Cat Farish

Penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia
(Dilencongkan dari Farrish Zaquan bin Ramli)

Farish Ramli atau lebih dikenali sebagai Cat Farish (dilahirkan pada 12 Julai 1974) ialah seorang pemuzik, penyanyi, pelakon, penulis lagu, penerbit rakaman, pengarah Malaysia dan salah seorang daripada anggota asal kumpulan Ruffedge.[1] Beliau mengasaskan Ruffedge pada 1997 dan merupakan penyanyi rap bagi kumpulan ini. Beliau kemudiannya mewujudkan kumpulan muziknya sendiri, The Fabulous Cats pada 2006[2] dan Tiga Swagger pada 2014[3]. Beliau turut menulis lagu dan terbabit dalam beberapa projek yang melibatkan artis baru seperti FO3, Nabil, Sedozen, Moleq dan Caprise N Noa. Beliau turut memiliki sebuah studio muzik di Kuala Lumpur.

Cat Farish
Kelahiran
Farish bin Ramli

(1974-07-12) 12 Julai 1974 (umur 49)
Nama lainCat Ruffedge (semasa bersama Ruffedge), Cat Fabuloso
PekerjaanPemuzik, penyanyi, pelakon, penulis lagu, penerbit rakaman, ahli perniagaan, pengarah
Tahun aktif1998–kini
Pasangan
  • Hartini Ramly (k. 2007; c. 2016)
  • Suriani Hassan (k. 2020; c. 2022)
  • Shikin Maembong (k. 2023)
Anak-anak3
Kerjaya muzik
GenreHip hop, pop, R&B
InstrumenVokal, rap
Syarikat rakaman
  • Cat Presents Productions
  • Godzilla Boombox
Pengkarya berkait
Ruffedge, The Fabulous Cats, Tiga Swagger

Di luar bidang muzik, beliau juga bergiat aktif dalam bidang lakonan dan telah membintangi beberapa filem termasuk Remp-It (2006), Impak Maksima (2007), Jangan Pandang Belakang Congkak (2009) dan Coverina (2015) serta telah membintangi beberapa drama TV termasuk Gerak Khas.

Kehidupan awal sunting

Beliau dilahirkan pada 12 Julai 1974 di Teluk Intan, Perak dan merupakan anak sulung daripada dua beradik. Beliau mempunyai seorang adik perempuan. Membesar di Ulu Kinta, Cat mendapat pendidikan di SMK St. Anthony Teluk Intan Diarkibkan 2011-10-08 di Wayback Machine. Menurutnya, semasa konsert Jelajah Era di Teluk Intan, Cat menyatakan bahawa beliau pernah tinggal di Eastern Garden. Cat pernah bekerja dengan beberapa kedai muzik, antaranya Tower Records, beliau juga pernah bergiat aktif bersama kumpulan Hakikat di kampung halamannya.

Kerjaya sunting

Ruffedge sunting

 
Cat (dua dari kiri) bersama Ruffedge.

Cat Farish merupakan salah seorang daripada anggota asal kumpulan Ruffedge sewaktu penubuhannya pada 1998, bersama-sama dengan tiga ahlinya yang lain termasuk Azan Addin, Zain Hamid dan Mode. Beliau bersama rakan-rakan Ruffedge muncul dalam lagu nyanyian kumpulan Too Phat, "Too Phat Baby" yang dimuatkan dalam album sulung Too Phat, Whuttadilly?! (1999) serta lagu "Tell Shorty" (turut menampilkan kumpulan VE) dari album ketiga kumpulan itu, 360° (2003).

Pada 2002, mereka bersama kumpulan VE melancarkan album Extreme Pleasure yang diterbitkan oleh The Promise Clan dan Positive Tone dan diedarkan oleh EMI Music Malaysia, Ruffedge diperkenalkan menerusi single sulung mereka "Tiada Lagi Cinta" menampilkan kumpulan hip hop Singapura, Urban Xchange. Pada 2003, album Extreme Pleasure Extra dikeluarkan dengan penambahan beberapa lagu baru termasuk "Saat Bahagia" dan "Khayalan" (dipopularkan oleh kumpulan Black Dog Bone). Amer Munawer menyertai Ruffedge pada tahun yang sama.

