Faizal Tahir
Ahmad Faizal Mohammad Tahir (lahir 26 Oktober 1978) merupakan seorang penyanyi, komposer dan penerbit rakaman Malaysia yang mula dikenali setelah menjadi naib juara musim pertama rancangan realiti One in a Million. Beliau merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, Mirwana, dan beliau juga seorang pengacara televisyen. Faizal juga memiliki syarikat rakamannya yang diberi nama Faithful Music. Beliau telah menerbitkan 5 album studio, satu album kompilasi dan satu album secara langsung. Aku.Muzik.Kamu (2007), Adrenalin (2010), Faizal Tahir (2013), Anatomi (2016), One Night Only (Live, 2018) dan album terakhir beliau Rojak (2019). Hadiah terakhir sebelum Faizal berehat panjang yang dinamakan QIBLA (2021). Beliau kerap digelar diantara Penyanyi Lejen, Raja Pop Malaysia, Superman Malaysia dan menjadi penyanyi nombor 2 selepas Siti Nurhaliza dan penyanyi nombor 1 lelaki Malaysia. Faizal masih dikenali masyarakat kerana bijak mengikut peredaran zaman di dalam industri muzik tanah air.
Faizal Tahir | |
---|---|
![]() Faizal Tahir ketika membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-23 | |
Latar belakang | |
Nama lahir | Ahmad Faizal bin Mohammad Tahir |
Juga dikenali sebagai |
|
Kelahiran | Kuala Lumpur, Malaysia | 26 Oktober 1978
Genre | Rock, Balada, Nasyid |
Pekerjaan | Penyanyi, penulis lirik, komposer, pelakon |
Tahun aktif | 2004–kini |
Syarikat rakaman | Monkey Bone Records (2006-2013), Warner Music Malaysia (2014-kini), Faithful Music (2014-kini) |
Pengkarya berkait |
Kehidupan awalSunting
Beliau dilahirkan pada 26 Oktober 1978 di Kuala Lumpur. Faizal merupakan anak kedua daripada tujuh beradik kepada ibu bapanya, Muzlipah Aishah Pa’wan Teh dan Mohammad Tahir Abdul Rahman, beliau juga merupakan adik ipar kepada Nazri Noran, seorang pengurus stesen radio. Pernah timbul desas-desus pada akhir dekad 2000-an bahawa lagu Faizal jarang diputarkan oleh Era FM, kononnya kerana Nazri yang mengurus stesen tersebut ketika itu ingin "mengelak daripada disalah anggap sebagai mengamalkan sikap pilih kasih".[1] Adik-beradik beliau ialah Muhammad Fahd Bin Mohammad Tahir (Fahd Tahir), Anas Bin Mohammad Tahir (Anas Tahir), Norainiah Liyana Budriah Binti Mohammad Tahir (Aini Budriah Tahir) dan Muhraini Fazira Binti Mohammad Tahir (Fazira Tahir).
Sewaktu di bangku sekolah, beliau merupakan seorang ahli perbahasan dalam bahasa inggeris untuk Sekolah Menengah Bukit Gading pada tahun 1995. Semasa di sekolah itu juga, beliau mempunyai kumpulan muzik yang sangat aktif dan ahlinya terdiri dari kawan-kawan sekolah yang sama. Setelah beliau menamatkan persekolahannya, beliau menuntut di UiTM.[perlu rujukan]
KerjayaSunting
2006: Kerjaya awal dan One in a MillionSunting
Faizal pernah menyertai kumpulan nasyid Mirwana dan sempat muncul dengan album Hikmah Kembara pada 2004, tetapi meninggalkan kumpulan tersebut pada tahun 2005 kerana sakit. Namun begitu, beliau telah kembali ke persada seni tanah air dengan memilih genre pop rock sebagai genre lagu nyanyiannya. Beliau menjadikan musim pertama rancangan realiti One in a Million anjuran 8TV sebagai landasan ke arah kemasyhuran.
