke skuad pasukan pertama untuk satu-satunya dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Corinthians untuk musim Série A.[3]

Rio Ave dan Real MadridSunting

Pada 8 Jun 2012, Fabinho menyertai pasukan Liga Primeira, Rio Ave dalam perjanjian enam tahun. Namun beliau hanya berada dalam tempoh satu bulan di Rio Ave, dan kemudiannya menyertai Real Madrid Castilla dalam perjanjian pinjaman sepanjang musim pada 19 Julai.[4] Pada 17 Ogos, beliau membuat penampilan profesionalnya buat pertama kali ketika musim Segunda División Sepanyol bermula dengan keputusan kekalahan 2-1 ke atas Villarreal.[5] Pada 28 April 2013, Fabinho telah menjaringkan gol pertamanya dengan menghasilkan gol penyamaan tambahan ketika seri 3–3 menentang CD Numancia.[6]

Pada 8 Mei 2013, beliau membuat penampilan sulungnya di La Liga bersama Real Madrid dengan hanya bermain dalam masa 14 minit sahaja. Fabinho menggantikan Fábio Coentrão dan menghasilkan bantuan kepada Ángel Di María untuk jaringan gol keenam dalam kemenangan 6-2 ke atas Málaga di Stadium Santiago Bernabéu.[7]

MonacoSunting

 
Fabinho bermain untuk Monaco pada tahun 2014.

Pada 19 Julai 2013, Fabinho bergabung dengan Monaco dengan perjanjian pinjaman sepanjang musim.[8] Pada 10 Ogos, beliau membuat penampilan sulung buat Monaco dalam perlawanan kempen Ligue 1 musim 2013-14 menentang Bordeaux dengan kemenangan 2-0 di Stade Chaban-Delmas.[9] Dalam perlawanan peringkat suku akhir 2013-14 kejohanan Coupe de France, beliau menjaringkan gol pertamanya buat Monaco pada minit ke-58 dalam kemenangan 6-0 ke atas Lens pada 26 Mac 2014.[10]

Setelah tamat kontrak pinjaman dalam tempoh satu tahun di Monaco, beliau menyambung semula kontrak pinjaman bersama Monaco dengan menambah tempoh setahun lagi. Pada 9 Disember 2014, beliau menjaringkan gol kemenangan 2-0 ke atas Zenit St Petersburg dalam Kumpulan C (gol pertamanya di Liga Juara-Juara UEFA atau Liga Europa UEFA), dan sekaligus membolehkan Monaco layak peringkat kalah mati dalam kejohanan Liga Juara-Juara UEFA 2014-15 sebagai pemenang kumpulan.[11]

Pada 19 Mei 2015, setelah dua musim dipinjamkan di Monaco, Monaco dan Rio Ave bersetuju untuk perpindahan kekal Fabinho; beliau menandatangani kontrak dengan Monaco untuk empat musim akan datang dan akan terikat dengan kelab tersebut sehingga 30 Jun 2019.[12]

Pada 20 Mac 2016, Fabinho memenangi penalti ketika dikasari oleh rakan senegaranya David Luiz dengan membantu Monaco dalam kemenangan 2-0 ke atas Paris Saint-Germain. Perlawanan tersebut merupakan kekalahan pertama buat Paris Saint-Germain sejak Mei 2014.[13]

Pada peringkat pusingan 16 pertama kalah mati kejohananan Liga Juara-Juara UEFA 2016-17, Fabinho telah memberi satu bantuan kepada Radamel Falcao dan Kylian Mbappé dengan menyaksikan Monaco tewas 5-3 kepada Manchester City pada 21 Februari 2017.[14] Pada 15 Mac, Fabinho menghasilkan jaringan mata 2-0 pada minit ke-29 dengan membantu Monaco menewaskan Manchester City 3-1 (Keseluruhan agregat 6-6) dalam perlawanan timbal balik di Stade Louis, serta melayakkan Monaco mara ke suku akhir kejohanan Liga Juara-Juara UEFA.[15]

