Farahdhiya
Rencana ini perlu dikemas kini. |
Farah Dhiya Mohamed Amin (lahir 28 April 1984) ialah seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanita Malaysia. Beliau mula meraih kejayaan komersial pada 2004 menerusi single sulungnya, "Bertakhta Di Hati" yang dimuatkan dalam album studio pertamanya yang bertajuk sama. Pada tahun 2015, beliau menjadi salah seorang peserta Gegar Vaganza musim kedua di Astro Ria di mana beliau dinobatkan sebagai naib juara. Bagi kerjayanya sebagai pelakon, antara kredit lakonannya termasuk Spa Q, Derhaka Seorang Madu dan Rumah Siti Khadijah.
Farahdhiya | |
---|---|
Kelahiran | Farah Dhiya binti Mohamed Amin 28 April 1984 |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, pengacara |
Tahun aktif | 2004–kini |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, R&B, Balada |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | KRU Records NAR Records |
Kehidupan awal Sunting
Beliau dilahirkan pada 28 April 1984 di Sarzana, Itali dan merupakan anak bongsu daripada dua beradik. Beliau berdarah kacukan Melayu-Inggeris. Ibunya berketurunan Inggeris dari Portsmouth, England manakala ayahnya berketurunan Melayu yang berasal dari Johor [1]. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Telok Gadung, Klang, Selangor kemudian berpindah ke Sekolah Menengah Taman Melawati, Ulu Kelang, Selangor.
Kerjaya Sunting
Farahdhiya mula menjinakkan diri di dalam dunia nyanyian sejak berusia belasan tahun lagi di bawah naungan KRU Records. Kini bernaung di bawah NAR Records. Beliau telah menghasilkan dua buah album, Bertakhta Di Hati dalam tahun 2004 dan Yang Ku Puja di akhir 2006. Bertakhta Di Hati mendapat tempat di dalam carta carta di dalam radio Era dan Hot FM serta mendapat pencalonan di dalam Anugerah AIM sebagai Artis Baru Terbaik.[perlu rujukan]
Selain menyanyi, Farah Dhiya berkecimpung di dalam bidang pengacaraan di mana beliau menjadi hos rancangan realiti, Jaguh Futsal RTM selama beberapa episod. Selain dari itu, Farahdhiya juga telah berjinak-jinak dengan dunia lakonan. Drama pertama lakonannya adalah Mencari Arah Kiblat yang disiarkan di TV sempena Awal Muharam 2007. Pada masa kini, beliau membintangi drama popular di TV3, dalam slot akasia, iaitu Spa Q untuk 60 episod, yang disiarkan pada 23 Oktober 2007 hingga 31 Januari 2008 lalu, sebagai Fatin. Drama inilah yang menaikkan namanya sekarang.
Kemunculan semula beliau dalam pertandingan Gegar Vaganza nama beliau kembali diperkatakan dalam bidang muzik bila berjaya memenangi tempat kedua pertandingan tersebut dengan perbezaan markah kurang dari 2 markah dari pemenangnya Siti Nordiana.
Diskografi Sunting
Album studio Sunting
- Bertakhta Di Hati (2004)
- Yang Ku Puja (2006)
Single Sunting
- Bertakhta Di Hati (2004)
- Yang Ku Puja (2006)
- Rasa Cinta (2008)
- Kau Telah Pergi (2012)
- Ku Tak Rela (2015)
- Milikku Abadi (2016)
- Pujangga (2018)
- Kepada Dia (2019)
Gegar Vaganza 2015 Sunting
Farahdhiya merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim 2015.
Konsert | Tema | Lagu | Kedudukan |
---|
Minggu 1: Bertahta Di Hati (lagu sendiri)
Minggu 2: Di Alam Fana Cinta (nyanyian asal Fotograf)
Minggu 3: Joget Siapa Dia (nyanyian Wann)
Minggu 4: Aku dan Dirimu - duet bersama Alif Satar (nyanyian asal Bunga CInta Lestari & Ari Lasso)
Minggu 5: Mencintaimu (nyanyian asal Kris Dayanti)
Minggu 6: Di Manakanku Cari Ganti (nyanyian asal Tan Sri P Ramlee)
Minggu 7 (suku akhir): Enter Sandman (nyanyian asal Metallica)
Minggu 8 (separuh akhir): Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu (nyanyian asal Ramlah Ram)
Minggu 9 (akhir): Tugasan Pertama - Janji Manismu (nyanyian asal Aishah)
Tugasan Kedua (battle vs Nassier Wahab) - Ooh! La! La! (nyanyian asal KRU)
Filemografi Sunting
Filem Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2015 | Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium | Sophia | Filem pertama |
2017 | Kolestrol vs Cinta | Fazira | |
2020 | Town Mall | Ariani | |
Mulut Masin | Mak Ngah | ||
2022 | Tilam Perca | Kiah |
Drama Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2007 | Mencari Arah Kiblat | ||
2007–2008 | Spa Q | Fatin | TV3 |
2008–2009 | Ku Milikmu | Soraya @ Kirana | |
2010 | Chinta | Saadatul Saadah | |
2011 | Annissa | Shila | |
2013 | Derhaka Seorang Madu | Rozita | |
Nur Hidayah | Nur Hidayah | ||
2014 | Perempuan Dalam Pasungan | Farah | Astro Prima |
Cahaya Dihujung Nyawa | Tiara | HyppTV | |
2016 | Bodyguard | Nasya | TV3 |
2018 | Mencari Qiblat | ||
2019 | Cinta Tanpa Henti | Salina | |
Rumah Siti Khadijah | Sakinah | ||
2021 | Sis Stars Hotel | Lily | Awesome TV |
Ali Alia | Diana | Astro Prima | |
2022 | Nurlaila | Sara | TV1 |
Selamanya Suri Cinta | Maisarah | TV9 | |
AI.5YA | Tok Da | Viu | |
Roti Cicah Susu | Arissa | Astro Ria | |
2023 | Geng Daddy Daddy | Juwita | TV3 |
Telefilem Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2011 | Dan Sebenarnya | Astro Citra | |
2014 | Perempuan Lindungan Kaabah | ||
2015 | Ombak Kenangan | Cempaka | |
2019 | Wakaf Dosa | TV3 | |
2021 | Nak Balik Kampung | Melissa | |
Akil Balik | TV2 | ||
2023 | Matin | TV1 |
Televisyen Sunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
Jaguh Futsal | Pengacara | TV1 |
Rujukan Sunting
- ^ Farahdhiya Selesa Masak Makanan Melayu. mstar. Dicapai pada 11 Januari 2019.
Pautan Luar Sunting
- di Farahdhiya di Instagram