Farizal Marlias

Mohd Farizal Marlias (lahir pada 29 Jun, 1986) merupakan pemain bola sepak yang bermain sebagai penjaga gol untuk kelab Johor Darul Ta'zim dan pasukan kebangsaan Malaysia.

Mohd Farizal
MALAYSIA VS CHELSEA 2011 (5969609618).jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohd Farizal Bin Marlias[1]
Tempat lahir Maran, Pahang, Malaysia
Ketinggian 1.78 m (5 ka ​10 18 in)[1]
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Johor Darul Ta'zim
Nombor 1
Kerjaya remaja
2003–2005 Pahang B19
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2008 Shahzan Muda 37 (0)
2008–2010 Perlis 32 (0)
2010–2012 Negeri Sembilan 38 (0)
2013 Perak 35 (0)
2014 Selangor 26 (0)
2015– Johor Darul Ta'zim 130 (0)
Pasukan kebangsaan
2007-2009 Malaysia B-23 8 (0)
2008- Malaysia 46 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 21 Jun 2021
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 21 Jun 2021

KerjayaSunting

KelabSunting

Farizal pemain kelahiran Jengka, Pahang Darul Makmur memulakan kerjaya profesionalnya dengan Shahzan Muda FC. Beliau menghabiskan dua musim bermain di dalam Liga Perdana Malaysia. Beliau dipindahkan ke Perlis dan memakai jersi nombor satu untuk dua musim.

Pada tahun 2011, beliau menyertai Negeri Sembilan FA. Pada mulanya dia menjadi penjaga gol pilihan kedua untuk Mohd Farizal Harun, tetapi Farizal beransur-ansur menjadi nombor satu penjaga gol selepas pulih daripada kecederaan dan seterusnya membantu pasukannya memenangi Piala Malaysia 2011.

Beliau menyertai Perak FA pada akhir tahun 2012. Dan pada tahun 2013 beliau menyertai Selangor.

Sekarang Beliau menyertai Johor Darul Takzim FC untuk musim 2015 ini.

Pasukan KebangsaanSunting

Farizal telah dipilih sebagai penjaga gol pilihan ketiga untuk Piala Suzuki AFF 2008 selepas Badrulzaman Abdul Halim digugurkan kerana kecederaan.[2]

Pada 12 Julai 2009, Farizal memperoleh penampilan senior pertamanya dalam perlawanan tidak rasmi melawan Zimbabwe. Beliau kemudian membuat penampilan pertama penuh antarabangsa menentang Kenya.

Beliau juga dipaparkan dengan Pilihan Malaysia dalam perlawanan pertunjukan menentang Manchester United di mana dia melepaskan tiga gol dalam perlawanan pertama dan dua gol dalam perlawanan kedua. Dalam perlawanan pertama, beliau telah membantu Mohd Amri Yahyah yang menjaringkan volley yang cantik di luar kotak penalti.

Pada tahun 2010, jurulatih Malaysia K. Rajagopal memanggil Farizal untuk Piala Suzuki AFF 2010, tetapi dia kemudiannya diketepikan oleh kecederaan semasa perlawanan liga dengan Perlis. Beliau kemudiannya digantikan oleh Mohd Sharbinee Allawee Ramli.

Pada tahun 2011, Farizal membuat kemunculan antarabangsa semula apabila dia masuk sebagai pemain gantian ketika menentang Hong Kong pada bulan Februari. Pada bulan Julai, beliau telah dipilih untuk bermain untuk Pilihan Malaysia dalam perlawanan menentang Chelsea. Ia menjaga lembaran bersih untuk Malaysia sebelum digantikan oleh penjaga gol Harimau Muda A Mohd Izham Tarmizi pada minit ke-75.[3]

Statistik KerjayaSunting

Statistik AntarabangsaSunting

Pasukan bola sepak Malaysia
Tahun Kem Gol
2009 7 0
2010 2 0
2011 3 0
2012 11 0
2013 1 0
2014 5 0
2015 1 0
Total 30 0

KepujianSunting

KelabSunting

Negeri Sembilan
Juara : 2011
Juara : 2012
Johor Darul Ta'zim FC
Juara : 2015, 2016
Juara : 2015
Juara : 2015

AntarabangsaSunting

IndividuSunting

RujukanSunting

  1. ^ a b "Farizal Marlias profile". Football Malaysia. Dicapai pada 27 July 2018.
  2. ^ Coach forced to leave injured leftback Irwan out of team – The Star – 3 December 2008
  3. ^ Farizal eyes return to senior side – The Star – 23 July 2011

Pautan luarSunting