LiverpoolSunting

2018–2019: Kejuaraan Liga Juara-Juara UEFASunting

Pada 28 Mei 2018, kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool mengumumkan bahawa Fabinho akan menandatangani kontrak bersama kelab tersebut dengan kontrak jangka panjang dengan bayaran awal sebanyak £39 juta dan berkuatkuasa pada 1 Julai 2018.[16][17] Dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara UEFA, beliau membuat penampilan pertamanya bersama Liverpool dengan menggantikan Sadio Mané pada masa kecederaan dan menyaksikan Liverpool menang 3-2 ke atas Paris Saint-Germain di stadium Anfield.[18][19] Pada 20 Oktober 2018, Fabinho membuat penampilan pertama sebagai pengganti dalam Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 1-0 ke atas Huddersfield Town.[20] Seminggu kemudian, beliau diberi peluang untuk bermain penuh dalam permulaan liga pertamanya dengan kemenangan 4-1 di ke atas Cardiff City. Beliau bermain dalam bahagian posisi tengah bersama Georginio Wijnaldum dan mendapat pujian dari Sky Sports.[21][22] Pada 17 Disember, Fabinho dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Carlsberg setelah persembahannya yang baik menentang Manchester United dalam kemenangan 3-1.[23] Pada 26 Disember 2018, Fabinho menjaringkan gol pertamanya buat Liverpool dalam kemenangan 4-0 menentang Newcastle United.[24]

Pada awal Januari 2019, Fabinho bermain di posisi tengah pertahanan menentang Wolverhampton Wanderers dalam pusingan ketiga Piala FA dan juga menentang Brighton di Liga Perdana Inggeris.[25] Berikutan persembahannya, pengurus Jurgen Klopp memujinya dan menyatakan bahawa beliau adalah "pilihan pemain tengah pertahanan".[26] Pada 4 Mei 2019, beliau membantu pasukannya untuk menjaringkan gol buat Liverpool dengan kemenangan 3-2 ke atas Newcastle United.[27][28] Pada 1 Jun 2019, Fabinho bermain 90 minit penuh buat Liverpool dalam perlawanan akhir kejohanan Liga Juara-Juara UEFA 2019 menentang Tottenham Hotspur. Fabinho juga memperoleh trofi pertamanya buat Liverpool setelah kelab tersebut menjuarai kejohanan Liga Juara-Juara UEFA buat kali keenam.[29]

2019–2020: Perkembangan kerjayaSunting

 
Fabinho (sebelah kiri) bersama rakan sepasukan Liverpool meraikan kemenangan Piala Super UEFA menentang Chelsea.

Pada 14 Ogos 2019, Fabinho bermain sebagai kesebelasan utama dalam kejohanan Piala Super UEFA 2019 menentang Chelsea. Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri 2-2 dan kemudiannya diheret ke masa tambahan sehingga penentuan sepakan penalti. Fabinho menjaringkan gol kedua dalam penentuan sepakan penalti yang menyaksikan Liverpool menang 5-4 ke atas Chelsea.[30]

Pada 27 Oktober 2019, beliau mendapat pujian dari para peminat atas penampilannya dalam kemenangan 2-1 menentang Tottenham.[31][32] Pada 10 November 2019, gol pertama Fabinho musim tersebut muncul semasa menentang Manchester City dengan kemenangan 3-1 dan sekaligus dipilih oleh BBC Sport sebagai "Pemain Terbaik Perlawanan".[33] Semasa perlawanan penting di Liga Juara-Juara menentang Napoli, beliau mengalami kecederaan awal dan digantikan selepas 18 minit.[34] Dua hari kemudian, Liverpool mengumumkan bahawa kecederaan tersebut akan membuat Fabinho tidak beraksi sehingga awal 2020.[35]

