Famiza Zulkifli atau nama komersialnya, Famieza merupakan seorang penyanyi era 80-an yang berasal dari Kuantan.

Album Getaran 1989.

Famieza popular dengan lagu Getaran pada 1989. Beliau kemudian menceburi bidang perniagaan secara dalam talian menjual busana Muslimah melalui syarikat Muslimah Online Trading. Mengorak lebih langkah dalam bidang perniagaan, beliau menubuhkan Muslimah Skincare and Cosmetics Manufacturing Sdn Bhd (yang kemudian ditukarkan kepada Muslimah Manufacturing Sdn Bhd). Beliau merupakan Pengasas dan Pengarah Urusan syarikat tersebut yang terletak di Sungai Petani, Kedah.

Sepanjang bergiat dalam bidang perniagaan, beliau sangat peka dengan alam sekitar dengan mengilhamkan produk berasaskan herba. Famiza juga giat dalam kerja-kerja amal dan aktif dalam aktiviti yang dianjurkan untuk manfaat orang ramai. Beliau juga mengadakan kelas mengajar membuat sabun gliserin halal untuk ilmu kepada kaum ibu sebagai langkah ikhtiar mencari pendapatan.

Kehidupan peribadi beliau, Famiza merupakan ibu kepada empat cahaya mata.

Famiza meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) 18 February 2015 akibat masalah jantung pada usia 43 tahun. Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seri Muda, Gombak petang ini.[1]

[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Penyanyi era 80-an Famieza meninggal dunia[pautan mati kekal]
  2. ^ staff Muslimah Skincare and Cosmetics Manufacturig Sdn Bhd