Farit Ismeth Emir (26 Oktober 1954 – 20 April 2020)[1] merupakan seorang penyampai berita Malaysia, terkenal sebagai penyampai berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM). Beliau pernah menyumbangkan suaranya dalam iklan rokok Dunhill di mana frasa beliau, “Gaya, mutu dan keunggulan” amat popular ketika itu.[3] Beliau berkahwin dengan Noor Ashikin Othman dan dikurniakan 4 orang anak. Anak beliau, Farzwa De-Attaher Emir atau dikenali sebagai DJ Fuzz ialah seorang DJ, pemuzik dan komposer terkenal.[4]

Farit Ismeth Emir
فاريت يسمىث ايمير
Kelahiran26 Oktober 1954
Meninggal dunia20 April 2020(2020-04-20) (umur 65)[1]
Sebab kematiankanser
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Ismail Taman Medan (KPS4), Petaling Jaya
Nama lainPak Ngah[2]
PekerjaanPenyampai berita televisyen RTM
Tahun aktif1980–2020
PasanganNoor Ashikin Binti Othman (sehingga kematiannya)
Anak-anak
  • Farzwa De-Attaher Emir (DJ Fuzz)
  • Farzreeq De-Attaher Emir (Kalashnikov)
  • Farzeera Ezir Emir
  • Farzefreena Najwa Emir

Beliau pernah membawakan watak doktor dalam drama radio popular RTM, Nombor 5 Persiaran 1.[2] Ungkapan penarik terkenal beliau ialah "fikir-fikirkan".[5] Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 20 April 2020 di Hospital Assunta, Petaling Jaya pada usia 65 tahun.[1] Punca kematiannya dipercayai akibat kanser.[6] Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Ismail Taman Medan (PJS4), Petaling Jaya selepas solat Zohor.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Farihad Shalla Mahmud (20 April 2020). Farit Ismeth Emir meninggal dunia Berita Harian. Dicapai pada 20 April 2020.
  2. ^ a b Ridzuan Abdul Rahman (20 April 2020). Farit Ismeth Emir meninggal dunia Harian Metro. Dicapai pada 20 April 2020.
  3. ^ Kenneth Chaw (20 April 2020). "Voice of 'Gaya, Mutu, Keunggulan' ad, newscaster Farit Ismeth Emir, dies at 66". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 April 2020.
  4. ^ Grace Chen (27 Mei 2014). Talking well pays well The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Julai 2014.
  5. ^ a b "#Showbiz: Veteran RTM newscaster Farit Ismeth Emir dies". New Straits Times. 20 April 2020. Dicapai pada 20 April 2020.
  6. ^ Farihad Shalla Mahmud (20 April 2020). "'Ayah pergi dengan tenang'". Berita Harian. Dicapai pada 20 April 2020.