Selepas pemisahan antara VE dan Ruffedge, Ruffedge membawa haluan sendiri dengan melancarkan album pertama mereka Defined pada Mac 2004. Cat mencipta dan menulis kebanyakan lagu nyanyian Ruffedge di dalam album Defined, lagu "Tipah Tertipu" dikeluarkan pada single pertama. Antara lagu-lagu Ruffedge yang menampilkan nyanyian rap oleh Cat termasuk "Tipah Tertipu", "Aura", "Kerna" dan "Da’ Bomb". Pada 2005, album kedua kumpulan ini, Ruffera dikeluarkan dengan kemasukan Syed Hussein sebagai ahli baru menggantikan Mode yang mengundurkan diri kerana komitmennya pada keluarga dan kerjayanya.

Pada April 2006, Cat mengumumkan pengundurannya daripada Ruffedge kerana komitmen lain dan situasi di luar kawalannya.

Pada Mei 2015, beliau dilaporkan bakal menghidupkan semula Rufedge dengan menyatukan semua barisan ahli asal kumpulan ini termasuk beliau sendiri.[4]

Cat kemudiannya menyatakan keterujaannya kembali bersama Ruffedge.[5]

The Fabulous Cats sunting

Selepas meninggalkan Ruffedge, Cat menubuhkan kumpulan muzik barunya yang diberi nama The Fabulous Cats (TFC) yang pada awalnya menjadi projek solonya, bagaimanapun ia menjadi sebuah kumpulan muzik tetap, bagi melengkapkan ahli kumpulan ini, Cat mengambil Adeep (bekas ahli kumpulan 2D dan Aikanika, kini bersama kumpulan The Muhibbain), DJ Sumo (Luqman Nur Hakim Sulaiman) dan Ellie (Shenty Feliziana, bekas ahli Dynda).

Single pertama mereka, "Papa Jahat" menerima putaran meluas di stesen radio seluruh negara dan menduduki tangga teratas di Carta Hot FM 30, bagaimanapun, lagu ini ‘digam’ oleh stesen penyiaran milik kerajaan, RTM berikutan liriknya yang menyindir kaum bapa, malah turut dibincangkan di parlimen.[6]

Kumpulan ini turut berdepan dengan pertukaran ahli sebanyak beberapa kali, terutamanya ahli wanita. Sepanjang tempoh aktif di industri muzik Malaysia, Cat dan TFC menerbitkan 3 album – Fantastik (2007), Hyperkosmik (2008) dan Fabulousity (2013). Pada 2010, kumpulan ini membuat kemunculan filem cetera mereka menerusi filem drama romantik Cuti-Cuti Cinta arahan Ahmad Idham lakonan Nora Danish dan Farid Kamil.[7]

Pada awal 2015, Cat mengumumkan pembubaran TFC. "Sebulatnya" menjadi rakaman terakhir kumpulan ini yang dikeluarkan dua tahun sebelumnya.

Tiga Swagger sunting

Pada 2014, Cat mengasaskan bersama kumpulan Tiga Swagger yang dianggotai oleh empat anak didiknya – Izham Azmi (Beeru), Norasyifa Diana Ahmad Fauzi (Syifa), Eddie dan Rangga.[8] Mereka muncul bersama Zizan Razak menerusi single sulung mereka yang berjudul "Opss! Aku Dah Ter". Selain itu mereka juga merupakan Ikon Suara Generasiku.[9][10]

Bidang lakonan sunting

Semasa masih bersama Ruffedge, Cat bersama kumpulannya ketika itu membuat kemunculan filem cetera pertama menerusi filem 2005, Tipah Tertipu The Movie yang bertemakan filem jalanan arahan Ahmad Idham dengan lakonlayar oleh Mamat Khalid dan turut dibintangi oleh Intan Ladyana.[11][12]