Karier antarabangsaSunting

Pada mulanya, Fabinho telah disenaraikan dalam skuad 23 pemain oleh jurulatih Brazil, Dunga untuk kejohanan Copa América 2015 di Chile. Pada 7 Jun 2015, Fabinho membuat penampilan pertamanya buat pasukan Brazil semasa perlawanan pemanasan menentang Mexico, di mana beliau menggantikan Danilo pada separuh masa kedua dengan kemenangan 2-0 di Allianz Parque, São Paulo.[36] Dengan Dani Alves bermain sepanjang kejohanan di bek kanan, Fabinho tidak bermain di Copa América, di mana Brazil mara ke suku akhir. Fabinho terpilih untuk skuad Copa América Centenario Brazil,[37] walaupun beliau tidak bermain di salah satu dari tiga perlawanan Brazil di dalam kejohanan tersebut.

Kehidupan peribadiSunting

Fabinho berkahwin dengan Rebeca Tavares pada tahun 2015 dan telah bersama sejak 2013.[38] Di Liverpool, beliau mendapat julukan, "The Hoover," di atas padang kerana banyak menghasilkan bentesan bersih semasa mematikan pergerakan pihak lawan.[39]

Statistik karierSunting

KelabSunting

Sehingga perlawanan yang dimainkan pada 17 Oktober 2020
Penampilan dan jaringan gol mengikut kelab, musim dan pertandingan
Kelab Musim Liga Piala Negara[a] Piala Liga[b] Kontinental Lain Jumlah
Bahagian Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Fluminense 2012[40] Série A 0 0 0 0 0 0 0 0
Real Madrid Castilla (Pinjaman) 2012–13[40] Segunda Division 30 2 30 2
Real Madrid (Pinjaman) 2012–13[40] La Liga 1 0 0 0 0 0 0 0 1 0
Monaco (Pinjaman) 2013–14[40] Ligue 1 26 0 4 1 1 0 31 1
2014–15[40] Ligue 1 36 1 4 0 3 0 10[c] 1 53 2
Monaco 2015–16[40] Ligue 1 34 6 3 2 1 0 9[d] 0 47 8
2016–17[40] Ligue 1 37 9 4 0 1 0 14[c] 3 56 12
2017–18[40] Ligue 1 34 7 2 1 4 0 5[c] 0 1[e] 0 46 8
Jumlah 167 23 17 4 10 0 38 4 1 0 233 31
Liverpool 2018–19 Liga Perdana Inggeris 28 1 1 0 1 0 11[c] 0 41 1
2019–20 Liga Perdana Inggeris 28 2 2 0 0 0 7[c] 0 2[f] 0 39 2
2020–21[41] Liga Perdana Inggeris 5 0 0 0 1 0 0 0 1[g] 0 7 0
Jumlah 61 3 3 0 1 0 18 0 2 0 87 3
Jumlah kerjaya 258 28 20 4 12 0 56 4 4 0 349 36
  1. ^ Termasuk Piala Perancis, Piala FA Inggeris
  2. ^ Termasuk Piala Liga Perancis, Piala Liga Bola Sepak Inggeris
  3. ^ a b c d e Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA
  4. ^ Empat penampilan di Liga Juara-Juara UEFA, lima di Liga Europa UEFA
  5. ^ Penampilan di Piala Super Perancis
  6. ^ Satu penampilan di Piala Perisai Komuniti FA, satu penampilan di Piala Super UEFA
  7. ^ Penampilan di Piala Perisai Komuniti FA

AntarabangsaSunting

Sehingga perlawanan yang dimainkan pada 19 November 2019[42]
Penampilan, gol pasukan kebangsaan dan tahun
Pasukan kebangsaan Tahun Kmncln Gol
Pasukan Kebangsaan Brazil 2015 3 0
2016 1 0
2018 3 0
2019 5 0
Jumlah 12 0

