Farah Diana Anuar (lahir 25 Januari 1985) atau lebih dikenali dengan gelaran Farah AF2[2] atau Farah Breep Breep, ialah seorang penyanyi dan pengacara wanita Malaysia. Beliau mencapai populariti dengan menduduki tempat ke-4 dalam musim ke-2 Akademi Fantasia. Sebelum menyertai rancangan realiti TV Akademi Fantasia, beliau telah menyertai rancangan Suara Jati Malaysia pada tahun 2003 dan telah memenangi tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut.

Farah Diana Anuar
Kulit album Antara Dua
Kelahiran
Farah Diana binti Anuar

(1985-01-25) 25 Januari 1985 (umur 39) [1]
Nama lainFarah AF2, Farah Breep Breep , Farah Diana
PekerjaanPenyanyi, pengacara
Tahun aktif2003–kini
PasanganJohan Johari (k. 2011)
Anak-anak3
Kerjaya muzik
GenrePop, R&B
InstrumenVokal
Pengkarya berkait
Akademi Fantasia Musim 2

Farah memiliki tiga orang anak perempuan yang bernama Elsa Johan yang dilahirkan pada 15 Ogos 2012 [3] dan Mya Johan yang dilahirkan pada 13 September 2015 & Ara Johan yang dilahirkan pada 2 Oktober 2020 hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta Johan Johari. Mereka berkahwin pada 15 Julai 2011 [4].

Suami beliau merupakan seorang usahawan di Pulau Pinang merupakan anak seorang guru (Bersara) iaitu Puan Salma Sulaiman. Farah kini menetap di Pulau Pinang bersama keluarga mertua dan berulang-alik ke Kuala Lumpur setiap minggu kerana beliau aktif dalam bidang pengacaraan untuk rancangan Assalamualaikum di TV AlHijrah.

Diskografi sunting

Biodata sunting

  1. Latar Belakang Keluarga : Farah dilahirkan di Kuala Lumpur dan menetap di Putarajaya sebelum berpindah ke Pulau Pinang setelah mendirikan rumahtangga. Keluarganya berasal dari negeri Kedah (Sungai Petani sebelah Ayah dan Guar Cemphedak di sebelah Ibu. Ayahnya Anuar Ali merupakan bekas Pengawal Keselamatan di Syarikat Media Prima (TV3) dan Ibunya Puan Farizah Abd Majid merupkan kakitangan Perkhidmatan Awam (Bersara). Beliau merupakan anak ketiga dalam 6 orang adik beradik. Beliau menpunyai seorang kakak iaitu Intan Norafniza Anuar, seorang abang Ashman Asyrul Anuar, 2 orang adik perempuan iaitu Najwa Anuar, Aimi Syahirah Anuar dan seorang adik lelaki iaitu Aizuddin Anuar (Dikenali sebagai Deeno).
  2. Pendidikan : Farah mendapat mendidikan di SMK Convent Bukit Nenas di kuala Lumpur kemudian berjaya menyambung Pelajaran ke peringkat Diploma dalam Muzik (Diploma in Music) di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Namun beliau menanguhkan pengajian beliau selepas mendapat tawaran untuk menyertai Program Akademi Fantasia Musim ke 2.
  3. Biodata & Kerjaya: Hobi beliau ialah Menyanyi, membaca majalah dan beriadah. Makanan /minuman kegemaran beliau ialah Masakan ibu/ jus oren, jus mangga panas. Beliau sangat meminati penyanyi Ziana Zain dan juga pelakon iaitu Rosyam Nor dan Erra Fazira. Beliau memulakan profesion selepas tamat Akademi Fantasia sebagai Penyanyi, Pengacara dan Jurucakap Produk seperti Power Roots, Intimate, Syahirah, Forever Living.
  4. Pengacaraan : Farah pernah mengacarakan beberapa rancangan terbitan Astro seperti Fulus Mania (Durian Runtuh) di Astro Ria, Ku Mohon (Astro Ria), Rasa Halal Orient di Astro Oasis Musim 1 hingga 5 (Astro Oasis), di RTM sebagai pengacara Generasi Asli 1Malaysia, Di TV9 sebagai Pengacara bual pagi Nasi Lemak Kopi O dan kini di TV AlHijrah sebagai pengacara rancangan bual pagi "Assalamualaikum". Selain itu, beliau pernah menjadi pengacara jemputan di Karpet Merah Konsert 3 Diva dan pengacara rancangan agama Pendakwah Muslimah terbitan TV AlHijrah.
  5. Album : Beliau menpunyai 2 buah album Solo dan 2 buah album Kompilasi.
    • Album Solo : "Antara Dua (2005)" dan "Fantasia (2009)"
    • Album Kompilasi : iaitu "Album Kompilasi Evo 01 AF(2004)" dan "The best of Farah Breep Breep (2006)"
  6. Penampilan Khas dalam Filem & Drama: Beliau pernah berlakon untuk beberapa episod untuk drama bersiri "Akademi" (2005 arahan Rashid Sibir) & membuat penampilan khas bersama Zahid Af2 untuk Filem "Man Laksa" (arahan Mamat Khalid) dan pernah menbintangi Telemovie "Popular" (2007 arahan Woo Ming Jin)" memegang watak utama.
  7. Model & Iklan : Beliau pernah membuat penampilan khas untuk Iklan raya Maxis bersama Zahid Af2, Duta produk untuk Coke, Ultimate, Syahirah & Forever Living.
  8. Pencapaian-
    • Menang tempat Ke-3 Pertandingan Suara Jati Malaysia (2003).
    • Pemenang tempat Ke-4 Akademi Fantasia Musim 2 (2004).
    • Artis Harapan Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) ke 12 (2005).
    • Hadiah Penghargaan Top 10 New Singers Prize di Festival Muzik Asia-Shanghai (2005).
    • Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH (2005).
    • Finalis Top 5 Penyanyi Wanita Popular ABPBH (2005).
    • Finalis Top 5 Penyanyi Wanita Pilihan Anuagerah Era (2005).
    • Finalis Ikon Malaysia 2007 dan berjaya ke Separuh Akhir Ikon Malaysia (2007).
    • Finalis Pengacara Mingguan Wanita (2019).
    • Menang Pengacara Pilihan (Undian penonton) Mingguan Wanita (2019).
SINGLE LAGU & PENCAPAIAN
Judul Lagu Komposer Album Tahun Pencapaian
1. Tangisan Dalam Kerinduan Adnan Abu Hassan Antara Dua 2005 - Juara carta Muzik-Muzik selama beberapa minggu.

- Berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 2005.

- Menang Lagu Balada Popular Pilihan SMS separuh Akhir Muzik-Muzik 2005

- Juara carta radio beberapa stesen seperti ERA fm & Muzik fm

2. Antara Dua Adnan Abu Hassan & Fariz Antara Dua 2005 - Berjaya ke peringkat akhir Hits1 (Finalis di tempat keempat)

- Hits di beberapa stesen radio seperti Hot FM, Era FM & Muzik FM

3. Jalan Terakhir Adnan Abu Hassan & Fariz Antara Dua 2005 - Juara Carta XFresh FM selama beberapa minggu

- Hits di stesen Radio Sinar FM

4. Mengejar Pelangi Adnan Abu Hassan Antara Dua 2005
5. Milikmu Sepenuhnya Sharon Paul Antara Dua 2005
6. Usah Kau Berpaling Sharon Paul Antara Dua 2005
7. Menari Bersamaku Juliza Adzlizan Antara Dua 2005
8. Mengapa...Janji Manismu Gubahan semula (Adnan Abu Hassan) Antara Dua 2005
9. Kalimah Indera Edrie Hashim Fantasia 2009
10. Cinta Ini Aidit Alfian & Ad Samad Fantasia 2009
11. Kau Yang Bernama Cinta Ajai & Abie Fantasia 2009
12. Tak Pernah Ada Alim The Times & Bakhtiar Effendy Fantasia 2009
13. Cinta Lagi Ajai Fantasia 2009 - Tercalon dalam Muzik-Muzik
14. Fantasia Aidit Alfian & Ad Samad Fantasia 2009
15. Grafiti Cinta Alim The Times & Loloq Fantasia 2009
16. Gembira Hidup Ini Ajai & Abie Fantasia 2009 - Hits di beberapa stesen radio seperti Hot FM, Era FM & Muzik FM

- OST Soundtrack Filem Kayangan

17. Tak Tahu Antara Dua (Ft. Adam Af2) Edry KRU Adam 2 (Adam) 2007 - Hits di beberapa stesen radio seperti Hot FM, Era FM & Muzik FM
18. Perang Cinta (Ft. Ella) Loloq Ratu Rock (Ella) 2005
19. Warisan Hawa Edry KRU Lagu Tema 2011 Lagu tema Ustazah Pilihan (Astro Oasis)
20. Sehati Sejiwa (New Version) LY & Baiduri Lagu OST 2013 Lagu Tema OST Filem Cinderella 2013

Pencapaian di Akademi Fantasia Musim Ke 2 Lagu Tugasan di konsert Akademi Fantasia

