Farisha "Iris" Asmadi (lahir 25 April 1999) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.[1] Beliau ialah naib juara Idola Kecil 4 dan pemenang tempat ketiga Ceria Popstar. Pada tahun 2020, beliau merupakan salah seorang peserta Big Stage musim ketiga.[2]

Farisha Iris
Nama lahirFarisha binti Asmadi
Juga dikenali sebagai
Farisha Iris
Kelahiran (1999-04-25) 25 April 1999 (umur 25)
Selangor, Malaysia
GenrePop, R&B, Balad
PekerjaanPenyanyi, Pelakon, Pengacara
InstrumenVokal
Tahun aktif2011–kini
Syarikat rakaman
Seventeen Eleven Music
Laman sesawang
instagram.com/farisha_iris

Kerjaya sunting

Pada usia 11 tahun, Farisha memulakan kerjaya awalnya sebagai pelakon, penyanyi dan pengacara. Beliau pernah menjadi salah seorang peserta Idola Kecil musim keempat pada 2011 dan merangkul gelaran naib juara. Farisha juga terpilih sebagai salah seorang peserta Ceria Popstar di Astro Ceria dan memenangi tempat ketiga. Beliau kemudian mengacarakan rancangan pendidikan kanak-kanak ChiChi & ChaCha, namun meninggalkannya kerana memberi tumpuan kepada akademik. Beliau juga pernah menjadi wartawan lokasi Nasi Lemak Kopi O selama setahun. Pada tahun 2017, beliau merakamkan single sulungnya, "Tak Malu",[3] diikuti oleh single keduanya, "Alasan Terindah" pada 2018. Pada tahun 2020, single ketiganya menyusul dengan tajuk "Bebel". Beliau melancarkan single keempatnya, "Hello" pada Januari 2021.[4] Kerjaya lakonannya bermula dengan membintangi telefilem Tiba Masanya sebagai Angah di TV AlHijrah pada 2013.

Pada tahun 2019 sehingga kini, Farisha mula menceburi bidang perniagaan dan bergiat aktif dalam bidang tersebut sehingga kini. Beliau membina empayar "Diamonis Beauty" produk penjagaan kulit bersama kakaknya, Farhana Azmira binti Asmadi.

Big Stage (musim 3) sunting

Farisha menyertai Big Stage musim ketiga yang bersiaran di Astro Ria, beliau tersingkir di konsert minggu ketujuh sekaligus gagal mara ke konsert akhir.[5][6] Berikut ialah senarai persembahan beliau dalam Big Stage:

Persembahan
Minggu Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Starter Pack "Tak Malu" Dirinya sendiri SELAMAT
Minggu 2 Hype Beat "Pura-Pura Bujang" Baby Shima SELAMAT
Minggu 3 Duominasi "Cinta" (duet bersama Fieya Julia) Melly Goeslaw & Krisdayanti SELAMAT
Minggu 4 Baby Bash "Kau Kekasihku" Siti Nurhaliza SELAMAT
Minggu 5 #SandraDalamKenangan
Minggu 6 Rotasi 36T "How You Like That" Blackpink SELAMAT
Minggu 7 Veto Juri
Duominasi Platinum
"Semalam"
"Ratusan Purnama"
Aina Abdul
Martino Leo & Melly Goeslaw
TERSINGKIR

Kehidupan peribadi sunting

Farisha mempunyai lulusan dalam komunikasi massa di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Alor Gajah, Melaka.[7][8] dan lulusan dalam dalam Ijazah Sarjana Muda Perhubungan Awam di universiti sama kampus Shah Alam, Selangor. Pada ketika ini, Farisha menyambung pelajaran dalam Ijazah Sarjana Komunikasi Massa di universiti sama kampus Shah Alam, Selangor.

Diskografi sunting

Single
Tajuk Tahun
"Tak Malu"[9] 2017
"Alasan Terindah" 2018
"Bebel" 2020
"Hello" 2021
"Baek"
"Raya Bersama" 2023
"Rasa" 2024

Filemografi sunting

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2021 Cheritera Dayang Suraya TV9
2023 Lecturerku Oppa Naura iQIYI

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2013 Tiba Masanya Angah TV AlHijrah
2020 Kifarah Buta Suraya Astro Citra
2023 Pukul Mersing Tiya TV3

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2011 Idola Kecil (musim 4) Peserta TV9
2012 Nasi Lemak Kopi O Pengacara TV9
2013 Ceria Popstar (musim 1) Peserta Astro Ceria
2014 Chichi & Chacha (musim 1) Pengacara
2020 Big Stage (musim 3) Peserta Astro Ria
2022 Infiniteen RTM Pengacara RTM
2023 Infiniteen RTM Pengacara RTM

Muzik video sunting

Tahun Tajuk Catatan
2016 "Segalanya" Single oleh Haqiem Rusli

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2021 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 Artis Baharu Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ "Farisha Iris tak kejar populariti". Malaysia Gazette. 22 Januari 2021. Dicapai pada 23 Januari 2021.
  2. ^ "Tiada peserta luar negara, Usop, Qody dan Nana Sheme antara 12 'BBNU' bakal berentap di Big Stage 2020". Mstar Online. 4 Ogos 2020. Dicapai pada 20 Ogos 2020.
  3. ^ Zaidi Mohamad (13 Jun 2017). Farisha tak malu belajar Berita Harian. Dicapai pada 15 November 2017.
  4. ^ "Hello Farisha Iris 'tapau' satu drama". Kosmo!. 25 Januari 2021. Dicapai pada 26 Januari 2021.
  5. ^ Wawann Mohd (3 Oktober 2020). Mereka seolah-olah gembira atas penyingkiran saya - Farisha Iris Sinar Harian. Dicapai pada 4 Oktober 2020.
  6. ^ Farisha Iris akur tersingkir sebelum ke final Big Stage 2020 Era. 28 September 2020. Dicapai pada 15 November 2020.
  7. ^ Syanty Octavia Amry (19 Jun 2017). Farisha sahut cabaran Harian Metro. Dicapai pada 21 Disember 2017.
  8. ^ Norhadiani Baharom (21 Julai 2017). Tak Malu hangat di radio Harian Metro. Dicapai pada 21 Disember 2017.
  9. ^ Farisha Irish tak malu luah perasaan walau bertepuk sebelah tangan Astro Gempak. 3 Jun 2017. Dicapai pada 23 Ogos 2017.

Pautan luar sunting