Fall Guys: Ultimate Knockout

permainan video terbitan tahun 2020

Fall Guys (lazimnya sekadar Fall Guys: Ultimate Knockout) ialah sebuah permainan video jenis pertempuran royal oleh syarikat Mediatonic yang dilancarkan pada 4 Ogos 2020. Permainan ini diinspirasikan oleh rancangan televisyen bertemakan pertandingan seperti Istana Takeshi serta permainan-permainan kanak-kanak.

Fall Guys
PembangunMediatonic
PenerbitEpic Games
PengarahJamie Riding
PengeluarAlex Ruse
PerekaJoseph Walsh
Pengatur cara
  • Joel Herber
  • Rakesh Vangur
ArtisRob Jackson
Komposer
  • Jukio Kallio
  • Daniel Hagström
EnjinUnity
Platform
Pelepasan4 Ogos 2020
GenreBattle royale
ModMultipemain

Tatamain sunting

Permainan ini bermula dengan sekumpulan 60 orang pemain dengan setiap satu pemain memegang watak berbentuk seperti kacang jeli.[1] Dalam satu set permainan, para pemain diletakkan dalam siri permainan mini yang dipilih secara rawak dari sekumpulan permainan mini yang wujud dalam permainan video ini. Jenis-jenis permainan ini termasuklah:

  • Lumba lari berhalangan dengan matlamat untuk mencapai garis penamat. Sekiranya terjatuh, pemain terpaksa berlumba balik dari tempat mula. Permainan mini sebegini akan memilih sekumpulan penamat terawal untuk meneruskan permainan manakala yang lain akan tersingkir.
  • Pentas berhalangan dengan matlamat untuk mengelakkan diri daripada terjatuh dari pentas dan tersingkir dalam suatu masa yang ditetapkan.
  • Pertandingan berkumpulan seperti menolak bola gergasi, mengumpul telur dan bola sepak. Kumpulan yang menang akan meneruskan permainan.

Sedikit demi sedikit pemain akan tersingkir dari permainan-permainan tersebut. Pada permainan mini terakhir, kumpulan yang mara akan bertanding untuk menjadi juara, yakni orang yang terakhir yang kekal dalam permainan (bergantung kepada jenis permainan mini).

Watak yang dimiliki setiap pemain boleh dihias dengan pelbagai jenis aksesori yang boleh dibeli dengan mata wang permainan, yakni Kudos dan Crown. Ciri-ciri transaksi mikro wujud dalam permainan video ini untuk memperoleh mata-mata wang tersebut.[2] Seperti permainan-permainan battle royale lazim, Fall Guys mempunyai sistem musim dengan aksesori-aksesori khas yang boleh didapati sepanjang musim.

Penerimaan sunting

Penerimaan
Markah agregat
PengagregatMarkah
MetacriticPC: 79/100[3]
PS4: 80/100[4]
Markah ulasan
PenerbitanMarkah
Destructoid8/10[5]
Game Informer8.75/10[6]
Game Revolution     [7]
GamesRadar     [9]
GameSpot7/10[8]
IGN8/10[10]
PC Gamer US80/100[11]

Secara keseluruhan, berdasarkan Metacritic, Fall Guys menerima penerimaan yang baik secara umum. Ketika pelancaran versi beta tertutup pada minggu sebelum pelancaran, permainan video ini secara seketika menjadi permainan video dengan tontonan terbanyak di Twitch. Pada hari pelancaran, permainan ini menerima kira-kira 1.5 juta orang pemain,[12] dengan jumlah pemain mencecah 2 juta orang pada 10 Ogos.[13] Pelayan Fall Guys dikatakan tidak dapat menampung jumlah pemain sebanyak itu ketika hari pelancaran.[14] Populariti permainan video ini juga menarik perhatian syarikat-syarikat besar seperti KFC dan Konami untuk menampilkan aksesori rekaan mereka bagi Fall Guys.[15]

Fall Guys juga selalu dibandingkan dengan Among Us ekoran kedua permainan video ini menerima peningkatan populariti semasa pandemik COVID-19, kedua-dua permainan ini juga bertemakan permainan pesta dalam talian.[16][17][18][19][20]

