Fakulti Perubatan, Universiti Malaya

Fakulti Perubatan Universiti Malaya diwujudkan untuk membentuk pelatih-pelatih perubatan yang profesional dengan sifat berkaliber, profesionalisme serta berkemampuan mengharungi cabaran. Mula diwujudkan sejak tahun 1965 bagi jurusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan. Kemudian seterusnya jurusan-jurusan lain dimasukkan seperti Bioperubatan, Farmasi dan juga Kejururawatan.

Pelajar-pelajar akan dididik dengan perubatan moden semasa untuk memantapkan minda pelajar perubatan dalam mengharungi cabaran perubatan terkini.

Jabatan-jabatanSunting

Fakulti ini terdiri 24 jabatan yang merangkumi pelbagai ilmiah yang berkaitan dengan perubatan.

  • Jabatan Sains Kejururawatan
  • Jabatan Perubatan Pemulihan
  • Jabatan Anestologi
  • Jabatan Anatomi
  • Jabatan Pengimejan Bioperubatan
  • Jabatan Onkologi Perubatan
  • Jabatan Kesihatan, Penyelidikan dan Unit Perkembangan
  • Jabatan Perubatan Fisiologi
  • Jabatan Mikrobiologi
  • Jabatan Obsterik dan Ginekologi
  • Jabatan Oftalmologi
  • Jabatan Pembedahan Ortopedik
  • Jabatan Otorhinolaringologi
  • Jabatan Pediatrik
  • Jabatan Parasitologi
  • Jabatan Patologi
  • Jabatan Farmakolgi
  • Jabatan Farmasi
  • Jabatan Fisologi
  • Jabatan Penjagaan Terapi
  • Jabatan Sosial dan Terapi Pencegahan
  • Jabatan Perubatan Sukan
  • Jabatan Pembedahan

Pusat Perubatan Univerisiti MalayaSunting

Fakulti ini juga berintegrasi dengan Pusat Perubatan Universiti Malaya (dahulunya Hospital Universiti) untuk dijadikan tempat praktikal bagi pelajar-pelajar perubatan Universiti Malaya dan juga luar. Tujuan praktikal diberikan adalah untuk melatih pelajar-pelajar ini dalam menghadapi situasi yang sebenar.

AkademikSunting

Bidang akademik yang ditawarkan terbahagi 2 peringkat iaitu:

  • Peringkat Diploma:
    • Kejururawatan
    • Teknologi Makmal Perubatan
    • Pengimejan Perubatan
  • Peringkat Ijazah Muda¬†:
    • Pembedahan Dan Perubatan
    • Bioperubatan
    • Farmasi
    • Kejururawatan
  • Peringkat Pasca-Ijazah dlm bidang perubatan/farmasi/bioperubatan/kejururawatan