Sepanjang pertandingan OIAM, Faizal mendendangkan:
- "Chariot" – Gavin DeGraw (Top 20)
- "I Don't Wanna Be" – Gavin DeGraw (Top 12)
- "With A Little Help From My Friends" – Joe Cocker (Top 10)
- "Are You Gonna Be My Girl" – Jet (Top 9)
- "L.O.V.E." - Ashlee Simpson (Top 8)
- "Warisan Wanita Terakhir" – Teacher's Pet (Top 7)
- "Elevation" - U2 (Top 6)
- "Superstition" - Stevie Wonder (Top 6)
- "Superman" - Five for Fighting (Top 5)
- "Raikan Cinta" – M. Nasir (Top 5)
- "Have a Nice Day" - Bon Jovi (Top 4)
- "Bohemian Rhapsody" - Queen (duet dengan Deja Voodoo Spells) (Top 4)
- "Save Me" - Remy Zero (Top 3)
- "Kenangan Terindah" - Samsons (Top 3)
- "Mahakarya Cinta" - Lagu gubahan baru (Grand Finale)
- Medley "We Will Rock You", "L.O.V.E." dan "I Don't Wanna Be" - Queen, Ashlee Simpson dan Gavin DeGraw (Grand Finale)
Pada permulaan persembahan Grand Finale, Marion Caunter dan Awal Ashaari mengumumkan bahawa Faizal meraih undian paling rendah dalam kalangan tiga finalis yang bertanding, namun beliau telah diberi satu lagi peluang untuk bertanding merebut hadiah utama. Single asli pertama beliau, iaitu "Mahakarya Cinta" gubahan Audi Mok, dipersembahkan buat julung kalinya di Grand Finale One In a Million dan persembahan beliau telah dipuji para juri. Namun begitu, Faizal terpaksa akur kepada populariti Suki Low selaku juara.
Faizal mengeluarkan single kedua beliau, "Kasih Tercipta", sebagai sebahagian runut bunyi filem Waris Jari Hantu. Beliau juga dilantik sebagai duta Malaysia yang tunggal untuk jenama pakaian DC Superheroes sempena pembukaan butik pertamanya di 1 Utama pada Jun 2007[2], kerana beliau dikenali kerana memakai kemeja T yang berlogo Superman sepanjang One in a Million. Beliau turut terlibat dalam rancangan realiti lain dengan mengacara Gangstarz selama dua musim (2007-2008), dan merakam lagu "Gemuruh" sebagai lagu tema pertandingan nyanyian My Starz LG.
2007–2008: Aku.Muzik.Kamu, kontroversi buka bajuSunting
Album sulung Faizal, Aku.Muzik.Kamu, keluar di pasaran pada 22 November 2007, dengan menampilkan 13 runut lagu gubahan sendiri beliau bersama-sama Audi Mok, Kuncidemak, Omar K, Aubrey Suwito, Tessh RS, dan Ahmad Izham Omar, termasuk versi orkestra Mahakarya Cinta, dan single asli pertama dari album ini, Batu & Golek (iaitu terjemahan harfiah sepenuhnya bagi ungkapan "Rock n' Roll"). Selepas empat bulan di pasaran, Aku.Muzik.Kamu dilaporkan mencecah jualan 10,000 ribu unit.[3]
Walau bagaimanapun, pada malam 13 Januari 2008, kerjaya Faizal tercemar apabila mengundang rasa tersinggung ramai pihak apabila menanggalkan baju dan tali pinggang beliau di atas pentas pada konsert ulang tahun keempat 8TV yang disiarkan secara langsung.[4] Oleh itu, pihak 8TV mengambil tindakan tegas dengan memberi amaran keras kepada beliau dan mengehendaki beliau terlibat dalam kerja-kerja amal selama enam bulan. Di samping itu, dua hari selepas peristiwa itu, 8TV mengadakan sidang akhbar untuk Faizal memohon maaf kepada semua pihak yang berasa tersinggung oleh perbuatannya. Menurut beliau:
