Fakulti Sains, Universiti Malaya

Fakulti sains di Universiti Malaya

Fakulti Sains di Universiti Malaya merupakan antara fakulti yang tertua di Universiti ini, yang memulakan sesi pengajiannya pada 1959 dengan 4 jabatan iaitu Jabatan Botani, Jabatan Kimia, Jabatan Matematik, dan Jabatan Zoologi. Kini, Fakulti Sains merupakan fakulti terbesar di Universiti Malaya kerana mempunyai lebih daripada 4000 orang pelajar ijazah, 600 pelajar pasca siswazah, 200 staf akademik dan 250 staf sokongan.

Kini, terdapat 2 Institut dan 4 Jabatan di fakulti ini iaitu:


Selain berfungsi sebagai Pusat Pengajaran, Fakulti Sains turut bertindak sebagai pusat kajian utama bagi Sains dan Teknologi bagi rantau ini. Kebanyakan pelajar ijazah tinggi dan staf fakulti melakukan kajian yang dilakukan dalam lingkungan sains gunaan.

Fakulti juga mempunyai jurnalnya sendiri iaitu "Malaysian Journal of Science" (Jurnal Sains Malaysia) yang merupakan penerbitan berkenaan dengan penemuan kajian dalam penyediaan pembelajaran bermutu dan latihan untuk pelajar Ijazah dan Sarjana.

Pautan luar sunting