Farah Naaz Hashmi, dikreditkan sebagai Farah ialah seorang pelakon wanita India pada 1980an dan awal 1990an. Beliau ialah kakak kepada pelakon Tabu.

Farah Naaz
Farah
Kelahiran
Farah Naaz Hashmi

(1968-12-09) 9 Disember 1968 (umur 55)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1984–1998
2000-2005
PasanganVindu Dara Singh
Sumeet Saigal
Anak-anak1
SaudaraTabu (adik)
Shabana Azmi (ibu saudara)

Farah membuat penampilan pertamanya dalam filem Faasle 1985 terbitan Yash Chopra. Beliau ialah antara pelakon wanita terkenal Bollywood pada 1980an dan 1990an.

Filem terkenal beliau ialah Naseeb Apna Apna (1986), Imaandaar (1987), Hamara Khandaan (1987), Naqab (1989),[1] Yateem (1988), Baap Numbri Beta Dus Numbri (1990), Begunaah (1991), Bhai Ho To Aisa (1995) dan Sautela Bhai (1996).

Beliau bersara dari kerjaya lakonan pada 1996 selepas perkahwinan pertamanya,[2] kemudian aktif di televisyen. Beliau telah bekerja dengan ramai pelakon yang sezaman dengannya, termasuk Rajesh Khanna, Rishi Kapoor, Sanjay Dutt, Sunny Deol, Anil Kapoor, Jackie Shroff, Mithun, Govinda, Aditya Pancholi dan Aamir Khan.

Rujukan sunting

  1. ^ "B'wood's disappearing divas". Times of India. Dicapai pada 7 May 2016.
  2. ^ "16 Bollywood Actresses Who Mysteriously Vanished". Eros Now. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-11-10. Dicapai pada 7 May 2016.

Pautan luar sunting