Saya cukup teruja ketika membuat persembahan di pentas sekali gus ingin meraih perhatian penonton. Saya buat perkara itu hanya untuk berseronok dan tidak sangka tindakan saya disalah tafsir oleh semua. Bagaimanapun saya sangat menyesal atas perbuatan itu dan berjanji tidak akan mengulanginya.[5]
Akibatnya, pada 19 Januari 2008, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata Faizal dilarang muncul dalam mana-mana rancangan televisyen swasta selama tiga bulan berkuat kuasa 15 Januari 2008, dan juga menggantung rancangan-rancangan siaran langsung dan tertunda berbentuk hiburan di 8TV selama tempoh yang sama.[6]
Tidak lama selepas tempoh hukuman itu berakhir, Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mengeluarkan bantahan terhadap pihak TV3 untuk membawa Faizal ke Konsert Jom Heboh yang diadakan di negeri tersebut pada hujung minggu pertama bulan Mei.[7] Apapun, ini tidak menghalang Faizal dari merangkul empat anugerah di majlis Anugerah Industri Muzik ke-15 iaitu Album Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik dalam Album (Lelaki), Album Rock Terbaik dan Artis Baru Terbaik.[8]
Pada awal pagi 14 Mei 2008, Faizal hampir lemas ketika menjalani penggambaran video muzik Sampai Syurga di sebuah pusat akuatik Shah Alam. Namun begitu, penggambaran dalam air itu berjaya disiapkan dengan selamat.[9][10]
Faizal menyertai akhbar Berita Harian sebagai kolumnis "Aku.Muzik.Kamu" dalam sisipan B-Pop dalam Berita Mingguan (setiap Ahad) mulai 5 Julai 2008.[11]
2009–2010: Adrenalin, kunjungan ke PalestinSunting
Faizal akhirnya muncul di Anugerah Juara Lagu ke-23 pada awal 2009, di mana beliau merangkul tiga anugerah untuk lagu "Sampai Syurga" iaitu hadiah Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik dan Juara Kategori Balada. Akan tetapi, timbulnya desas-desus bahawa Faizal Tahir hendak bersara dari bidang nyanyian untuk meluangkan lebih masa bersama keluarganya, tetapi akhirnya disangkal dengan kemunculan single "Bencinta" di corong-corong radio.[12]
Pada pertengahan tahun 2009, Faizal meminjamkan suaranya kepada sebuah lagu patriotik ciptaan Audi Mok dengan liriknya oleh Nur Fatima sebagai penyertaan dalam pertandingan Pencarian Lagu 1Malaysia. Lagu yang bertajuk "Malaysia Satu" ini menumpaskan sembilan calon yang lain menerusi undian orang awam untuk memenangi pertandingan tersebut, sekaligus [13][14]
Pada 20 November beliau sepatutnya bertarung di program Muzik-Muzik peringkat separuh akhir. Namun beliau tidak ikut serta dalam acara itu selepas dimasukkan ke Hospital Prince Court, Kuala Lumpur pada 18 November kerana mengalami masalah jangkitan kuman di paru-parunya.[15] Oleh itu, lagu beliau, "Bencinta" terpaksa dinyanyikan oleh Shila, penyanyi yang lahir dari program realiti yang sama dengan beliau, One In A Million musim 2.[16]
Walau bagaimanapun, lagu "Bencinta" layak ke acara Anugerah Juara Lagu 24, dan Faizal menangkis keraguan peminat dengan kemunculannya di malam kemuncak pada 11 Januari 2010, walaupun terpaksa bertongkat kerana belum sembuh sepenuhnya. Lagu tersebut berjaya menduduki tempat ketiga keseluruhan di AJL kali ini.[17]
