FMC Music

syarikat rakaman Malaysia
(Dilencongkan dari Fantasia Music City)

Fantasia Music City atau FMC merupakan sebuah syarikat rakaman Malaysia. Syarikat ini merupakan salah sebuah anak syarikat kepada Hui Hvang Enterprise Sdn Bhd. Syarikat ini ditubuhkan pada 1991 sebagai syarikat penerbit yang beroperasi sebagai entiti berasingan bagi pasaran khusus di Malaysia.

FMC Music
Syarikat indukHui Hvang Enterprise Sdn Bhd
Diasaskan1991
Label edaranFMC Music Publishing Sdn Bhd
GenrePelbagai
Negara asalMalaysia
LokasiKuala Lumpur, Malaysia
Tapak web rasmifmcmusic.com.my

FMC merupakan ahli Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) iaitu sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang mewakili pengedaran dan penerbitan rakaman muzik di Malaysia.[1]

Artis naungan sunting

Pada masa kini, antara senarai artis yang bernaung di bawah label Fantasia Music City adalah seperti berikut:[perlu rujukan]

Tengkarah sunting

Pada 10 Julai 2022, sebuah saluran muzik di YouTube bernama Lofi Girl telah dihentikan dua siaran muzik langsungnya atas sebab dakwaan pelanggaran undang-undang hak cipta yang dilaporkan oleh FMC. Akaun Twitter akaun tersebut telah membuat kiriman berkenaan laporan terbabit, dan dikatakan bahawa tuntutan hak cipta itu adalah tuntutan palsu. Beberapa jam kemudian, akaun Twitter rasmi YouTube telah membalas kiriman terbabit serta mengakui kesilapan pihaknya. Pihak YouTube telah menghapuskan tuntutan pelanggaran hak cipta tersebut serta mengembalikan video yang berdurasi dua puluh ribu jam terbabit 48 jam kemudian.[2][3][4]

Walau bagaimanapun, FMC memberitahu laman berita Malaysiakini bahawa laporan pelanggaran undang-undang yang dibuat terhadap saluran YouTube Lofi Girl merupakan tindakan penggodam yang menggunakan saluran YouTube FMC.[5] Wakil FMC mendakwa hal itu hanya disedari pada 13 Julai lantaran pekerjanya sedang bercuti ketika itu.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ RIM: Members Diarkibkan 2018-04-09 di Wayback Machine Persatuan Industri Rakaman Malaysia. Diperoleh pada 17 Jun 2012.
  2. ^ Aiman (12 Julai 2022). "Syarikat Rakaman Malaysia Didakwa Jadi Punca Video Lofi Girl Kena 'Banned' Oleh YouTube". Vocket. Dicapai pada 12 Julai 2022.
  3. ^ "Akaun Lofi Girl Kembali Semula Di YouTube Selepas Digantung Atas Tuntuan[sic] Hak Cipta Palsu". Amanz. 13 Julai 2022. Dicapai pada 13 Julai 2022.
  4. ^ a b Azwan Isa (13 Julai 2022). "Didakwa Jadi Punca Video Lofi Girl Dipadam YouTub, FMC Beri Penjelasan - "Sebenarnya..."". Gempak. Dicapai pada 13 Julai 2022.
  5. ^ Kumar, Gajendra Jeya (12 Julai 2022). "Local record label blames 'hacking' for Lofi Girl fiasco" [Syarikat rakaman tempatan menyalahkan 'penggodam' punca permasalahan Lofi Girl]. Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Julai 2022.

Pautan luar sunting