Fashion (filem 2008)

Fashion ialah filem drama India 2008 yang diarahkan dan dihasilkan oleh Madhur Bhandarkar. Skrip filem itu ditulis bersama oleh Ajay Monga, Madhur Bhandarkar dan Anuraadha Tewari dan fotografi utama dijalakan di Mumbai dan Chandigarh. Muziknya digubah oleh Salim-Sulaiman dan lirik-lirik lagu ditulis oleh Irfan Siddiqui dan Sandeep Nath.

Fashion
PengarahMadhur Bhandarkar
Lakon layar
Cerita olehAjay Monga
Dihasilkan oleh
Dibintangi
Dikisahkan olehPriyanka Chopra
SinematografiMahesh Limaye
Disunting olehDeven Murdeshwar
Muzik olehSalim-Sulaiman
Diedarkan oleh
Tarikh tayangan
  • 29 Oktober 2008 (2008-10-29)
Masa tayangan
165 minit[1]
NegaraIndia
BahasaHindi
Bajet180 juta[2]
Pecah panggung600 juta[3]

Filem ini menampilkan Priyanka Chopra dalam peranan utama Meghna Mathur, model fesyen yang bercita-cita tinggi; ia mengikuti transformasinya dari gadis kecil ke supermodel, industri fesyen India dan kerjaya beberapa model lain. Fashion juga meneroka feminisme dan kuasa wanita dalam fesyen India. Filem ini juga membintangi Kangana Ranaut, Mugdha Godse, Arjan Bajwa dan Arbaaz Khan dalam peranan pembantu. Barisan pelakon juga menampilkan beberapa model fesyen profesional yang melakonkan diri mereja sendiri.

Pembangunan filem bermula pada tahun 2006. Anggaran filem itu ₹ 180 juta; ia dibuka pada 29 Oktober 2008 untuk ulasan positif. Pengkritik memuji skripnya, sinematografi, muzik, penataan dan persembahan. Ia mengumpul ₹ 600 juta di pecah panggung dan berjaya secara komersial.

Fashion menerima beberapa anugerah dan pencalonan di upacara di seluruh India. Di Anugerah Filmfare ke-54, filem ini menerima tujuh pencalonan termasuk Pengarah Terbaik dan memenangi dua anugerah; Anugerah Pelakon Wanita Terbaik untukon Chopra dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik untuk Ranaut. Ia juga memenangi anugerah Pelakon Terbaik untuk Chopra dan Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik untuk Ranaut di Anugerah Filem Kebangsaan ke-56. Beberapa penerbitan yang menyenaraikan Fashion sebagai salah satu "filem wanita-sentrik terbaik di Bollywood".

Pelakon

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Fashion (15)". British Board of Film Classification. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 April 2015. Dicapai pada 27 April 2013.
  2. ^ Gupta, Pratim D. (27 October 2008). "'Everyone's scared of Fashion'". The Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2013. Dicapai pada 27 April 2013.
  3. ^ "December gives some respite with 2 hits". The Indian Express. 31 December 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 February 2009. Dicapai pada 18 June 2013.

Pautan luar

sunting