Faizal Yusup

Pelakon lelaki Malaysia

Mohd Faizal Yusup (13 Jun 1978 – 1 Januari 2011) ialah pelakon lelaki Malaysia dan bekas peserta Hero Remaja. Beliau muncul dalam banyak siri televisyen Melayu popular, antaranya Adamaya,[1] Tiramisu dan Manjalara.[2]

Faizal Yusup
Kelahiran
Mohd Faizal bin Mohd Yusup

(1978-06-13)13 Jun 1978
Meninggal dunia1 Januari 2011(2011-01-01) (umur 32)
Pusat Rawatan Islam Pusrawi Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Sebab kematianSerangan jantung
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Batu Muda, Gombak, Selangor
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2000–2011
Pasangan
  • Siti Nordiana (k. 2006; c. 2009)
  • Rosmunira Rashid (k. 2010–2011)
Anak-anak2

Kerjaya sunting

Beliau merupakan salah seorang bekas peserta Hero Remaja 2000/01 yang turut disertai oleh Zed Zaidi yang merangkul gelaran juara.

Kemunculan pertama Faizal dalam bidang lakonan ialah melalui telefilem Blok 404 dan kemudiannya telefilem Neon arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan bersama Eric Fuzi dan menampilkan ramai pelakon popular tanah air seperti Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Rashidi Ishak, Soffi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi. Beliau memegang watak Hafiz, seorang pemuda yang ditimpa nasib malang.[3]

Faizal juga terkenal dengan watak lakonannya dalam telefilem Zaharul Vs. Zarina yang bersiaran di Astro Ria. Beliau turut memegang watak pembantu sebagai Dani dalam drama Adamaya yang dibintangi oleh Sein Qudsi dan Lisa Surihani.

Sebelum kematiannya, Allahyarham sempat muncul dalam drama Tiramisu dan telefilem Jangan Hantar Aku Ke Neraka.

Kehidupan peribadi dan kematian sunting

Beliau sebelum ini telah berkahwin dengan penyanyi Siti Nordiana dan mempunyai seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie.[4] Faizal meninggal dunia pada 1 Januari 2011 pada usia 33 tahun. Beliau meninggalkan isteri keduanya, Rosmunira Rashid yang mengandung lima bulan pada waktu kematiannya.[5]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2004 Blok 404 Azlan Filem pertama
2006 Gong Didi Filem terakhir

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2006 Syair Untuk Najihah Syamer TV1 Drama pertama
2006–2007 CID 3278 Inspektor Azri TV9
2007 Manjalara Faryzal (Ryzal) TV3
2008 Intan Asmara Kamal
2008–2009 Spa Q (Musim 2) Shah
2009 Wadi Unung Nazir Astro Prima
Issandra Airil TV2
Rumah Mak
Wadi Rahmah Helmi
Dua Marhalah Syamil Astro Oasis Penampilan khas
Tower 13 Joe TV3 Episod: "Azri/Anjang"
Jongkang Jongkit Bad Astro Warna
2010 Ejen 008 TV3
Adamaya Dani
Jersi 9 Amran TV9
2010–2011 Tiramisu Alias TV3 Drama terakhir

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2003 Neon Hafiz VCD Telefilem pertama
2004 Surat Untuk Bulan Amin
Zaharul vs Zarina Zaharul / Zarina Astro Ria
2005 Zaharul vs Zarina 2
2006 Guruh Di Langit Zairul TV1
2007 Cinta Si Rempit TV3
2008 Tuhan Pun Tahu Sham
2009 Memoir Aisyah Zul TV3
Selagi Ada Waktu Farid TV1
Suratan Takdir Rohaizat
Pesan Mak Kamil TV2
2010 Wak Radin Khairul Nizam (Wak Ijam)
Cikgu Badar TV3
Gulai Labu Ikan Masin Kamal TV2
Cinta Si Sukun
2011 Jangan Hantar Aku Ke Neraka Hamzi TV9 Telefilem terakhir

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Nominasi Keputusan
2011 Anugerah Skrin 2011 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Jangan Hantar Aku ke Neraka Menang

Rujukan sunting

  1. ^ "Adamaya". tv3.com.my. Dicapai pada 3 Januari 2011.
  2. ^ "Actor Faizal Yusof dies". mmail.com.my. 1 Januari 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-02. Dicapai pada 3 Januari 2011.
  3. ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-02. Dicapai pada 31 Julai 2017.
  4. ^ "Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia akibat serangan jantung". bharian.com.my. 2 Januari 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-30. Dicapai pada 3 Mei 2012.
  5. ^ "'Tiramisu' star Faizal dies of heart attack". nst.com.my. 2 January 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 January 2011. Dicapai pada 3 January 2011.

Pautan luar sunting