Pada 2006, Cat sekali lagi bekerja di bawah arahan Idham, kali ini tanpa Ruffedge. Beliau diberikan peranan sebagai Macha dalam filem aksi perlumbaan motosikal Remp-It yang dibintangi oleh Farid Kamil, Zul Huzaimy dan Aqasha.[13] Pada Jun 2007, beliau membintangi sebagai Loyai bersama Awal Ashaari, Opie Zami dan Yatt dalam filem Impak Maksima.[14][15]

Pada 2008, beliau membuat kemunculan khas dalam filem I'm Not Single arahan Pierre Andre lakonan Farid Kamil dan Lisa Surihani. Juga pada tahun yang sama, beliau membintangi bersama Haliza Misbun dalam telefilem Kembalikan Amanda yang diilhamkan daripada kisah sebenar kes kehilangan kanak-kanak berumur 10 tahun, Sharlinie Mohd Nashar. Beliau juga melakonkan watak pembantu dalam filem Selamat Pagi Cinta arahan sulung Yana Samsudin dan juga drama Ezora. Pada 2009, beliau membintangi bersama Lan Pet Pet dan Shaheizy Sam dalam filem komedi seram, Jangan Pandang Belakang Congkak[16] arahan Ahmad Idham dan kesinambungannya pada 2010,[17] Cat memegang watak sebagai Asmat yang bekerja sebagai tukang cuci di studio rakaman.

Cat dan kumpulan The Fabulous Cats membintangi filem komedi romantik Cuti-Cuti Cinta (2010) arahan Ahmad Idham lakonan Farid Kamil dan Nora Danish.[18] Beliau sekali lagi bekerja bersama Idham bagi menjayakan watak undangan dalam filem drama romantik gabungan Malaysia-Indonesia, Gerimis Mengundang (2012) lakonan Kamal Adli dan Olivia Lubis Jensen.

Cat muncul bersama Pekin Ibrahim dalam filem Coverina (2015) arahan Khalid Nadzri. Pada 2016, beliau seterusnya menjayakan watak sebagai peniaga dalam siri drama kepolisan RTM, Gerak Khas episod "Aktivis" dan telefilem Alien Janda Baik arahan Yusry KRU untuk slot Karya 12 di Astro Citra.

Cabang muzik lain sunting

Pada 2017, Cat mengeluarkan single terbaru iaitu Seram Dik Seram bergandingan dengan Eddie G. Lagu ini juga dijadikan runut bunyi untuk Drama Misteri Wan Peah yang bersiaran di TV3. Beliau juga akan menjadi pelakon pembantu dalam drama ini sebagai anak Wan Peah.[19][20]

Kehidupan peribadi sunting

Cat mendirikan rumahtangga dengan Hartini Ramly pada Mei 2007 dan dikurniakan tiga cahaya mata – Nia Karlyssa (lahir 2008), Eva Latheefa (lahir 2010) dan Qul Iskandar (lahir 2011). Bagaimanapun, perkahwinan mereka berakhir pada April 2016.[21][22][23] Dalam temuramah bersama Berita Harian pada September 2016,[24] Cat berkata setiap hari beliau menangis memikirkan keluarganya, lebih-lebih lagi dengan anak-anak yang masih kecil dan memerlukan perhatian beliau.[24] Beliau berkata:

"Selepas bercerai, baru saya sedar selama ini saya mengabaikan hati dan perasaan isteri serta anak-anak. Saya terlalu sibuk dengan muzik dan kerjaya hingga tidak mampu memberikan komitmen kepada rumah tangga. Saya dibesarkan dalam keluarga yang berpecah-belah. Saya tidak mahu anak-anak lalui kesusahan yang sama pernah saya rasai,"[24]

Cat juga berkata, selepas perceraiannya dengan Hartiny, hak penjagaan 3 anak mereka kini diberikan kepada bekas isterinya.[24][25] Beliau turut mengakui terlalu hanyut dengan nikmat dunia menjadi punca perceraiainnya.[26] Beliau juga menegaskan "trauma untuk berkahwin".[27]

Beliau berkahwin kali kedua dengan Suriani Hassan pada 20 November 2020.[28] Namun perkahwinan kedua ini juga berakhir iaitu pada Disember 2022.

