Fahaman persekutuan

Federalisme (bahasa Inggeris: federalism) atau fahaman persekutuan merupakan sebuah bentuk kerajaan campuran atau majmuk yang menggabungkan sebuah pemerintahan peringkat utama (baik pemerintah/kerajaan yang pusat atau persekutuan) dengan pemerintahan peringkat rangkuman wilayah (negeri atau sub-unit pemerintahan yang lain) dalam sebuah sistem politik persekutuan lalu boleh ditakrifkan sebagai sebuah bentuk pemerintahan yang terbahagi kuasanya antara dua peringkat kerajaan yang sama taraf.[1] Golongan yang mengikut fahaman ini dan menyokong penubuhan pemerintahan persekutuan dikenali dengan nama federalis.

Konsep pentadbiran ini adalah berbeza dengan pemerintahan dalam sistem konfederalisme yang mana pada peringkat umumnya ditanggungjawab (atau "subordinat") kepada peringkat wilayah mahupun pemerintahan diturunkan kuasa dalam sebuah negara kesatuan yang mana pemerintahan peringkat wilayah bersifat subordinat kepada peringkat umum.[2] Ia mewakili bentuk pusat dalam laluan persepaduan atau pemisahan wilayah yang terbatas pada sisi yang kurang bersepadu oleh fahaman konfederasi dan pada sisi yang lebih bersepadu oleh penurunan kuasa dalam sebuah negara kesatuan.[3]

Contoh sebuah persekutuan atau negara persekutuan termasuklah Amerika Syarikat, India, Brazil, Malaysia, Mexico, Rusia, Jerman, Kanada, Switzerland, Argentina, Nigeria dan Australia. Ada orang mencirikan Kesatuan Eropah sebagai contoh perintis fahaman persekutuan dalam persekitaran berbilang negara, dalam sebuah konsep yang disebut sebagai persekutuan negara.

Rujukan sunting

  1. ^ Law, John (2013). "How Can We Define Federalism?" (PDF). Perspectives on Federalism. 5 (3): E105-6.
  2. ^ Wheare, Kenneth (1946). Federal Government. London: Oxford University Press. m/s. 10–15.
  3. ^ Diamond, Martin (1961) "The Federalist's View of Federalism", in Benson, George (ed.) Essays in Federalism, Institute for Studies in Federalism, Claremont, p.22. Downs, William (2011) "Comparative Federalism, Confederalism, Unitary Systems", in Ishiyama, John and Breuning, Marijke (eds) Twenty-first Century Political Science: A Reference Handbook, Sage, Los Angeles, Vol. I, pp.168–9. Hueglin, Thomas and Fenna, Alan (2006) Comparative Federalism: A Systematic Inquiry, Broadview, Peterborough, p.31.