Minggu Lagu Tugasan Kedudukan sebelum konsert Kedudukan selepas konsert Nota
1 Seandainya Masih Ada Cinta (Dayang Nurfaizah) 10 (3 terendah) 5 (top 5) Naik 5 Tangga
2 Tua Mengejar Kita (Fauziah Latif) 10 (3 terendah) 7 Naik 3 Tangga
3 Janji Manismu (Aishah) 12 (Paling rendah) 4 (top 5) Naik 8 Tangga
4 Dancing Queen (Abba) 10 (2 terendah) 3 (top 3) Naik 7 Tangga
5 Tenda Biru (Dessy Ratnasari) 9 (2 terendah) 4 (top 5) Naik 5 Tangga
6 Ya Maulai (Siti Nurhaliza) 8 (2 terendah) 4 (top 5) Naik 4 Tangga
7 Jangan Kau Mimpi (Siti Sarah) 7 (2 terendah) 6 Naik 1 Tangga
8 Bebas Berlari (Nora) 7 (paling rendah) 1 (Juara) Naik 6 tangga
9 Mengapa (Nicky Astria) 6 (paling rendah) 2 (Naib Juara) Naik 4 tangga
10 Sk8er Boi" (Avril Lavigne)

Tangisan Dalam Kerinduan (Lagu baru)

4 (3 terendah) 4 (3 terendah) Kekal di tempat ke 4

Beliau juga telah mendendangkan lagu Menghitung Hari (kris Dayanti) untuk Konsert Reunion AF2 yang diadakan sebulan selepas tamat Program akademi fantasia musim ke 2.


Carta Kedudukan & Penyingkiran selepas konsert

Kedudukan Peserta mengikut Undian (SMS)
Kedudukan Konsert Mingguan
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
1 Linda Mas Mas Nurul Zahid Linda Zahid Farah Adam Zahid
2 Kaer Linda Linda Mas Kaer Zahid Bob Adam Farah Linda
3 Mas Adam Kaer Farah Mas Bob Kaer Kaer Zahid Adam
4 Adam Kaer Farah Linda Farah Farah Mas Zahid Kaer Farah
5 Farah Zarina Adam Kaer Nurul Nurul Adam Bob Bob Bob
6 Zarina Zahid Fitri Zahid Adam Kaer Farah Mas Mas Kaer
7 Bob Farah Zahid Adam Linda Adam Linda Linda
8 Zahid Nurul Bob Anding Zarina Mas Nurul
9 Nurul Fitri Anding Zarina Bob Zarina
10 Anding Anding Zarina Bob Anding
11 Fitri Bob Nurul Fitri
12 Edlin Edlin Edlin
  • Minggu 1 dan Minggu 2 tiada penyingkiran berlaku. Edlin Terselamat 2 konsert berturut-turut
  • Dalam Konsert ke 9, Linda yang tersingkir di konsert ke 8 diserap masuk semula melalu proses AFMASUK dan mendapat undian tertinggi dalam kalangan peserta yang tersingkir dan berjaya menenmpatkan diri sebagai finalis akhir AF2 dan memeberi cabaran kepada 5 peserta asal akhir af2. Farah merupakan satu-satunya peserta wanita yang berjaya ke peringkat akhir bersama 4 peserta lelaki sebelum Linda diserap semula ke dalam AF2.


Beliau merupakan peserta paling konsisten dalam af2 kerana seringkali mendapat undian terendah sebelum konsert tetapi undian beliau akan naik mendadak ke kedudukan 5 teratas sejurus selepas konsert menyebabkan menjadikan beliau antara peserta wanita paling berjaya kerana satu2 nya peserta yang tidak tersingkir selepas menyaksikan seorang demi seorang perserta wanita tersingkir dari konsert mingguan.


Semasa beliau menyanyikan lagu "Mengapa" di konsert ke 9 AF2, beliau mendapat perhatian dan tepukan gemuruh penonton kerana beliau menyanyikan lagu tersebut dengan mengekalkan key asal penyanyi original dan sehingga kini belum ada penyanyi yang dapat menandingi beliau menyanyikan lagu tersebut dengan key yang sama. video beliau untuk lagu mengapa telah mendapat tontonan melebihi 1 juta viewers di Youtube dan mendapat review dari beberapa youtubers antarabangsa dari negara2 lain yang turut memuji kehebatan vokal beliau.

Rujukan sunting

  1. ^ Rezeki semakin murah.
  2. ^ Farah AF2 makan secawan nasi untuk kurus, Oleh: NOR FADZILAH BAHARUDIN, © Utusan Melayu (M) Bhd
  3. ^ "Gambar Farah AF Selamat Lahirkan Anak Perempuan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-06. Dicapai pada 2014-09-29.
  4. ^ "Bahtera romantis Farah, Oleh Zaidi Mohamad 10/07/2011". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-06. Dicapai pada 2014-09-29.

https://www.mediahiburan.my/sibuk-membesarkan-anak-sebenarnya-ini-jawapan-farah-af2-setelah-15-tahun-senyap-dari-bidang-nyanyian/

Pautan luar sunting