Syarikat Faiza Sdn. Bhd., menjalankan perniagaan sebagai Faiza ialah sebuah syarikat pengeluar dan pemborong beras Malaysia yang ditubuhkan pada 1982 dan diasaskan oleh Faiza Bawumi Sayed Ahmad yang turut berkhidmat sebagai Pengarah Urusan.[1] Faiza terkenal dengan pelbagai jenis produk beras berkualiti dan turut memasarkan pelbagai produk seperti tepung, rempah ratus, bihun, sos cili dan kicap.[2] Ia dimiliki oleh konglomerat beras Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) yang turut memiliki pegangan saham 51% dalam syarikat ini.[3]

Syarikat Faiza Sdn. Bhd.
Jenis/bentuk sahAwam
IndustriBeras
Ditubuhkan1982; 42 tahun yang lalu (1982)
Ibu pejabatBatu Pahat, Johor, Malaysia
Kawasan perkhidmatanMalaysia
Tokoh pentingNajib Razak (Pengasas dan Pengarah Urusan)
KeluaranBeras wangi, beras basmathi, beras kanji, rempah ratus, tepung, sos cili, kicap dan pelbagai produk lain
PemilikPadiberas Nasional Berhad (BERNAS)
Anak syarikatFaiza Marketing Sdn. Bhd.
Tapak webwww.faizarice.com
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

Syarikat Faiza ditubuhkan pada tahun 1982 oleh Faiza Bawumi Sayed Ahmad, seorang usahawan kelahiran Mesir yang berhijrah ke Malaysia.[4][5] Syarikat ini menjalankan aktiviti runcit sebagai perniagaan utamanya. Pada tahun 1992, Faiza secara rasmi diperbadankan di bawah Syarikat FAIZA Sdn. Bhd. (SFSB), dan menjalankan modal usaha bersama Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) pada tahun 1997.[6]

Pada akhir 1990-an, pembeli mula menilai dengan lebih dekat proses dan sifat lain dari produk yang boleh dimakan. Pada masa inilah syarikat ini diperkenalkan kepada kategori beras berkualiti herba yang unik dari Kartanaka, India Selatan.[6] Faiza segera menyedari faedah intrinsik yang diperolehi oleh pengguna beras dengan beras "Ponni" dalam makanan mereka. Ia dikenali dengan nama Taj Mahal, beras Ponni telah diedarkan ke seluruh Malaysia. Sebagai keuntungan, Taj Mahal telah memberi kesan besar dalam permintaan pengguna terhadap produk beras Faiza lain, seperti Basmathi, beras wangi, beras Super istimewa Thailand dan tempatan.[6][7]

Pada tahun 2004, Faiza melabur sebanyak RM10 juta untuk membina kilang memproses dan pembungkusan beras di Batu Pahat, Johor yang memulakan operasinya pada awal 2005.[8] Pada tahun 2012, syarikat ini menjalin kerjasama dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) bagi memasarkan produk keluaran Syarikat Faiza ke keluar negara.[9]

Syarikat Faiza pada 2018 telah meminta kerajaan untuk memansuhkan permit pemindahan beras kerana ia melewatkan proses pengagihan, sekaligus memungkinkan pengeluar berdepan dengan hukuman denda yang lebih tinggi.[10][11]

Tanggungjawab sosial korporat sunting

Pada Januari 2021, syarikat Faiza telah menghulurkan sumbangan sebanyak 529 pek barangan keperluan kepada pasukan petugas barisan hadapan dan penduduk Kampung Inabah Kamal, Semporna, Sabah yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19 di Malaysia.[12]

Anugerah dan pengiktirafan sunting

Antara anugerah yang diterima oleh Syarikat Faiza termasuk ISO 9001:2000 oleh SIRIM pada Mac 2004, anugerah Superbrand Taj Mahal oleh Superbrand Malaysia pada November 2003, anugerah sijil Halal 2003 oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan anugerah Pembekal Beras Terbaik BERNAS pada Julai 2001.[13]

Rujukan sunting

  1. ^ Fouziah Amir (11 Oktober 2019). "Faiza berniaga kerana ALLAH". Sinar Harian. Dicapai pada 30 Mei 2020.
  2. ^ "Produk kita, imej luar biasa!". Sinar Harian. 7 Oktober 2020. Dicapai pada 30 Mei 2021.
  3. ^ Sulhi Azman (13 Julai 2018). "Bernas unit urges govt to review rice delivery permits" [Unit Bernas gesa kerajaan untuk mengulas permit penghantaran beras] (dalam bahasa Inggeris). The Edge Markets. Dicapai pada 30 Mei 2020.
  4. ^ "Menelusuri kisah kejayaan jutawan beras Malaysia, Faiza Bawumi". Majalah Labur. 5 September 2019. Dicapai pada 30 Mei 2020.
  5. ^ Nasri Jamaluddin (7 Jun 2010). "Kisah usahawan beras Faiza". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2010. Dicapai pada 30 Mei 2014.
  6. ^ a b c "Our history" [Sejarah kami]. www.faizarice.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 Mei 2020.
  7. ^ Mohd Farid Noh (30 Mei 2018). "Faiza komited hasilkan bihun halal". Berita Harian.
  8. ^ Suffian Abu Bakar (19 Januari 2004). "Faiza labur RM10j bina kilang proses beras". Berita Harian. Dicapai pada 30 Mei 2020.
  9. ^ "Angkasa jual produk Faiza". Harian Metro. 18 Julai 2012. Dicapai pada 30 Mei 2020.
  10. ^ "Gesa mansuh permit pindah beras". Harian Metro. 13 Julai 2018. Dicapai pada 30 Mei 2019.
  11. ^ Nurhayati Abllah; Farhana Syed Nokman (13 Julai 2018). "SFSB syor mansuh permit pindah beras". Berita Harian. Dicapai pada 30 Mei 2019.
  12. ^ Hamzah Sanudin (9 Januari 2021). "Syarikat Faiza laksana CSR bantu pasukan barisan hadapan, penduduk". Utusan Borneo. Dicapai pada 30 Mei 2021.
  13. ^ "Kisah RM 4 & Faiza Bayumi". Siswa Bisnes. 21 Januari 2010. Dicapai pada 30 Mei 2020.

Pautan luar sunting