Falisha Crossley

Pelakon dan pengacara Malaysia

Nur Falisha Crossley Faisal (lahir 13 April 1985) merupakan seorang bekas pelakon, model dan pengacara wanita Malaysia, berasal dari Kuching, Sarawak.[1] Beliau terkenal menerusi watak gadis punk Sikha dalam filem Mat Moto arahan Pekin Ibrahim.[2]

Falisha Crossley
Falisha ditemubual oleh MeleTOP selepas beliau memenangi Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia ke-28.
Kelahiran
Nur Falisha Crossley binti Faisal

(1985-04-13) 13 April 1985 (umur 39)
PendidikanIjazah Sarjana Muda Perakaunan
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, peragawati, pengacara
Tahun aktif2011–2018
PasanganMohamad Rafiq bin Mohmad Arif (k. 2017)
Anak-anak2

Kehidupan awal sunting

Falisha lahir dan membesar di Kuching, Sarawak dan berdarah kacukan Melayu-Cina-Inggeris (sebelah bapanya).[3] Beliau mempunyai seorang adik lelaki bongsu yang meninggal dunia pada 2007 akibat ketumbuhan otak pada usia 18 tahun.[1] Datuk beliau pernah bekerja di bahagian kebudayaan dalam pentadbiran di Sarawak. Manakala ibunya pernah menjadi penari sewaktu muda dahulu.[3] Beliau melanjutkan pelajarannya di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di mana beliau merupakan pelajar dalam bidang perakaunan. Selepas tamat belajar di UiTM, beliau bekerja sebagai akauntan di sebuah syarikat di Taman Tun Dr. Ismail.[3]

Kerjaya sunting

Falisha memulakan kerjaya seninya dengan menyertai Citrawarna dan pelbagai peragaan fesyen, namun tidak terfikir akan terus aktif secara serius. Namun beliau tidak mengetahuinya sehingga pertengahan 2010, beliau terpilih membintangi Iklan Raya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas). Ketika itu, Falisha bekerja sebagai juruaudit di Lembah Klang apabila beliau diminta untuk uji bakat untuk iklan komersial selepas sepupunya telah menghantar gambar beliau ke sebuah syarikat penerbitan. Kemudian beliau ditawarkan membintangi beberapa iklan televisyen sekali gus membuka peluang untuknya memulakan kerjaya lakonan.[4]

Beliau telah dipilih menjayakan watak gadis punk bernama Sikha dalam filem sulung arahan Pekin Ibrahim, Mat Moto. Pekin berkata: "Dia (Falisha) mewakili gen Y yang barangkali menjadikan ideologi luar sebagai pegangan hidup. Sementara saya mewakili gen X yang masih memiliki sifat-sifat perjuangan dan patriotisme. Pertembungan kedua-dua gen ini ditonjolkan dalam filem Mat Moto. Tak semestinya gen Y ini tidak ada apa-apa. Ada juga benda yang saya belajar daripada dia dan begitu juga sebaliknya. Bagi menghidupkan watak Sikha, beliau memendekkan rambutnya".[5] Bagi menjayakan watak Sikha, beliau sanggup mengorbankan rambut panjangnya dan memotongnya agar menjadi pendek.[6][7]

Pada tahun 2018, Falisha menamatkan kerjayanya sebagai pengacara dan pelakon semasa beliau di puncak, kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarganya.