Pada Februari 2010, Faizal Tahir berganding bahu dengan Datuk Siti Nurhaliza dan Aizat untuk menjayakan Konsert Satu Suara terbitan Siti Nurhaliza Productions. Konsert tersebut berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, selama tiga hari, iaitu 12–14 Februari.[18]
Album kedua Faizal, Adrenalin keluar dalam bentuk muat turun digital di perkhidmatan muzik digital terpilih pada Disember 2009, diikuti keluaran umum dalam bentuk CD pada 11 Mac 2010. Ini menimbulkan kemusykilan sesetengah pihak mengenai kelayakan album ini ke Anugerah Industri Muzik ke-17 gara-gara tarikh keluarannya. Faizal membidas dakwaan tersebut dengan menjelaskan perihal keluaran awal bentuk digital tersebut.[19]
Pada Jun 2010, Faizal dilantik oleh TV3 sebagai duta "Bebaskan Bumi Palestin"[20], sebuah kempen yang dilancarkan sebagai balasan kepada kejadian rampasan kapal bantuan kemanusiaan oleh pasukan pertahanan Israel di perairan Jaluran Gaza pada bulan sebelumnya. Beliau memasuki kawasan berkenaan menerusi sempadan Lubnan pada 12 Ogos[21] dan bermalam bersama warga Palestin di situ selama enam hari sehingga 17 Ogos.[22] Sekembalinya dari situ, Faizal menjawab sidang media: "Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu. Rasa sebak dan sedih bercampur baur terutama bila melihat keadaan mereka yang cukup daif. Namun saya cuba kawal perasaan sedih yang menyelubungi diri saya ketika itu. Tapi, apabila melihat keperitan mereka, saya rasa bersyukur tidak terhingga kerana dilahirkan sebagai rakyat Malaysia. Wujud pula keinsafan, saya mula terfikir rupa-rupanya masalah yang saya alami sebelum ini tidaklah sebesar mana sebagaimana yang ditanggung masyarakat di sana."[22]
Liputan jelajah beliau di bumi Palestin turut dirakam untuk rancangan istimewa Bersamamu: Bebaskan Bumi Palestin yang disiarkan di TV3 pada 25 Ogos, 1 September dan 8 September 2010 sempena musim Ramadan dan Aidilfitri.[21]
Selepas konsert Satu Suara, Faizal sekali lagi membintangi konsert iaitu "Fenomena Faizal Tahir" yang dirakam di Sri Pentas 2, Shah Alam pada 8 Ogos 2010[23], untuk disiarkan di TV3 pada 11 September, pukul 6 petang sempena menyambut Aidilfitri.[24] Dalam konsert ini, Faizal ditemani oleh tiga artis khas iaitu Azlan & The Typewriter, Adibah Noor dan M. Nasir.
2011–2014: Konsert pertama, Mentor dan Faizal TahirSunting
Faizal Tahir membuka tirai 2011 dengan agak cemerlang apabila merangkul anugerah Persembahan Terbaik untuk lagu "Hanyut" di Anugerah Juara Lagu ke-25.
Pada 29 April, Faizal melancarkan video muzik "Karma" kepada umum menerusi tapak web gua.com.my.[25] Lagu tersebut memenangi tempat ketiga dalam Anugerah Juara Lagu ke-26 yang diadakan pada tahun berikutnya.[26] Dalam persembahan AJL tersebut, Faizal dilaporkan meluahkan hasratnya untuk membakar diri di atas pentas tetapi dihalang oleh pihak penerbitan, maka beliau hanya membakar piano yang dibawanya ke atas pentas.[27]
Faizal Tahir juga dipilih untuk menjadi seorang mentor di pertandingan Mentor musim 2012, walaupun pada mulanya berasa ragu untuk menerimanya.[28] Beliau bersama anak didik atau protege beliau, Anas Ridzuan, menduduki tempat ketiga keseluruhan dalam pertandingan realiti tersebut.
Pada 1 Julai 2012, Faizal Tahir mengadakan 'konsert' pertamanya selaku artis rakaman di KL Live.
