Fantasista (manga)

Fantasista (Jepun: ファンタジスタ, Hepburn: Fantajisuta) ialah manga Jepun yang ditulis dan dilukis oleh Michiteru Kusaba. Siri ini diterbitkan di majalah Shogakukan Weekly Shōnen Sunday dari Julai 1999 hingga Mac 2004. Bab-babnya dihimpun dan diterbitkan ke dalam 25 tankōbon. Sequel manga yang bertajuk Fantasista Stella (Jepun: ファンタジスタステラ, Hepburn: Fantajisuta Sutera), diterbitkan di Weekly Shōnen Sunday dari Oktober 2012 hingga Ogos 2015, dihimpun ke dalam 14 tankōbon.

Fantasista
Fail:Fantasista vol 1.jpg
First volume cover
ファンタジスタ
(Fantajisuta)
GenreSukan
Manga
PengarangMichiteru Kusaba
PenerbitShogakukan
DemografikShōnen
PencetakanShōnen Sunday Comics
Majalah AsalWeekly Shōnen Sunday
Tarikh Pengeluaran28 Julai 19993 Mac 2004
Jilid25 (Senarai jilid)
Manga
Fantasista Stella
PengarangMichiteru Kusaba
PenerbitShogakukan
DemografikShōnen
PencetakanShōnen Sunday Comics
Majalah AsalWeekly Shōnen Sunday
Tarikh Pengeluaran10 Oktober 201219 Ogos 2015
Jilid14 (Senarai jilid)
Video animasi original
Fantasista Stella
PengarahHideya Takahashi
Skrip/PenulisTomohiro Yamashita
Lagu/MuzikHiroki Urakari
StudioXebec
Penyiaran AsalTokyo MX
Dikeluarkan pada8 Disember 201521 Disember 2015
Episod3 (Senarai episod)
Portal Anime dan Manga

Cerita bermula pada pertengahan dekad 1990an di Jepun. Bermula dari Teppei Sakamoto, seorang anak kampung yang terlambat datang di perlawanan perdana pasukan sekolahnya. Siapa sangka anak kampung ini yang duduk di darjah satu ini mempunyai kebolehan fenomeno dalam melakukan elastico dan pedalada. Teman-teman bola sepaknya yang lebih tua tidak menyangka seorang anak kampung yang jelek sifat disiplinnya dan lebih mida dari mereka bermain mirip seperti Roberto Baggio atau Hristo Stoichkov. Mereka memberikan Teppei nama di atas padang sebagai fantasista (istilah Itali dalam bola sepak yang popular ketika itu). Kakak perempuannya menjadi jurulatih di SMA Mizumoto. Teppei harus membawa kemenangan untuk pasukannya yang terkenal sebagai pasukan yang lemah di wilayahnya dan mara menyertai kelab gergasi Serie A sebagai skuad semasa.

Pada sekuelnya, siri ini melanjutkan kisah Teppei yang sedang berlatih keras untuk menjadi pemain utama AC Milan. Banyak dari teman-teman Teppei yang mendapat tawaran untuk bermain di kelab-kelab La Liga, Campeonato Brasileiro dan Serie A. Marco Cuore pemain Itali dan saingan utama ialah pemain kunci dalam formasi kubu Parma. Selepas jadual Serie A telah berakhir, Pasukan Jepun dan Itali akan segera bersemuka dalam perlawanan Sukan Olimpik.

OVA Anime

sunting
Teppei Sakamoto (坂本轍平, Sakamoto Teppei)
Disuarakan oleh: Junichi Yanagita[1]
Keisuke Honda (本田圭佑, Honda Keisuke)
Disuarakan oleh: Hideo Ishikawa[1]
Atsushi Kondo (近藤敦, Kondō Atsushi)
Disuarakan oleh: Eiji Miyashita[1]
Ryuji Morikawa (森川竜司, Morikawa Ryūji)
Disuarakan oleh: Kaito Ishikawa[1]
Kaoru Okita (沖田薫, Okita Kaoru)
Disuarakan oleh: Kōki Uchiyama[1]
Rui Okubo (大久保塁, Ōkubo Rui)
Disuarakan oleh: Shunsuke Kawabe[1]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d e f "Junichi Yanagita, Hideo Ishikawa Star in Fantasista Stella Soccer Video Anime". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-10-25.

Pautan luar

sunting