Kehidupan peribadi sunting

Pada pertengahan 2016, beliau bertudung 3 hari sebelum kedatangan bulan Ramadan.[8][9]

Beliau berkahwin dengan Mohamad Rafiq Mohd Arif yang merupakan kapten penerbangan di syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia pada 1 Januari 2017.[10] Pasangan ini dikurniakan dua anak - Nur Raysha Mikhayla (lahir 6 Oktober 2017)[11][12] dan Mohamad Shaqur Mateen (lahir 4 Disember 2020).[13]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2016 Mat Moto Sikha Pekin Ibrahim
Syafiq Yusof
Filem pertama
2017 Malay Regiment Falisha Jurey Latiff Rosli

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2011 Sahara Sofea TV3
2013 Derhaka Seorang Madu Malissa
2014 Selamat Pengantin Madu Aisyah
Istikharah Cinta Juliza
Sarafina Nadira Astro Prima
Astana Cinta Aleesa Alia TV9
2015 Memori Cinta Suraya Amira Astro Mustika HD
HidayahMu Ramadan Mimi TV3
2016 Dia Semanis Honey Ariana Astro Ria
Aku Bukan Bimbo Jemima

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2014 Dendam 5 Beradik Astro Box Office
Nikah Kita Bercinta Astro Ria
2016 Kopi Cinta TV2
Niqabi
Umrah dot.com Astro Ria
2017 Mek Minyak TV2
Sakit TV3
2018 Syurga Kecil Kami TV1

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2010 1,2,3... Tukar Dirinya sendiri/peserta Astro Ria
2013 Selamat Pagi Malaysia Dirinya sendiri/pengacara TV1
Hello On 2 Dirinya sendiri/pengacara TV2

Muzik video sunting

Tahun Tajuk lagu Artis undangan
2013 "Ganas" KRU
2016 "Bujeng" A-OK

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2016 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28 Artis Baru Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon
Festival Filem Malaysia ke-28 Pelakon Wanita Harapan Menang
Anugerah Skrin 2016 Pelakon Filem Wanita Terbaik Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ a b Mumtaj Begum (27 Februari 2017). "Meet Malaysia's best new actress, Falisha Crossley". Star2. Dicapai pada 9 Februari 2017.
  2. ^ Syed Mahdi, Syed Musaddad (27 Disember 2015). "Tuah Falisha Crossley". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-22. Dicapai pada 13 Januari 2016.
  3. ^ a b c Mohd Haikal Isa (1 Februari 2016). Layar introduksi Falisha Crossley Diarkibkan 2018-06-21 di Wayback Machine Kosmo!. Dicapai pada 21 Jun 2016.
  4. ^ "Nur Falisha: Hati terpaut bidang lakonan". Perak Today. 13 Mei 2014. Dicapai pada 13 Januari 2016.
  5. ^ Mohamed Isa, Faten Saphilia (20 Disember 2015). "Pekin, Falisha beradu nasib dalam Mat Moto". KOSMO!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-25. Dicapai pada 13 Januari 2016.
  6. ^ "Potong rambut, bergaul dengan punk demi Mat Moto". Malaysian Digest. 19 Januari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-19. Dicapai pada 13 Januari 2016.
  7. ^ "Falisha 'Korban' Rambut Panjang Demi Watak Gadis Punk". My News Hub. 4 Disember 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-19. Dicapai pada 13 Januari 2016.
  8. ^ "Kisah tudung Falisha Crossley". Utusan Malaysia. 5 Jun 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Julai 2016. Dicapai pada 8 April 2017.
  9. ^ "Niat bertudung sudah lama". Utusan Malaysia. 16 Jun 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2016. Dicapai pada 8 April 2017.
  10. ^ Kemalia Othman (2 Disember 2016). "Tunang Falisha Crossley Jadi Perhatian Kerana 'Suri Hati Mr Pilot'". mSTAR Online. Dicapai pada 9 Februari 2017.
  11. ^ Feride Hikmet Atak (14 Oktober 2017). "Falisha Crossley timang anak perempuan". Berita Harian. Dicapai pada 22 Oktober 2017.
  12. ^ Nur Asyikin Mayudin (14 Oktober 2017). "Falisha Crossley dikurniakan puteri sulung". mStar Online. Dicapai pada 22 Oktober 2017.
  13. ^ Zaidi Mohamad (11 Disember 2020). "Falisha dapat anak kedua". Berita Harian. Dicapai pada 10 April 2021.

Pautan luar sunting