Pada 13 Julai 2023, beliau mendirikan rumahtangga buat kali ketiga dengan usahawanita Shikin Maembong.

Diskografi sunting

Album dan single sunting

Album sunting

  • Dude - album kolaborasi bersama Eddie G.

Album Ruffedge sunting

Album The Fabulous Cats sunting

Single sunting

  • Cahaya di Atas Tar (2006)
  • Thank You Allah (2021) - duet bersama Datin Alyah & Ustaz Haris

Lagu ciptaan sunting

Sepanjang kerjaya sebagai komposer, Cat telah mencipta beberapa lagu untuk penyanyi lain, antaranya ialah:

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2005 Tipah Tertipu The Movie Cat Filem pertama
2006 Remp-It Macha
2007 Jangan Pandang Belakang Pemandu Bas Penampilan khas
Impak Maksima Loyai
2008 I'm Not Single Psycho Penampilan khas
Selamat Pagi Cinta Don
Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib Cat
2009 Jangan Pandang Belakang Congkak Asmat / Toyol
Jin Notti Jinbara
2010 Adnan Semp-It Macha
Semerah Cinta Stilleto Yani
Jangan Pandang Belakang Congkak 2 Asmat / Toyol
Cuti-Cuti Cinta Mahmood
2011 Hantu Bonceng Cat
2012 Gerimis Mengundang Perwakilan Malaysia 2 Penampilan khas
2013 Dampak Botak
2015 Coverina[29] Ery
2016 Mat Moto Macha Penampilan khas
Zack Kapcai Kameo
Mat Moto Otai Macha
2017 Minah Moto Bapa Minah
Pencuri Hati Mr. Cinderella Loyai
2018 Hantu Wangan Papa J
2019 Kron Dr Hamid Penampilan khas
2021 Marabahaya Underground Loyai Juga sebagai pengarah bersama
2022 Remp-It 2 Macha
Hani
2025 Reeza Pos-produksi
TBA Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu Pra-produksi

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008 Ezora TV3
2016 Gerak Khas (Musim 16) TV2 Episod: "Aktivis"
2017 Misteri Wan Peah TV3
Gerak Khas (Musim 17) TV2 Episod: "Buruan"
2021 Cik Ayu Mee Sanggul Hamzah Astro Ria
Keluarga Untuk Disewa Rizwan TV9
2022 IMperfect Director HY Astro Ria Penampilan khas
2023 Kami Budak Band Ab Bustam TV3
Dara & The Gang

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2008 Kembalikan Amanda Munir Astro Ria
2012 Anak Pak Hussien Hussien TV1
2014 Mana Burger Mak Unifi TV
2015 Jodoh Memang Tak Pergi Kemana Syuk
2016 Alien Janda Baik Cikgu Nazri Astro Citra
2023 Impak Maksima Underground Loyai Tonton

