Fahd ibn Abdulaziz Al Saud

(Dilencongkan dari Fahd ibn Abdul Aziz Al-Saud)
فهد بن عبد العزيز آل سعود
Fahd ibn `Abd al-`Azi-z as-Sa`u-d

Raja Arab Saudi ke-5
Keluarga Diraja Saudi
Fahd bin ’Abd al ’Aziz Al Sa’ud
Anak

Raja Fahd ibni Raja Abdul Aziz Al Saud (Arab : فهد بن عبد العزيز آل سعود) (b.1921 – 1 Ogos 2005) ialah Raja dan Perdana Menteri Arab Saudi. Beliau merupakan Raja Arab Saudi kelima. Beliau merupakan salah seorang anak lelaki daripada 37 orang anak lelaki pengasas Arab Saudi iaitu Raja ’Abd al ’Aziz Al Sa’ud. Raja Fahd menaiki takhta selepas kematian Raja Khalid pada 13 Jun 1982.

Fahd dilantik menjadi Putera Mahkota apabila Raja Khalid menaiki takhta selepas raja terdahulu iaitu Raja Faisal dibunuh pada tahun 1975.

Raja Fahd terkena strok pada tahun 1995 dan tidak dapat menjalankan kewajipannya sebagai pemerintah. Adik tirinya, Putera Mahkota Abdullah (sekarang ialah Raja Arab Saudi) diberi kepercayaan menjalankan tugas Raja Fahd. Putera Mahkota Abdullah dilantik menjadi Raja Arab Saudi selepas kematian Raja Fahd pada Ogos 2005.

Kehidupan Awal sunting

Fahd ialah anak kepada pengasas Arab Saudi, Raja Abdul Aziz. Beliau merupakan anak pertama hasil perkahwinan di antara Raja Abdul Aziz dengan Hussah binti Ahmad Al Sudairi. Tarikh lahirnya dikatakan pada tahun 1923 (sesetengah pendapat pada tahun 1921). Semasa berusia sembilan tahun beliau menyaksikan bapanya menubuhkan Kerajaan Arab Saudi moden.

Pada tahun 1945, Fahd bersama-sama rombongan daripada negaranya ke New York untuk menghadiri upacara pembukaan Perhimpunan Agung PBB (UNGA). Semasa lawatan ini, Fahd berkhidmat di bawah abangnya, Putera Faisal yang ketika itu merupakan Menteri Luar Arab Saudi.

Marbella sunting

Raja Fahd amat meminati pusat peranginan di Marbella, Sepanyol. Semasa lawatannya ke tempat itu pada tahun 70-an, beliau membeli hartanah seluas 200 hektar. Semasa kematiannya, dia disytiharkan sebagai "anak angkat" oleh pihak pentadbir tempatan di sana dan tiga hari untuk bertafakur di sana.

Karier Politik Awal sunting

Pada tahun 1953, semasa berusia 30 tahun, Fahd dilantik menjadi Menteri Pendidikan oleh ayahandanya. Pada tahun yang sama, Fahd mengetuai rombongan negara ke upacara penabalan Queen Elizabeth II sebagai wakil Keluarga Diraja Saudi.

Kemudian, Fahd mengetuai rombongan Arab Saudi ke Liga Arab pada tahun 1959. Pada tahun 1962 pula, Fahd diberi posisi Menteri Dalam Negeri dan lima tahun kemudian dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri Kedua.

Keluarga sunting

Raja Fahd berkahwin sekurang-kurangnya tiga kali, tetapi jumlah sebenar perkahwinannya hanya diketahui oleh orang-orang tertentu. Beliau mempunyai enam orang anak lelaki dan beberapa orang anak perempuan. Anak lelakinya ialah:

Pemerintahan sunting

Pada 25 Mac 1975, Raja Faisal dibunuh oleh anak saudaranya dan ini menyebabkan Raja Khalid menaiki takhta. Fahd kemudiannya dilantik menjadi Putera Mahkota dan Timbalan Perdana Menteri pertama. Selepas Raja Khalid mangkat pada 13 Jun 1982, Fahd dilantik menjadi raja. Beliau mengambil gelaran "Penjaga Dua Masjid Suci" pada tahun 1986.

Polisi luar sunting

Antara polisi luar Raja Fahd ialah menyokong kempen antikeganasan tajaan Amerika Syarikat. Beliau juga merupakan penyokong PBB disamping menyokong perjuangan rakyat Palestin menentang Israel.

Fundamentalisme, Iran, dan pendidikan Islam sunting

Revolusi Islam Iran pada tahun 1979 mengubah keadaan politik di Timur Tengah kerana pemerintahan monarki Shah Iran dijatuhkan bagi memberi laluan kepada pemerintahan berdasarkan keagamaan berdasarkan undang-undang Syariah. Pada tahun yang sama, sekumpulan pengganas menyerbu dan menawan Masjdil Haram di Makkah. Selepas menaiki takhta pada 1982, Raja Fahd yang khuatir dengan gerakan fundamentalis Syiah kemudiannya menyokong Saddam Hussein di Iraq dalam peperangan dengan Iran. Beliau juga mengambil gelaran "Penjaga Dua Masjid Suci" di samping mengambil langkah-langkah untuk mewajibkan pendidikan berteraskan agama.

Perang Teluk, 1990 sunting

Selepas tentera Iraq pimpinan Presiden Saddam Hussein mencerobohi Kuwait, menempatkan tentera teramai di Timur Tengah di sempadan Arab Saudi, Raja Fahd bersetuju untuk membenarkan tentera bersekutu pimpinan Amerika Syarikat menggunakan negaranya sebagai pangkalan perang. Hal ini menyebabkan beliau dikritik hebat oleh golongan ulama dan proIslam yang menentang kehadiran tentera bukan Islam di tanah Arab. Hal ini juga menyebabkan Keluarga Diraja Saudi dibenci oleh Osama Laden dan Al-Qaeda.

Pemerintahan selepas strok 1995 sunting

Raja Fahd terkena strok pada tahun 1995 dan memutuskan untuk menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Putera Mahkota Abdullah. Selepas strok itu Raja Fahd menjadi tidak aktif. Segala urusan pemerintahan jatuh kepada Putera Mahkota Abdullah.

Kematian sunting

Raja Fahd dimasukkan ke dalam Hospital Pakar Raja Faisal pada 25 Mei 2005 untuk menerima rawatan. Pada 1 Ogos 2005, Raja Fahd diisytiharkan meninggal dunia.

Raja Fahd digantikan oleh Putera Mahkota Abdullah.

Pautan luar sunting