Anugerah dan pencapaianSunting

Monaco

Liverpool

Brazil

RujukanSunting

  1. ^ "2018/19 Premier League squads confirmed". Premier League. 3 September 2018. Dicapai pada 2020-06-10.
  2. ^ a b "Fabinho: Summary". Perform Group. Dicapai pada 2020-06-10.
  3. ^ "Corinthians vs. Fluminense – 20 May 2012". Soccerway. Perform Group.
  4. ^ "Real Madrid sign Brazilian youngster Fabinho on loan - report". Perform Group.
  5. ^ "Villarreal 2 Real Madrid Castilla 1". Diario AS. Madrid. 17 Ogos 2012. Dicapai pada 7 June 2015.
  6. ^ Jiménez, Rubén (28 April 2015). "Empate a balón parado en Soria" [Set-piece draw in Soria]. Marca. Madrid. Dicapai pada 2020-06-10.
  7. ^ Harrison, Simon (8 Mei 2013). "Real Madrid 6–2 Malaga: Ronaldo reaches 200 goals in romp". Perform Group. Dicapai pada 2020-06-10.
  8. ^ "Fabinho new ASM FC recruit". AS Monaco FC. Diarkib daripada yang asal pada 2020-06-10. Dicapai pada 2020-06-10.
  9. ^ "Falcao seals win for Monaco". Sky Sports. 10 Ogos 2013. Dicapai pada 2020-06-10.
  10. ^ Bairner, Robin (26 Mac 2014). "Monaco 6–0 Lens: Les Rouge et Blanc storm into Coupe de France semi-finals". Perform Group. Dicapai pada 2020-06-10.
  11. ^ "Monaco stroll into Champions League last 16 against Zenit St Petersburg". The Guardian. London. Reuters. 9 Disember 2014. Dicapai pada 2020-06-10.
  12. ^ "Fabinho commits to the club until 2019". AS Monaco FC. 19 Mei 2015. Dicapai pada 2020-06-12.
  13. ^ "Paris Saint Germain 0–2 Monaco". 21 Mac 2016. Dicapai pada 2020-06-12.
  14. ^ "Monaco go down to City in eight-goal thriller". Ligue 1. 21 Februari 2017.
  15. ^ "Monaco 3 Manchester City 1 (agg 6–6): Pep Guardiola's side crash out on away goals as attacking approach backfires". The Daily Telegraph. London. 15 Mac 2017.
  16. ^ "Fabinho: Liverpool agree £39m deal for Monaco midfielder". 28 Mei 2018. Dicapai pada 2020-06-15.
  17. ^ Carroll, James (28 Mei 2018). "Reds agree deal to sign Fabinho". Liverpool F.C. Dicapai pada 2020-06-15.
  18. ^ Taylor, Daniel (18 September 2018). "Liverpool's Roberto Firmino leaves it late to sink PSG in five-goal thriller". The Guardian. Dicapai pada 2020-06-15.
  19. ^ "Liverpool 3–2 Paris Saint Germain". 18 September 2018. Dicapai pada 2020-06-15.
  20. ^ Hawkins, Billy (21 Oktober 2018). "Liverpool midfielder Fabinho finally makes Premier League debut, and fans praise player once branded 'flop' and 'fraud'". Talksport. Dicapai pada 2020-06-15.
  21. ^ Wright, Nick (27 Oktober 2018). "Mohamed Salah and Fabinho impress as Liverpool beat Cardiff". Sky Sports. Dicapai pada 2020-06-15.
  22. ^ Cole, Jackson (27 Oktober 2018). "Liverpool v Cardiff City confirmed teams: Fabinho makes first Premier League start, Salah, Mane and Firmino also in starting XI". Talksport. Dicapai pada 2020-06-15.
  23. ^ "Liverpool news: Fabinho was 'outstanding', says Klopp". 17 Disember 2018. Dicapai pada 2020-06-15.
  24. ^ "Liverpool 4–0 Newcastle: Reds six points clear at the top". Dicapai pada 26 Disember 2018.
