Fakhruddin Ahmed (Benggali: ফখরুদ্দীন আহমেদ, lahir 1 Mei 1940) adalah salah seorang pakar ekonomi terkemuka Bangladesh. Beliau pernah menjawat sebagai gabernor Bank Bangladesh. Pada 12 Januari 2007 beliau diangkat menjadi ketua pemerintahan sementara di tengah-tengah kekacauan yang melanda politik negara itu.

Fakhruddin Ahmed

Profil sunting

Dr. Fakhruddin Ahmed dilahirkan di Munshiganj. Beliau merupakan penuntut lulusan terbaik dari kelasnya yang memperolehi gelaran BA (Hons) dan MA dari Jabatan Pengajian Ekonomi di Universiti Dhaka pada tahun 1960 dan 1961. Beliau memperolehi ijazah sarjana yang lain dalam jurusan Ekonomi Pembangunan dari Williams College, Amerika Syarikat dan seterusnya melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah tertinggi kedoktoran lalu telah berjaya mendapatkan gelaran Ph.D. dalam jurusan Ekonomi dari Universiti Princeton.

Ahmed telah memulakan kariernya sebagai pensyarah di Jabatan Pengajian Ekonomi di Universiti Dhaka. Sebelumnya beliau telah menjawat jawatan sebagai pegawai negeri Pakistan. Beliau bekerja dalam kerajaan Bangladesh hingga tahun 1978 dan kemudian bergabung dengan Bank Dunia hingga 2001. Beliau diangkat sebagai gabenor Bank Bangladesh pada tahun 2001 dan kontraknya berakhir pada 30 April 2005.

Beliau pernah menjadi Pengarah Pengurus untuk Yayasan Palli Karma-Sahayak (PKSF), sebuah pertubuhan kewangan mikro utama negara tersebut, sejak 1 Jun 2005.[1]

Rujukan sunting