Fara Mendoza
Fara Mendoza (lahir Norfaralinah binti Md Yunus; 22 Januari 1988) ialah seorang pelakon, model dan personaliti media sosial Malaysia. Beliau telah terlibat dalam pelbagai kontroversi dan skandal sepanjang kerjayanya.[1]
Fara Mendoza | |
---|---|
Kelahiran | Norfaralinah binti Md Yunus 22 Januari 1988 |
Pekerjaan | Pelakon, model, personaliti media sosial |
Tahun aktif | 2012 - kini |
Kontroversi sunting
Sekitar 2015, beliau dikaitkan dengan pelakon Fizz Fairuz. Fizz dilaporkan berkata tidak pernah mengenali atau bertemu dengan Fara berhubung kontroversi paparan skrin mesej perbualan di WeChat.[2]
Pada tahun 2017, Fara mendakwa telah ditampar dan dipukul oleh kekasihnya selepas mengetahui kekasihnya sudah beristeri.[3]
Filemografi sunting
Filem sunting
- Keranda Tok Wan Terbang (2015)[4]
- Autumn in Wales (2022)
Drama sunting
- Ramadan Yang Hilang (2013)
- Projek Memikat Suami (2013)
- Suamiku Encik Sotong (2014)
- Shhh... I Love You (2017)
- My Coffee Prince (2017)
- Raisha 2 (2018)
Rujukan sunting
- ^ "Saya hanya jadi diri sendiri - Fara Mendoza". Utusan Malaysia. 1 Januari 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-06. Dicapai pada 3 Julai 2018.
- ^ Zaidi Mohamad (11 Ogos 2015). "Kenapa Fizz cakap tak kenal saya - Fara Mendoza". Berita Harian. Dicapai pada 25 September 2015.
- ^ Feride Hikmet Atak (3 November 2017). "Fara Mendoza ditampar, dipukul kekasihnya". Berita Harian. Dicapai pada 26 April 2018.
- ^ "Fara Mendoza pelakon yang kontroversi". Azhan.co. 10 Oktober 2017.