Farida Pasha (lahir di Tasikmalaya, 21 Ogos 1952 – meninggal di Jakarta, 16 Januari 2021) adalah pelakon veteran berkebangsaan Indonesia berdarah Pakistan-Sunda yang juga ibu dari Gina Sonia dan nenek dari Ify Alyssa terkenal dengan filem dengan genre seram.

Farida Pasha
Kelahiran21 Ogos 1952
Meninggal dunia16 Januari 2021
(umur 68 tahun)
Warganegara Indonesia
Nama lainMak Lampir
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1977-2021
PasanganEdi Rahmat (meninggal dunia)
Anak-anakGina Sonia
SaudaraIfy Alyssa (cucu)

Beliau juga dikenali watak sebagai Mak Lampir dalam sinetron Misteri Gunung Merapi yang ditayangkan pada tahun 1998 sehingga 2005 dimana sinetron ini diadaptasi daripada 3 siri filem asalnya yang bertajuk sama.

Karier sunting

Namanya meningkat naik pada tahun 1977, melalui filem Guna-Guna Istri Muda yang meletup diseluruh pawagam Indonesia, dan kemudian dibuat sambungannya dengan judul Pembalasan Guna-Guna Istri Muda pada tahun 1978, dengan dibantu oleh pelakon filem yang terkenal pada zaman itu iaitu Roy Marten, Rina Hassim , dan Aedy Moward . Dengan kejayaan itu beliau mendapat watak yang sama dan menjadi pelakin utama dalam filem mistik diantaranya ialah Nenek Grondong dan Dukun Ilmu Hitam. Farida juga terkenal dengan watak sebagai Mak Lampir dalam filem dan sinetron aksi, Misteri Gunung Merapi.

Kematian sunting

Pada 16 Januari 2021, Farida Pasha disahkan telah meninggal dunia di rumah sakit Jakarta, Indonesia akibat jangkitan COVID-19. Berita duka itu disahkan dan kemudian dikongsikan kepada umum melalui aplikasi Instagram oleh Ify Alyssa, iaitu cucunya sendiri.[1]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Judul Watak Pengarah
1977 Guna-Guna Istri Muda Sandra B.Z Kadaryono
Tante Sun Budi Schwarzkrone
1978 Bahaya Penyakit Kelamin Christine Jasso Winarto
Pembalasan Guna-Guna Istri Muda Sandra B.Z Kadaryono
Perempuan Tanpa Dosa Nico Pelamonia
1979 Kisah Cinta Rojali dan Zuleha Nya Abbas Acup
1980 Nikmatnya Cinta Sandra Arizal
Ratu Pantai Selatan Darsi Arckyl Anwari
Senyummu Adalah Tangisku Dasri Yacob
1981 Dukun Ilmu Hitam Sari A. Harris
Fajar Yang Kelabu Sandy Suwardi Hassan
Gondoruwo Isteri Gunawan Ratno Timoer
I.Q Jongkok Iksan Lahardi
1982 Nenek Grondong Nenek Grondong / Kuyang M. Sharieffudin A
Nini Towok Sundari B.Z Kadaryono
Panasnya Selimut Malam Sara Wahab Abdi
1983 Musang Berjanggut Pitrajaya Burnama
Satria Bergitar Nurhadie Irawan
1984 Gadis Berwajah Seribu Ratno Timoer
Sona Anak Srigala A. Harris
1987 Harga Diri Jopy Burnama
1988 Pengakuan Maman Firmansjah
Putri Kuntilanak Badrani Atok Suharto
1989 Pembalasan Setan Karang Bolong Ratno Timoer
Misteri Gunung Merapi: Penghuni Rumah Tua Mak Lampir L. Sudjio
1990 Misteri Gunung Merapi II: Titisan Roh Nyai Kembang Mak Lampir L. Sudjio
Misteri Gunung Merapi III: Perempuan Berambut Api Mak Lampir L. Sudjio
2008 40 Hari Bangkitnya Pocong Tante Ve Rudi Soedjarwo
2012 Mama Minta Pulsa Mak Lampir Nuri Dahlia
2018 The Secret: Suster Ngesot Urban Legend Nenek Raffi Ahmad & Arie Azis

Sinetron sunting

Tahun Judul Watak Saluran Catatan
1992 Sukreni Gadis Bali
1998-2005 Misteri Gunung Merapi Mak Lampir Indosiar Sinetron terpanjang
2004 Rahsia Ilahi
2005 Hidayah
2018 Taubat Episod: Ibuku Seorang Pembunuh

Rujukan sunting

  1. ^ Mohammad Shahemy Azmi (18 Januari 2021) [1] Kosmo