2015–2018: AnatomiSunting
Pada 2015, sempena ulang tahun ke-20 penglibatan Datuk Siti Nurhaliza di industri muzik Malaysia, Faizal bersama Hafiz Suip merakamkan dan menyanyikan sebuah lagu khas sebagai penghargaan kepada bekas juara Bintang HMI yang berjudul "Inspirasi". Lagu ini disiarkan secara eksklusif di Era FM dan boleh didapati untuk penstriman di Raku.[29] Demo asal dan lirik lagu ini digubah dan ditulis oleh Faizal manakala dalam versi akhir, Mike Chan membantu sebagai penulis bersama. Faizal mengarang kedua-dua muzik dan lirik dalam hanya beberapa jam selepas Nazri Noran, Pengurus Kandungan Era FM meminta beliau untuk menyediakan demo.
Album terbaru Faizal, Anatomi yang merupakan album studio beliau keempat telah menjengah di pasaran pada 4 November 2016, dalam bentuk digital dan fizikal. Album ini memuatkan 10 lagu ini turut memuatkan lagu-lagu popularnya iaitu Assalamualaikum, Sayang, Sejati dan juga beberapa kolaborasinya bersama Datuk Siti Nurhaliza menerusi lagu Dirgahayu, Joe Flizzow, SonaOne dan Altimet bagi lagu Negaraku.[30][31]
Pada Ogos 2018, Faizal melancarkan single terbarunya, "Ragaman".[32][33][34]
2019: RojakSunting
Faizal melancarkan single "Bisa Aja" pada 18 Januari 2019 diikuti dengan video muzik rasmi di Youtube pada 8 Februari 2019.[35] Faizal turut bekerjasama dengan produksi perfileman bagi menghasilkan runut bunyi bagi filem animasi tempatan, BoBoiBoy Movie 2, menerusi lagu "Fire & Water" serta filem aksi komedi Bikers Kental 2, menerusi lagu "Bikers Kental" yang dinyanyikan bersama-sama Akim Ahmad.[36] [37]
Persoalan berkaitan penghasilan album baharu akhirnya terjawab apabila Faizal memuatnaik senarai runut untuk album studio kelimanya di laman sosial Instagram miliknya pada 16 dan 20 Julai 2019.[38][39][40] Seterusnya pada 24 Julai 2019, Faizal melalui akaun Instagram mendedahkan bahawa album terbarunya diberi judul Rojak bersempena dengan "keunikan orang (masyarakat), budaya dan bahasa yang melambangkan Malaysia". Menurut Faizal Tahir, "Rojak" akan menjadi album studio terakhir beliau.[41]
Faizal ialah salah seorang daripada 45 artis popular yang bakal mengadakan persembahan di Petronas Celebratory Concert bersempena ulang tahun ke-45 syarikat minyak dan gas Petronas, artis yang terlibat termasuk Amy Search, Ella, Jaclyn Victor, Ruffedge, M. Nasir, David Arumugam dan lain-lain.
Kehidupan peribadiSunting
Faizal berkahwin dengan Siti Raihanim Noran pada 2001 yang dikenali beliau sejak menuntut di UiTM[42], dan rumahtangga mereka dikurniakan tujuh cahaya mata, iaitu Ahmad Mikaeel Zidane (lahir 2003), Siti Raudhah Nur Iman (lahir 2005), Ahmad Rifa'ie Zidane (lahir 2009), Siti Rawdha Nur Jannah (lahir 2011)[43] Siti Nawar Malaika (lahir 2013), Khalid Al-Walid (lahir 2015) dan Maryam Tahira (lahir 2021).[44]
Faizal mendirikan sebuah studio bernama Home Suite Studio di Ukay Perdana, Ampang, di mana beliau menyumbang karya kepada artis-artis lain seperti Firdaus, Dayang Nurfaizah, Mirwana dan kumpulan Rast. Beliau kini menubuhkan syarikat rakaman sendiri, Faithful Music pada 2014.
