Mohd Farish bin Aziz Sulaiman atau lebih dikenali dengan Farish Aziz (lahir 14 Februari 1984) ialah seorang Pelakon, Pengacara & Penyampai radio di Malaysia.[1] Jejaka berbangsa Suluk/Brunei ini berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Beliau juga merupakan anak kepada seorang Jurutera di Sabah Electrical Board iaitu Allahyarham Aziz Ahmed Sulaiman yang juga merupakan seorang atlit olahraga dan penyanyi di negeri Sabah dan pasangannya Sariah Datuk Hj Sulaiman Mokhtar. Farish merupakan anak bongsu daripada 2 orang adik beradik, dan ayahnya meninggal dunia akibat lemas 4 bulan sebelum Farish dilahirkan.

Farish Aziz
Kelahiran
Mohd Farish bin Aziz Sulaiman

(1984-02-14) 14 Februari 1984 (umur 40)
Warganegara Malaysia
PekerjaanPelakon, Pengacara, Penyampai radio

Jejaka yang popular dengan drama Gaia dan Kau & Aku di Astro Ria ini mempunyai ketinggian 166cm.

Dalam usia muda Farish merupakan seorang atlit yang pernah mewakili Sabah dalam sukan bolasepak menerusi Piala Nike bawah 14 tahun pada tahun 1999, Piala Belia (Milo) u-19 Tahun 2000-2003, Piala Coca Cola u-16 tahun 2001 & Liga Simpanan Sabah Tahun 2005, selain Liga Universiti Celcom 2005/06. Farish juga merupakan bekas atlit 110M Lompat Pagar. Beliau turut mempunyai Lesen Asas bolasepak (Grassroot level).

Selain berlakon Farish merupakan seorang pengacara di Astro Arena menerusi slot Nadi Weekend dan juga penyampai di Liga Malaysia menerusi MFL. Selain itu beliau merupakan pengurus Saluran Radio KK12FM di Sabah & Pengurus Pemasaran/Media Sabah FC bagi musim 2021.

Farish ditaja biasiswa kerajaan Negeri Sabah & merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (HRM) daripada Universiti Tun Abdul Razak & pernah terpilih untuk ke program International Visitors Leadership program di Amerika Syarikat dibawah kelolaan American Embassy Kuala Lumpur menerusi tajuk ‘Youth and Civic engagement’ selama dua bulan.

Pencapaian (sukan) sunting

Farish Aziz ini sangat aktif bersukan ketika di bangku persekolahan lagi. Beliau pernah mendapat Anugerah Sukan Sekolah kerana mengharumkan nama sekolah dalam bidang sukan sehingga peringkat kebangsaan. Beliau juga pernah digelar Olahragawan Sekolah selama 3 tahun berturut turut. Antara pencapaian terbaik beliau dalam bidang sukan ialah apabila mewakili negeri Sabah dalam sukan bola sepak dari tahun 1999-2005(bawah 15 tahun- bawah 23 tahun). Pasukan Piala Dunia paling diminati oleh Farish Aziz ialah pasukan England.

Rujukan sunting

  1. ^ Abdullah, Arif Nizam (15 Ogos 2010). "Debaran Farish Aziz". Utusan Malaysia. Dicapai pada 10 Oktober 2011.

Pautan luar sunting