Fail:Pemasyhuran Kemerdekaan Malaya 1957.jpeg

Fail asli(2,366 × 3,186 piksel, saiz fail: 1.98 MB, jenis MIME: image/jpeg)

Fail ini dari Wikimedia Commons dan mungkin digunakan oleh projek lain. Penerangan pada laman penerangan failnya di sana ditunjukkan di bawah.

Ringkasan

Keterangan
English: The declaration of Malaya's Independence written in Jawi script, displayed in the National Museum, Malaysia
Bahasa Melayu: ڤمشهوران كمرديكاءن تانه ملايو دالم توليسن جاوي، دڤاميركن د موزيوم نݢارا

Transliteration in Rumi
Pemasyhuran kemerdekaan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas sekalian Rasul-Nya

Bahawasanya, oleh kerana telah tiba lah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimbal kedudukannya dengan segala bangsa di seluruh dunia.

Dan bahawasanya, oleh kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat di antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Negeri Melayu maka telah dipersetujui bahawa Negeri-Negeri Melayu iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Perak serta Negeri-Negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat iaitu Melaka dan Pulau Pinang mulai daripada 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah persekutuan baharu bagi Negeri-Negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu.

Dan bahawasanya, oleh kerana telah bersetuju pula di antara kedua-dua pihak dalam perjanjian yang tersebut iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh yang tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa jua kedaulatan baginda di atas kedua-dua buah Negeri yang tersebut itu.

Dan bahawasanya, oleh kerana telah bersetuju pula di antara kedua-dua pihak yang tersebut iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, dan segala perjanjian-perjanjian yang ada sekarang di antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja atau pun salah seorang daripada baginda-baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuatkuasa-kuatkuasa dan hak-hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen atau pun Parlimen Negeri United Kingdom dalam Negeri-Negeri Selat yang tersebut itu atau pun yang berhubung dengannya atau Negeri-Negeri Melayu atau pun Persekutuan Tanah Melayu seluruhnya adalah tamat dengan sendirinya.

Dan bahawasanya, oleh kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Parlimen Negeri United Kingdom dan Majlis-Majlis Undangan Persekutuan dan Negeri-Negeri Melayu telah meluluskan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 itu berjalan kuatkuasanya.

Dan bahawasanya, oleh kerana sebuah perlembagaan bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang muktamad baginya.

Dan bahawasanya, oleh kerana perlembagaan persekutuan yang tersebut itu maka ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara berparlimen.

Dan bahawasanya, oleh kerana perlembagaan persekutuan yang tersebut itu telah diluluskan suatu Undang-Undang yang diadakan oleh Majlis Undangan Persekutuan serta dengan Undang-Undang yang diadakan oleh Negeri-Negeri Melayu dan dengan ketetapan-ketetapan di dalam Majlis Undangan Negeri Melaka dan Pulau Pinang, dengan demikian perlembagaan itu telah berjalan kuatkuasanya pada 31 hari bulan Ogos tahun 1957.

Maka dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Negeri-Negeri Melayu dengan ini memasyhur dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai daripada tiga puluh satu hari bulan Ogos tahun seribu sembilan ratus lima puluh tujuh maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi di dalamnya Negeri-Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah Subhanahu Wata’ala akan kekal menjadi sebuah negara demokrasi yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kepada kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan di antara segala bangsa.

Kuala Lumpur

31 Hari bulan Ogos tahun 1957

Signature

Perdana Menteri

English translation

Declaration of Independence

In the name of Allah, the Compassionate, the Merciful. Praise be to Allah, the Lord of the Universe and may the blessings and peace of Allah be upon His Messengers.

Whereas the time has now arrived when the people of the Persekutuan Tanah Melayu will assume the status of a free independent and sovereign nation among nations of the World

And whereas by an agreement styled the Federation of Malaya Agreement, 1957, between Her Majesty the Queen and Their Highnesses the Rulers of the Malay States it was agreed that the Malay States of Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu and Perak and the former Settlements of Melaka and Pulau Pinang should as from the 31st day of August, 1957, be formed into a new Federation of States by the name of Persekutuan Tanah Melayu

And whereas it was further agreed between the parties to the said agreement that the Settlements of Melaka and Pulau Pinang aforesaid should as from the said date cease to form part of Her Majesty’s dominions and that Her Majesty should cease to exercise any sovereignty over them.