Rujukan sunting

  1. ^ "Zain tumpu dunia lakonan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-12. Dicapai pada 2017-08-12.
  2. ^ "Zizi (AF7) vokalis terbaru 'The Fabulous Cats'". Dicapai pada 15 Julai 2023.
  3. ^ "Tiga Swagger Pertaruhan Baru Cat Farish". Dicapai pada 15 Julai 2023.
  4. ^ Syed Mussaddad Syed Mahdi (10 Mei 2015). "Cat hidupkan semula Ruffedge". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-05. Dicapai pada 11 Mei 2015.
  5. ^ Ardini Sophia Sina (27 Februari 2018). "Teruja bersama Ruffedge semula". Harian Metro. Dicapai pada 28 Februari 2018.
  6. ^ Lirik lagu Papa Jahat timbulkan perdebatan Diarkibkan 2017-10-08 di Wayback Machine Utusan Malaysia (8 Mei 2007). Diperoleh pada 8 Oktober 2017.
  7. ^ Sekitar Prebiu FIlem Cuti Cuti Cinta Budiey (13 Oktober 2010). Dicapai pada 8 Oktober 2011.
  8. ^ Abdul Aziz Itar (7 Mei 2014). "Perjuangan Tiga Swagger". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-01. Dicapai pada 11 Mei 2015.
  9. ^ Syed Mussaddad Syed Mahdi (19 Januari 2014). "Revolusi Cat Farish & Tiga Swagger". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-08. Dicapai pada 11 Mei 2015.
  10. ^ "Angkatan baharu Cat Farish & Tiga Swagger". Kosmo!. 12 Januari 2014. Dicapai pada 11 Mei 2015.
  11. ^ Tipah Tertipu filem jalanan karya Mamat Khalid Diarkibkan 2017-10-08 di Wayback Machine Utusan Malaysia (16 Disember 2005). Dicapai pada 8 Oktober 2010.
  12. ^ Tipah Tertipu Diarkibkan 2017-09-09 di Wayback Machine FilemKita. Dicapai pada 8 Oktober 2010
  13. ^ Abdul Aziz Itar (19 Januari 2006). "Remp-It 50 mat rempit berlakon filem". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-08. Dicapai pada 2015-12-01.
  14. ^ "Impak Maksima lebih hebat daripada Initial D?". Utusan Malaysia. 4 September 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-08. Dicapai pada 11 Mei 2015.
  15. ^ "Impak yang tidak sekuat mana". Utusan Malaysia. 28 Ogos 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-08. Dicapai pada 11 Mei 2015.
  16. ^ Apa istimewa Jangan Pandang Belakang Congkak? Diarkibkan 2017-10-08 di Wayback Machine Utusan Malaysia (18 Oktober 2009). Dicapai pada 8 Oktober 2011.
  17. ^ Wahiduzaman (8 Oktober 2010). Jangan Pandang Belakang Congkak 2 sedikit rapuh mSTAR Online. Diperoleh pada 1 Januari 2011.
  18. ^ Wahiduzzaman (21 Oktober 2010). ""Cuti-Cuti Cinta" Yang Hambar". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-24. Dicapai pada 28 Oktober 2017.
  19. ^ Malaysian Digest (16-02-2017) Cat Farish Bangkit Daripada Kemurungan Dicapai 13 Mac 2017.
  20. ^ (7-02-2017) Tiga bulan Cat Farish kemurungan - Hiburan Utusan Online.
  21. ^ Feride Hikmet Atak (18 September 2016). "Cat Farish sahkan sudah bercerai". Berita Harian. Dicapai pada 1 Oktober 2016.
  22. ^ Raja Mawar Nurfatimah Mohamad (17 September 2016). "Cat Farish Bercerai". B*Pop. Halaman 16.
  23. ^ "Sibuk kerja, alasan Cat Farish ceraikan isteri". The Malay Mail. 19 September 2016. Dicapai pada 1 Oktober 2016.
  24. ^ a b c d Feride Hikmet Atak dan Mohd Aizat Shamsuddin (24 September 2016). "Selepas bercerai, Cat peluk baju anak kerana rindu". Berita Harian. Dicapai pada 1 Oktober 2016.
  25. ^ "Bekas Isteri Beri Sokongan Positif, Cat Farish Mula Hidup Baru". Rotikaya. 24 September 2016. Dicapai pada 1 Oktober 2016.
  26. ^ "Terlalu Pentingkan Kawan, Abai Keluarga Punca Penceraian Saya - Cat Farish". Astro Gempak. 30 September 2016. Dicapai pada 1 Oktober 2016.
  27. ^ Kemalia Othman (10 Oktober 2017). "Cat Farish trauma nak kahwin". mSTAR Online. Dicapai pada 11 Oktober 2017.
  28. ^ Sudirman Mohd Tahir (20 Oktober 2020). Cat Farish bernikah kali kedua Harian Metro. Dicapai pada 21 November 2020.
  29. ^ Pekin Sindir Peminat Filem Melayu Dalam 'Coverina'

Pautan luar sunting