DiskografiSunting
- Lihat juga: Senarai lagu yang dirakamkan oleh Faizal Tahir
- Aku.Muzik.Kamu (2007)
- Adrenalin (2010)
- Faizal Tahir (2013)
- Anatomi (2016)
- Rojak (2019)
- Qibla (2021)
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2010 | Lu Pikirlah Sendiri de Movie | Dirinya sendiri | Penampilan khas |
Anugerah dan pencalonanSunting
RujukanSunting
- ^ "Faizal Tahir Diharamkan Oleh Stesen Radio?". MyTalento.com. 18 Jun 2009. Dicapai pada 6 Mac 2010.
- ^ "DC Super Heroes Arrives in Style". The 8 Unit. 6 Jun 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-04. Dicapai pada 6 Mac 2010.
- ^ Shazryn Mohd. Faizal (2008-03-03). "Pola undian penonton OIAM2 berubah". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-13. Dicapai pada 2008-03-03.
- ^ Azamin Amin (25 Jan 2008). "Faizal Tahir: Buka baju vs tayang buah dada". Harakah. Dicapai pada 6 Mac 2010.
- ^ "Permohonan Maaf Terbuka Daripada Faizal Tahir". gua.com.my. 2008-01-06.
- ^ "Siaran langsung 8TV, Faizal digantung 3 bulan". utusan.com.my. 2008-01-19.
- ^ "Mufti Perlis hantar surat bantahan 'Jom Heboh'". mSTAR Online. 30 April 2008. Dicapai pada 2008-05-11.
- ^ "Faizal beats Siti at AIM awards". The Star. 4 Mei 2009. Dicapai pada 28 Jun 2009.
- ^ Zul Husni Abdul Hamid (2008-05-22). "Hampir lemas rakam klip video". Berita Harian (Rockensteiners: Faizal Tahir's Official Fan Club). Dicapai pada 2008-06-17.
- ^ Zanariah Abd Mutalib (2008-05-14). "Faizal hampir lemas untuk 'Sampai Syurga'". mSTAR. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-17. Dicapai pada 2008-06-17.
- ^ "Bermulanya era penulisan Faizal Tahir". 5 Julai 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-05. Dicapai pada 28 Jun 2009.
- ^ "Penyanyi kena berani buat pembaharuan". Berita Harian. 10 Mei 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-14. Dicapai pada 28 Jun 2009.
- ^ "Karya Audi Mok menangi pencarian lagu 1Malaysia". Berita Harian. 3 September 2009. Dicapai pada 4 Januari 2010.
- ^ "'Malaysia Satu' Menangi Pertandingan Lagu 1Malaysia". Bernama. 2 September 2009. Dicapai pada 4 Januari 2010.
- ^ "Pemeriksaan Awal Faizal Tahir Dapati 'Lung Infection'". gua.com.my. 20 November 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-11-23. Dicapai pada 21 November 2009.
- ^ Li Ee Kee (21 Nov 2009). "Shila Ditegur Pembawaan "Bencinta" Hancur". gua.com.my. Dicapai pada 6 Mac 2010.
- ^ Li Ee Kee (11 Jan 2010). "Faizal Tahir: Bukan Kerana Simpati Atau 'Ikan Emas' TV3". gua.com.my. Dicapai pada 6 Mac 2010.
- ^ Haswari Ali (15 Feb 2010). "Dominasi Faizal - Aizat Mengagumkan". gua.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-26. Dicapai pada 6 Mac 2010.
- ^ Mohd Al Qayum Azizi (1 Apr 2010). "Faizal Tahir: Tidak Layak Ke AIM Dakwaan Tidak Berasas". mStar. Dicapai pada 1 Apr 2010.
- ^ Norliza Mohd Zakaria (22 Jun 2010). "Tanggungjawab sosial Faizal Tahir". Utusan Online. Dicapai pada 2 Julai 2010.