And whereas it was further agreed by the parties aforesaid that the Federation of Malaya Agreement, 1948, and all other agreements subsisting between Her Majesty the Queen and Their Highnesses the Rulers or any one of them immediately before the said date should be revoked as from the date and that all powers and jurisdiction of Her Majesty or of the Parliament of the United Kingdom in or in respect of the Settlements aforesaid or the Malay States or the Federation as a whole should come to an end

And whereas effect has been given to the Federation of Malaya Agreement, 1957, by Her Majesty the Queen, Their Highnesses the Rulers, the Parliament of the United Kingdom and the Legislatures of the Federation and of the Malay States

And whereas a constitution for the Government of the Persekutuan Tanah Melayu has been established as the supreme law thereof

And whereas by the Federal Constitution aforesaid provision is made to safeguard the rights and prerogatives of Their Highnesses the Rulers and the fundamental rights and liberties of the people and to provide for the peaceful and orderly advancement of the Persekutuan Tanah Melayu as a constitutional monarchy based on Parliamentary democracy

And whereas the Federal Constitution aforesaid having been approved by an Ordinance of the Federal Legislatures, by the Enactments of the Malay States and by resolutions of the Legislatures of Melaka and Pulau Pinang has come into force on the 31st day of August 1957, aforesaid

Now In the name of Allah the Compassionate, the Merciful, I Tunku Abdul Rahman Putra ibni Al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Prime Minister of the Persekutuan Tanah Melayu, with the concurrence and approval of Their Highnesses the Rulers of the Malay States do hereby proclaim and declare on behalf of the people of the Persekutuan Tanah Melayu that as from the thirty first day of August, nineteen hundred and fifty seven, the Persekutuan Tanah Melayu comprising the States of Johor, Pahang, Negeri Semblian, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka and Pulau Pinang is and with Allah’s blessing shall be for ever a sovereign democratic and independent State founded upon the principles of liberty and justice and ever seeking the welfare and happiness of its people and the maintenance of a just peace among all nations.

Kuala Lumpur,

31st Day of August 1957

Signature

Prime Minister
Tarikh
Sumber Karya sendiri , image taken in National Museum of Malaysia
Pengarang Orhanghazi
Kebenaran
(Penggunaan semula fail ini)

Malaysia

Reproduction of the subject of the photograph or other type of file is permitted under Malaysian law (section 13(2)(d) the Copyright Act 1987 (Consolidated, 15/08/2000, No. A1082)), which states that the right of control is excluded from:
  • the inclusion in a film or broadcast of any artistic work situated in a place where it can be viewed by the public; and
  • the reproduction and distribution of copies of any artistic work permanently situated in a place where it can be viewed by the public.
According to section 3, the definition of artistic work is any graphic work, photograph, sculpture, collage, and work of architecture or artistic craftsmanship. Ref: COM:CRT/Malaysia#Freedom of panorama.

English | 한국어 | македонски | 中文 | +/−

Perlesenan

Dengan ini, saya selaku pemegang hak cipta karya ini, menerbitkannya di bawah lesen yang berikut:
w:ms:Creative Commons
pengiktirafan perkongsian serupa
Anda bebas:
  • untuk berkongsi – untuk menyalin, mengedar dan memindah hasil kerja
  • untuk mencampur semula – untuk menyesuaikan karya
Di bawah syarat berikut:
  • pengiktirafan – Anda mesti memberi penghargaan yang berpatutan, bekalkan pautan ke lesen, dan tunjukkan jika perubahan telah dibuat. Anda boleh lakukannya dalam sebarang cara yang munasabah, tetapi bukan dalam sebarang cara yang mencadangkan pemberi lesen mengendors anda atau penggunaan anda.
  • perkongsian serupa – Jika anda mengubah, adun semula, atau menokok tambah bahan, anda mesti menyebarkan sumbangan anda di bawah lesen yang sama atau serasi dengan yang asal.

Captions

Add a one-line explanation of what this file represents

Items portrayed in this file

menggambarkan

12 September 2014

Sejarah fail

Klik pada tarikh/waktu untuk melihat rupa fail tersebut pada waktu itu.

Tarikh/WaktuGambar kenitUkuranPenggunaKomen
semasa03:01, 14 April 2016Gambar kenit bagi versi pada 03:01, 14 April 20162,366 × 3,186 (1.98 MB)OrhanghaziUser created page with UploadWizard

Laman berikut menggunakan fail ini:

Penggunaan fail sejagat

Fail ini digunakan oleh wiki-wiki lain yang berikut:

Metadata