Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan
Rencana ini nampaknya ditulis seperti sebuah iklan. (Disember 2020) |
Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) merupakan di antara fakulti yang terawal sejak penubuhan Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Penubuhan fakulti ini adalah selari dengan Rancangan Malaysia ke-9, yang memberi keutamaan kepada pemuliharaan dan pemeliharaan seni warisan sebagai harta yang amat tidak ternilai kepada negara selain menyahut saranan kerajaan, dibawah Perkara 65 (bajet 2005) yang berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kesenian antarabangsa. pembangunan kesenian di Malaysia berhubungkait dengan pengkomersialan seni kepada pihak industri dan pengguna akhir. Berpaksikan keperluan untuk mengkomersialkan warisan bangsa ke peringkat global dengan mengambil kira teknologi terkini, FTKW telah ditubuhkan untuk melestarikan produk warisan negara melalui proses pembentukan modal insan yang dikenali sebagai usahawan kreatif.
Fail:Ftkw.jpg | |
Moto | Pemerkasaan Warisan Melalui Teknologi Kreatif dan Keusahawanan |
---|---|
Ditubuhkan | 2007 |
Universiti | Universiti Malaysia Kelantan |
Dekan | Dr. Hanisa Hassan |
Kakitangan akademik | 45[1] |
Pelajar prasiswazah | Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian. -Warisan Budaya -Tekstil Fesyen -Rekabentuk Komunikasi Visual -Seni Halus -Multimedia -Animasi -Pengajian Skrin |
Pelajar pascasiswazah | rujuk https://cps.umk.edu.my/index.php/my/program-akademik/mod-penyelidikan/fakulti-teknologi-kreatif-dan-warisan.html |
Lokasi | Bachok 6°00′17″N 102°24′03″E / 6.004618407492271°N 102.40087751366812°E |
Laman Rasmi | http://ftkw.umk.edu.my/ https://www.facebook.com/ftkwofficial |
Sejarah
suntingFakulti ini mula beroperasi pada 2007 di Kampus Kota, Taman Bendahara, Pengkala Chepa selama 4 tahun (2007-2010). Ia kemudian berpindah ke Kampus Induk di Bachok dan memulakan operasi pada 2011. Mulai Sidang Akademik 2007/2008, FTKW menawarkan program-program yang berkaitan dengan Pengajian Teknologi Kreatif dan Warisan yang berteraskan reka bentuk dan keusahawanan. Program ini bertujuan melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan dalam bidang seni reka dan kemahiran keusahawanan. Dari segi pelaksanaan program, pada umumnya terdapat dua program yang ditawarkan iaitu Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian.
Visi
suntingMenerajui pembangunan modal insan dalam bidang Keusahawanan Industri Kreatif demi kesejahteraan masyarakat secara global.
Slogan
suntingPemerkasaan Warisan Melalui Teknologi Kreatif dan Keusahawanan
Misi
suntingFakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) berusaha:
- Menawarkan program akademik yang berkualiti tinggi dan relevan dalam bidang industri kreatif.
- Mempromosikan kajian inovasi dan kreatif, dan aktiviti konsultasi selari dengan keperluan pemegangtaruh dan pembangunan komersil.
- Menyediakan perkhidmatan yang memenuhi tanggungjawab sosial terhadap komuniti dalam industri kreatif, yang mampu meningkatkan daya saing dalam keusahawanan kreatif.
- Mengutamakan keperluan dan memenuhi kehendak pelanggan dengan menyediakan persekitaran yang kondusif.
Program Pengajian
suntingPrasiswazah
Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) menawarkan 2 program pengajian di peringat prasiswazah iaitu:
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian (Warisan Budaya)
- Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian (Kesusasteraan Warisan)
- Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian (Seni Persembahan)
- Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian (Konservasi Warisan)
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian (Rekabentuk Perindustrian)
- Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian (Tekstil Fesyen)
- Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian (Rekabentuk Komunikasi Visual)
- Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian (Seni Halus)
- Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian (Multimedia)
- Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian (Pengajian Skrin)
- Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian (Animasi)
Pascasiswazah
Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) menawarkan 6 program pengajian di peringat prasiswazah, dan kedoktoran iaitu:
Mod Pengajian | ||||
---|---|---|---|---|
Bil | Penawaran Bidang | Kaedah | Sepenuh Masa | Separuh Masa |
1 | Ijazah Sarjana Sastera dalam Pengajian Warisan | Penyelidikan | Ya | Ya |
2 | Ijazah Sarjana dalam Tekstil dan Fesyen | Penyelidikan | Ya | Ya |
3 | Ijazah Sarjana dalam Rekabentuk Produk | Penyelidikan | Ya | Ya |
4 | Ijazah Sarjana dalam Multimedia | Penyelidikan | Ya | Ya |
5 | Ijazah Sarjana dalam Komunikasi Visual | Penyelidikan | Ya | Ya |
6 | Ijazah Sarjana Inovasi dan Rekabentuk | Kerja Kursus | Ya | Ya |
Rujukan
sunting- ^ "Staf Akademik". Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan. Dicapai pada 10 Disember 2020.