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan Ruj.
2020 The Game Awards 2020 Permainan Indie Terbaik Tercalon [21]
Sokongan Komuniti Terbaik Menang
Permainan Keluarga Terbaik Tercalon
Permainan Multipemain Terbaik Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ "Fall Guys (for PC)". PC Magazine. 14 Ogos 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2020. Dicapai pada 14 Ogos 2020.
  2. ^ Croft, Liam (6 Ogos 2020). "Fall Guys Review (PS4)". Push Square. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Ogos 2020. Dicapai pada 7 Ogos 2020.
  3. ^ "Fall Guys: Ultimate Knockout for PC Reviews". Metacritic. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Ogos 2020. Dicapai pada 6 Ogos 2020.
  4. ^ "Fall Guys: Ultimate Knockout for PlayStation 4 Reviews". Metacritic. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Ogos 2020. Dicapai pada 9 Ogos 2020.
  5. ^ Devore, Jordan (6 Ogos 2020). "Review: Fall Guys: Ultimate Knockout". Destructoid. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020.
  6. ^ Tack, Daniel (7 Ogos 2020). "Fall Guys: Ultimate Knockout". Game Informer. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020.
  7. ^ Tamburro, Paul (5 Ogos 2020). "Falling with a complete lack of style". GameRevolution. Check |archive-url= value (bantuan)
  8. ^ Barbosa, Alessandro (7 August 2020). "Fall Guys: Ultimate Knockout Review - Jelly Bean Gladiators". GameSpot. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Ogos 2020. Dicapai pada 9 Ogos 2020.
  9. ^ Delaney, Mark (6 August 2020). "Fall Guys review: "There's litle standing in the way between Fall Guys and world domination". GamesRadar+. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Ogos 2020. Dicapai pada 7 Ogos 2020.
  10. ^ Cardy, Simon (7 Ogos 2020). "Fall Guys: Ultimate Knockout Review". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Ogos 2020. Dicapai pada 8 Ogos 2020.
  11. ^ Livingston, Christopher (8 Ogos 2020). "Fall Guys: Ultimate Knockout review". PC Gamer. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Ogos 2020. Dicapai pada 9 Ogos 2020.
  12. ^ Kerr, Chris (5 Ogos 2020). "Fall Guys attracts 1.5 million players within 24 hours of launch". Gamasutra. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Ogos 2020. Dicapai pada 5 Ogos 2020.
  13. ^ Minotti, Mike (10 Ogos 2020). "Fall Guys sells 2 million copies on Steam in under a week". VentureBeat. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020.
  14. ^ Tailby, Stephen (14 Ogos 2020). "Fall Guys Awards Special Costume and Kudos as Thanks for Bearing with Server Issues". Push Square. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020.
  15. ^ Skrebels, Joe. "Fall Guys: Other Companies Really Want Their Own Crossover Skins". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 23 Ogos 2020.
  16. ^ Craven, Joe (2020-09-07). "Shroud explains why first games of Among Us were "confusing"". Dexerto.com. Dicapai pada 8 September 2020.
  17. ^ Grayson, Nathan (8 September 2020). "Among Us' Improbable Rise To The Top Of Twitch". Kotaku Australia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 September 2020.
  18. ^ Grimm, Peter (7 September 2020). "Among Us Hits Impressive Concurrent Player Milestone". Game Rant (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 September 2020.
  19. ^ Baird, Scott (7 September 2020). "Fall Guys Is Number One On Steam's Bestselling List For Fifth Week In A Row". TheGamer (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 September 2020.
  20. ^ Matthews, Emma (25 Ogos 2020). "Why Among Us is the best game to watch on Twitch right now". PC Gamer (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 September 2020.
  21. ^ Park, Gene (18 November 2020). "Here are the nominees for The Game Awards 2020". The Washington Post. Nash Holdings. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-18. Dicapai pada 18 November 2020.

Pautan luar sunting

Fon sunting

Titan One