Dalam MS-DOS, OS/2 dan Windows, fail kelompok (BI: batch file) adalah fail teks yang mengandungi beberapa arahan di dalamnya bertujuan untuk dilakukan oleh pentafsir perintah. Teks yang mengadungi arahan tersebut disimpan dengan sambungan fail '.bat'.

BAT
Sambungan fail:.bat, .cmd (hanya untuk Windows NT)
Jenis format:Penskripan
Wikibooks
Wikibooks
[[wikibooks:|]] Wikibooks mempunyai maklumat lanjut mengenai:

Simbol-simbol sunting

Simbol Kegunaan
: Penanda tempat.
"" Mengkelompokkan argumen-argumen.
% mengalamatkan sesuatu pembolehubah

Perintah dalam fail kelompok sunting

echo sunting

echo akan mencetak perkataan-perkataan selepasnya (yang dipisahkan dengan ruang kosong). Selalunya pada permulaan fail batch akan diletakkan @echo off. Tujuannya adalah untuk mengelakkan arahan-arahan dalam fail batch tersebut daripada dicetak pada cangkerang. Contoh penggunaan:

  @echo off
  echo kata1 kata2 kata3 ... kataN

Arahan di atas akan mencetak kata1 hingga kataN sehinggalah barisan baru dibuat.

rem sunting

rem sebenarnya hanyalah bertujuan untuk menulis komen. Singkatan untuk perkataan Inggeris remark. Baris ayat yang telah dipisahkan dengan ruang kosong selepas rem adalah komen (perkataan pertama hingga hujung baris).
Contoh penggunaan:

  @echo off 
  rem komen1 komen2 komen3 ... komenN

Tiada apa-apa hasilan yang akan dipaparkan dengan arahan ini kerana ia hanyalah komen yang tersembunyi. Namun, sekiranya @echo off tidak ditulis atau menulis @echo on pada permulaan fail, cetakan berikut akan terhasil:

  rem komen1 komen2 komen3 ... komenN

Kenyataan goto sunting

goto mempunyai fungsi yang sesuai dengan maksudnya iaitu "pergi kepada". Kenyataan ini ditulis kemudian diikuti dengan nama label. Label boleh diletak di mana-mana yang perlu (mengikut masalah), goto akan menunjuk untuk pergi kepada label tersebut lalu melakukan perintah yang datang selepas nama label tersebut.
Contoh penggunaan:

  goto namaLabel
  :namaLabel
  rem beberapa arahan.

Kenyataan call sunting

call digunakan untuk memanggil tatacara-tatacara tertentu. Simbol : ditulis selepas kenyataan ini bagi mununjuk nama tatacara.
Contoh penggunaan:

  call:TATACARA
  rem beberapa arahan di sini.
  goto:EOF
:TATACARA rem beberapa arahan untuk tatacara ini. goto:EOF

Kenyataan goto:EOF bermaksud "pergi kepada penamat fail".

Pengulangan sunting

Pengulangan (looping) adalah satu tindakan mengulang sesuatu arahan. Dalam pengulangan, kenyataan goto digunakan. Penulisannya adalah seperti berikut:

  :ulang
  rem arahan-arahan akan diletakkan di sini.
  goto ulang

Tatacara sunting

Tatacara adalah sama seperti fungsi dalam C atau C++. Ia mengandungi beberapa arahan di dalamnya. Berikut adalah contoh tatacara dan pemanggilannya ke induk:

 @echo off
 rem *********Induk
 call:CETAK_INDAH_DUNIA
 goto:EOF

rem *********mula tatacara CETAK_INDAH_DUNIA :CETAK_INDAH_DUNIA echo Indahnya Dunia. goto:EOF

Contoh sunting

  • Indahnya Dunia
 @echo off
 echo Indahnya dunia
  • Pemasa
 @echo off
 set x=1
 :ulang
 if "%x%"=="6000" goto:EOF
 set /a x+=1
 goto ulang

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting