Fareed Zakaria
Fareed Rafiq Zakaria (/fəˈriːd zəˈkɑːriə/; lahir 20 Januari 1964) ialah wartawan dan penulis Amerika Syarikat kelahiran India. Beliau merupakan pengacara Fareed Zakaria GPS di CNN dan penulis ruangan mingguan di The Washington Post. Beliau pernah bekerja sebagai kolumnis di Newsweek, penyunting Newsweek International, dan penyunting Time. Beliau juga menulis lima buku, tiga di antaranya laris di seluruh dunia, dan menyunting satu buku.[2]
Fareed Zakaria | |
---|---|
Kelahiran | Fareed Rafiq Zakaria 20 Januari 1964 |
Pusat pendidikan | Universiti Yale (B.A.) Universiti Harvard (Ph.D.) |
Pekerjaan | Wartawan, penulis |
Kredit yang dikenali | Time, penyumbang (2010–2014) Fareed Zakaria GPS, pengacara (2008–kini) Newsweek International, penyunting (2000–2010) Foreign Exchange, pengacara (2005–2007) Foreign Affairs, bekas ketua penyunting |
Pangkat | Kerajaan India mengurniakan anugerah Padma Bhushan kepada Zakaria pada Januari 2010 atas sumbangannya dalam bidang kewartawanan.[1] |
Pasangan | Paula Throckmorton Zakaria |
Anak-anak | 3 |
Laman web rasmi | www |
Kehidupan
suntingZakaria menjadi warganegara Amerika Syarikat melalui proses naturalisasi.[3] Beliau kini menetap di New York City bersama isterinya, pereka hiasan Paula Throckmorton Zakaria, seorang anak lelaki, Omar, dan dua anak perempuan, Lila dan Sofia.[2]
Karya
sunting- In Defense of a Liberal Education, Fareed Zakaria, (W.W. Norton & Company; 2015) ISBN 978-0-393-24768-8
- The Post-American World, Release 2.0, Fareed Zakaria, (W.W. Norton & Company; 2011) ISBN 0-393-08180-X
- The Post-American World, Fareed Zakaria, (W.W. Norton & Company; 2008) ISBN 0-393-06235-X
- The Future of Freedom: Illiberal Democracy at Home and Abroad, Fareed Zakaria, (W.W. Norton & Company; 2003) ISBN 0-393-04764-4
- From Wealth to Power, Fareed Zakaria, (Princeton University Press; 1998) ISBN 0-691-04496-1
- The American Encounter: The United States and the Making of the Modern World Essays from 75 Years of Foreign Affairs, edited by James F. Hoge and Fareed Zakaria, (Basic Books; 1997) ISBN 0-465-00170-X
Rujukan
sunting- ^ "Padma award recipients Zakaria, Parikh say they are humbled". Indian Express. 2010-01-26. Dicapai pada 2014-03-14.
- ^ a b "Fareed Zakaria's Website". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-25. Dicapai pada 10 May 2010.
- ^ Zakaria, Fareed (July 2001). "America Doesn't Need Crusades". Newsweek International.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Fareed Zakaria |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Fareed Zakaria |
- FareedZakaria.com Official site
- Fareed Zakaria di Facebook
- Global Public Square at CNN
- Column archive at The Daily Star
- Column archive (through 2010) at Newsweek
- Fareed Zakaria di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Karya oleh atau mengenai Fareed Zakaria di perpustakaan (katalog WorldCat)
- Penampilan Fareed Zakaria di C-SPAN