- ^ a b Faizal Tahir Tinggal Semua Demi Palestin, gua.com.my, 26 Ogos 2010. Dicapai pada 26 Ogos 2010.
- ^ a b Faizal Tahir Sebak Jumpa Pelarian Palestine Diarkibkan 2010-08-26 di Wayback Machine, murai.com.my, 25 Ogos 2010. Dicapai pada 26 Ogos 2010.
- ^ Rakaman Raya Fenomena Faizal Tahir Ahad Ini, Sensasi Selebriti, 5 Ogos 2010. Dicapai pada 13 September 2010.
- ^ Konsert Fenomena Faizal Tahir di Hari Raya Kedua, Sensasi Selebriti, 13 Ogos 2010. Dicapai pada 13 September 2010.
- ^ "Karma" Faizal Tahir, gua.com.my, 29 April 2011.
- ^ Keputusan Penuh AJL26 (Anugerah Juara Lagu Ke-26) | Tahniah Hafiz Adalah Juara!, Buletin Artis!, 29 Januari 2012.
- ^ #AJL26 - Faizal Tahir Mahu Bakar Diri, Buletin Artis!, 30 Januari 2012.
- ^ FAIZAL TAHIR ENGGAN JADI MENTOR MUSIM 6, Buletin Artis!, 29 Disember 2011.
- ^ Inspirasi – Faizal Tahir dan Hafiz Suip Diarkibkan 2016-10-22 di Wayback Machine Raku.my (28 Disember 2015). 21 Oktober 2016
- ^ Anatomi Album terbaru Faizal Tahir Kepala Bergetar (11 November 2016). Diperoleh pada 24 Januari 2017.
- ^ 'Anatomi' Faizal Tahir Album Terbaik 2016 Oleh Apple Music Diarkibkan 2017-04-19 di Wayback Machine mStar (14 Disember 2016). Diperoleh pada 24 Januari 2017.
- ^ Ragaman tampilkan sisi berbeza Faizal Tahir Astro Awani (30 Ogos 2018). Diperoleh pada 16 September 2018.
- ^ Ifqdar Rahman (12 September 2018). Ragaman, sisi unik Faizal Tahir Diarkibkan 2018-09-16 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 16 September 2018.
- ^ Rudy Imran Shamsudin (6 September 2018). Irama vintaj daripada Faizal Harian Metro. Diperoleh pada 16 September 2018.
- ^ Beri jiwa dalam Bisa Aja Utusan Malaysia (22 Januari 2019). Dicapai pada 31 Julai 2019.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-13. Dicapai pada 2019-07-25.
- ^ https://www.hangat.com/2019/55269/5-fakta-menarik-di-sebalik-filem-bikers-kental-2/[pautan mati kekal]
- ^ Azwa Rahman (26 Julai 2019). Keluarkan Album Terakhir Berjudul Rojak, Faizal Tahir Buat Peminat Terkejut Astro Gempak. Dicapai pada 31 Julai 2019.
- ^ Georgie Joseph (25 Julai 2019). Rojak album terakhir Faizal Tahir Harian Metro. Dicapai pada 31 Julai 2019.
- ^ Zaidi Mohamad (26 Julai 2019). Rojak album terakhir saya - Faizal Tahir Berita Harian. Dicapai pada 31 Julai 2019.
- ^ Asyraf Roslan (26 Julai 2019). 'Rojak' album terakhir Faizal Tahir? Astro Awani. Dicapai pada 31 Julai 2019.
- ^ Budiey Isma (17 September 2008). "Gambar Isteri dan Anak Faizal Tahir". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 6 Mac 2010.
- ^ [1] Faizal Tahir Dapat Baby Girl], gua.com.my, 20 Mac 2011. Dicapai pada 20 Mac 2011.
- ^ https://www.rotikaya.com/faizal-tahir-syukur-dikurniakan-anak-syurga-tenang-cerita-kisah-maryam-tahirah/
Pautan luarSunting
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Faizal Tahir |