  25. ^ DavidMunday815 (12 Januari 2019). "Fabinho at centre-back for Liverpool in Brighton clash". Fantasy Football Scout. Dicapai pada 2020-06-15.
  26. ^ "Klopp 'pretty clear' Fabinho is centre-back option for Liverpool". Evening Standard. London. 13 Januari 2019. Dicapai pada 2020-06-15.
  27. ^ Edwards, Luke. "'This club has to do it the hard way': Jurgen Klopp and Liverpool reap the rewards of fighting dirty at Newcastle". Dicapai pada 2020-06-15. It would certainly help with a clear conscience, except Fabinho’s dive was so bad, so blatant, and so obviously premeditated that it cannot be so conveniently dismissed.
  28. ^ Caulkin, George. "Jürgen Klopp: if Liverpool fail, lots of people will love it". Dicapai pada 2020-06-15. Divock Origi headed in a winner in the 86th minute after an arcing dive by Fabinho, but dramas like that, big and small, peppered a compelling match.
  29. ^ "Liverpool beat Spurs 2-0 to win Champions League final in Madrid". 2019-06-01. Dicapai pada 2020-06-15.
  30. ^ UEFA.com. "Liverpool-Chelsea | UEFA Super Cup". Dicapai pada 2020-06-15.
  31. ^ "Liverpool 2-1 Tottenham: Player Ratings". This Is Anfield. 2019-10-27. Dicapai pada 2020-06-15.
  32. ^ Smyth, Rob (2019-10-27). "Liverpool 2-1 Tottenham Hotspur: Premier League - as it happened". The Guardian. ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2020-06-15.
  33. ^ "Liverpool 3-1 Man City: Reds go nine clear of champions with fine win". 2019-11-10. Dicapai pada 2020-06-15.
  34. ^ "Liverpool 1-1 Napoli: Defending champions must wait on last-16 qualification". 2019-11-27. Dicapai pada 2020-06-15.
  35. ^ "Fabinho injury details confirmed". Dicapai pada 2020-06-15.
  36. ^ "Brazil 2–0 Mexico: Coutinho and Tardelli seal friendly victory". Perform Group. 7 Jun 2015. Dicapai pada 2020-06-15.
  37. ^ "Neymar left out of Copa América squad as Brazil focus on Olympics". The Guardian. Associated Press. 5 Mei 2016. Dicapai pada 2020-06-15.
  38. ^ McCoid, Sophie (2018-05-29). "Who is Rebeca Tavares? Meet the glam wife of Liverpool's new signing Fabinho". liverpoolecho. Dicapai pada 2020-06-15.
  39. ^ Joe Gomez reveals Fabinho's comical nickname | FIFA vs Joe Gomez, dicapai pada 2020-06-15
  40. ^ a b c d e f g h i "Fabinho: Summary". Soccerway. Perform Group. Dicapai pada 2020-06-13.
  41. ^ Templat:Soccerbase season
  42. ^ (Inggeris) Profil Fabinho pada National-Football-Teams.com
  43. ^ "Premier League: 2019/20: Current table". Soccerbase. Centurycomm. Dicapai pada 25 June 2020.
    "Liverpool: Squad details: 2019/20". Soccerbase. Centurycomm. Dicapai pada 2020-07-11.
    "Premier League Handbook Season 2019/20" (PDF). Premier League. m/s. 56. Dicapai pada 2020-07-11.
  44. ^ McNulty, Phil (1 Jun 2019). "Tottenham Hotspur 0–2 Liverpool". BBC Sport. Dicapai pada 2020-06-13.
  45. ^ Rose, Gary (14 Ogos 2019). "Liverpool 2–2 Chelsea". BBC Sport. Dicapai pada 15 Ogos 2019.
  46. ^ https://www.bbc.com/sport/football/45858877

Pautan luarSunting

  • Profile at the Liverpool F.C. website