Fakulti Sains Universiti Teknologi Malaysia

Fakulti Sains (FS)ialah salah sebuah fakulti di Universiti Teknologi Malaysia. Ianya ditubuhkan pada tahun 1973. Fakulti Sains diketuai oleh seorang Dekan, dibantu oleh dua Timbalan Dekan, tiga orang Ketua Jabatan, empat orang Pengurus Akademik, Pengurus Teknologi Maklumat, Pengurus Makmal, Pengurus Program Luar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar.

Profesor Dr. Norsarahaida Saidina Amin merupakan dekan terkini fakulti sains.

Visi sunting

Untuk menjadi sebuah fakulti terkenal di seluruh dunia dalam kemajuan sains dan matematik.

Misi sunting

Untuk menjadi peneraju dalam pembangunan modal insan dan teknologi melalui generasi dan pengetahuan sains dan matematik disseminationof oleh kualiti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan inovatif dan penerbitan ilmiah untuk kesejahteraan manusia dan alam sekitar.

Jabatan sunting

Terdapat tiga jabatan di fakulti sains iaitu:

  • Jabatan Fizik
  • Jabatan Kimia
  • Jabatan Sains Matematik

Pusat kecemerlangan sunting

  • Institut Kajian Sains Fundamental Ibnu Sina atau ringkasnya Institut Ibnu Sina (IIS), yang menumpukan penyelidikan dalam bidang sains fundamental
  • Institut Sains Fotonik Termaju yang memfokuskan penyelidikan dalam laser dan serabut optik.
  • UTM Center of Industrial and Applied Mathematics (UTM-CIAM) tertumpu dalam penyelidikan dan konsultansi dalam menyelesaikan masalah industri dengan penyelesaian matematik.

Staf dan Infrastruktur sunting

Fakulti Sains merupakan fakulti yang terbesar di UTM dari segi bilangan staf. Kini terdapat seramai 204 orang staf akademik yang berkelayakan tinggi dan berpengalaman serta dibantu oleh 91 orang staf sokongan yang tekun lagi berdedikasi. Jabatan Kimia mempunyai 53 staf akademik dan 20 staf sokongan. Dari segi kemudahan dan peralatan, fakulti mempunyai tiga buah makmal komputer yang diuruskan oleh Jabatan Matematik, Jabatan Fizik mempunyai 32 makmal/bengkel yang digunakan untuk tujuan pengajaran dan penyelidikan, manakala Jabatan Kimia pula mempunyai 15 makmal pengajaran dan projek.

Makmal Kimia terletak di C08, C10, C18, dan C19, Fakulti Sains yang menyokong empat panel pengajian kimia. Panel tersebut ialah panel kimia Organik, Panel Tak Organik, Panel Analisis dan Panel Fizikal. Kebanyakan penyelidikan yang dijalankan oleh pelajar pasca ijazah dan projek sarjana muda dijalankan di makmal projek.

Makmal Matematik

Makmal komputer matematik terletak di bangunan C22 dan T05, Fakulti Sains.

Kursus yang ditawarkan di Fakulti Sains sunting

Program Akademik Prasiswazah:

  • B.Sc (Fizik bahan)
  • B.Sc (Fizik)
  • B.Sc (Fizik Perindustrian)
  • B.Sc (Fizik Kesihatan)TS29/SSH
  • B.Sc (Kimia)
  • B.Sc (Kimia Perindustrian)
  • B.Sc (Matematik)
  • B.Sc (Matematik Perindustrian)TS34/SSM

Program Akademik Pascasiswazah:

  • M.Sc (Kimia) by Taught Course
  • M.Sc (Sains Forensik) by Taught Course
  • M.Sc (Matematik) by Taught Course
  • M.Sc (Kejuruteraan Matematik) by Taught Course
  • M.Sc (Fizik) by Taught Course
  • M.Sc & Ph.D (Kimia) by Research
  • M.Sc&Ph.D (Matematik) by Research
  • M.Sc & Ph.D (Fizik) by Research

RUJUKAN sunting

Buku panduan akademik Fakulti Sains (pdf) Diarkibkan 2010-12-24 di Wayback Machine

Pautan Luar sunting

Laman Jabatan
Laman Pusat Kecemerlangan