Fate/Zero (Jepun: フェイト/ゼロ, Hepburn: Feito/Zero) ialah sebuah novel imbasan kembali kepada novel visual TYPE-MOON iaitu Fate/stay night dan diilustrasikan oleh Takashi Takeuchi. Jilid pertama dikeluarkan pada 12 Disember, 2006, dan merupakan kerjasama di antara TYPE-MOON dan Nitroplus. Jilid yang kedua dikeluarkan pada 31 Mac, 2007. Jilid yang ketiga dikeluarkan pada 27 Julai, 2007.

Fate/Zero
Logo Fate/Zero.
GenreAksi, Drama, Fantasi, Seinen, Seram
Manga
PengarangTYPE-MOON
PenerbitTYPE-MOON
Portal Anime dan Manga

Plot sunting

Plot Fate/Zero mengambil tempat dan masa 10 tahun sebelum Fate/stay night, menjelaskan kejadian yang berlaku pada perang Holy Grail yang keempat di Fuyuki City. [1]. Watak-watak berikut muncul dalam judul ini:

Manusia

  • Kiritsugu Emiya (Jepun: 衛宮切嗣, Hepburn: Emiya Kiritsugu), Master kepada Saber, kurang keyakinan diri dan sering bermurung, menggunakan strategi melalui teknologi demi mengeksploitasikan titik kelemahan seorang ahli sihir.
  • Kirei Kotomine (Jepun: 言峰綺礼, Hepburn: Kotomine Kirei), Master kepada Assassin, bekerja untuk Tokiomi dan melakukan segala yang diperintah sedaya upayanya, namun perlaksanaannya tidak mencukupi.
  • Tokiomi Tōsaka (Jepun: 遠坂時臣, Hepburn: Tōsaka Tokiomi), ayah kepada Rin Tōsaka dan Sakura Matō, Master kepada Archer, bongkak dan manipulatif, mengaturkan supaya Kirei Kotomine menjadi "muridnya". Menyanjung Kotomine dan menyuruhnya membantunya.
  • Aoi Tōsaka (Jepun: 遠坂葵, Hepburn: Tōsaka Aoi), ibu kepada Rin Tōsaka dan Sakura Matō. Rakan semasa kecil Kariya Matō.
  • Irisviel von Einzbern, ibu kepada Illyasviel von Einzbern, wirawati judul ini. Rakan seperjuangan Saber.
  • Ryūnosuke Uryū (Jepun: 雨生龍之介, Hepburn: Uryū Ryūnosuke), Master kepada Caster, seorang pembunuh psikotik yang menyeru Caster selepas membunuh sebuah keluarga dan menggunakan darah mereka sebagai komponen dalam ritual penyeruan.
  • Maiya Hisau (Jepun: 久宇舞弥, Hepburn: Hisau Maiya), pembantu kepada Kiritsugu Emiya. Dia bersifat kejam dan profesional, membenarkan Kiritsugu dengan mudahnya meminta bantuan apabila diperlukan. Bersenjatakan Steyr AUG.
  • Waver Velvet, Master kepada Rider. Mencuri artifak gurunya dan menggunakannya untuk menyeru Rider. Merancang untuk menggunakan Holy Grail tersebut untuk memaksa Persatuan Ahli Sihir untuk menyedari kebijaksanaannya.
  • Kariya Matō (Jepun: 間桐雁夜, Hepburn: Matō Kariya), bapa saudara Shinji Matō, Master kepada Berserker, membuat pakatan bersama Zōken Matō yang dia akan memenangi perang Holy Grail ini sebagai bayaran untuk kebebasan Sakura Matō. Dia seorang sahaja dikalangan ahli keluarga Matō yang benar-benar menyayangi Sakura, dan berasa kecewa apabila Tokiomi membenarkan anak perempuan keduanya menjadi anak angkat Zōken.
  • Kayneth Archibald El-Melloi, Master kepada Lancer, seorang bangsawan daripada Persatuan Ahli Sihir. Artifaknya dicuri oleh Waver Velvet, tetapi dia sempat menyeru Lancer juga pada akhirnya. Meskipun dia memegang reiju untuk Lancer, tenaga untuk menzahirkan kewujudan Servantnya dikawal oleh Sola-Ui.
  • Risei Kotomine (Jepun: 言峰璃正, Hepburn: Kotomine Risei), bapa Kirei Kotomine yang berumur 80 tahun, seorang paderi dalam Gereja, dan pengatur perang Holy Grail keempat ini. Seorang rakan kepada Tokiomi Tōsaka dan sentiasa menyokongnya, Risei berbangga terhadap anaknya Kirei, yang telah menunjukkan sifat-sifat sebagai penggantinya, tetapi gagal memahaminya dalam sebarang aspek.
  • Sola-Ui Nuada-Re Sophia-Ri, anak perempuan ketua bahagian kebangkitan spiritual. Dia bertunang dengan Kayneth menerusi perkahwinan strategik dan keputusan keluarganya untuk memberi lambang mereka kepada abangnya.

Servant
Para Pembantu yang menyertai peperangan Holy Grail keempat dan identiti sebenar mereka adalah seperti berikut:

  • Saber: King Arthur, watak yang sama daripada Fate/stay night. Digelar Raja Segala Kesatria.
  • Archer: Gilgamesh, seorang Servant degil dalam Fate/stay night, dan digelar Raja Segala Perwira. Dia tidak menyukai kehadiran Saber dan Iskander disebabkan status mereka yang tinggi (Diraja) sepertinya. Gilgamesh mempunyai kepayahan bersembunyi.
  • Lancer: Diarmuid Ua Duibhne, seorang Servant dengan dua Noble Phantasm: Gae Buidhe - Ros Emas Abadi dan Gae Dearg - Ros Merah Pengusir, yang mampu membalas kembali kebolehan-kebolehan Saber dan Berserker.
  • Rider: Iskander, digelar Raja Segala Naungan, yang berminat mengalahkan Saber dan Lancer. Mempunyai beberapa Noble Phantasm yang pertamanya iaitu Gordius Wheel - Roda Kekuasaan Syurga, penyeruan sebuah kereta kuda apabila Iskander memotong udara dengan pedangnya.
  • Caster: Bluebeard, seorang Servant yang berasa nikmat dengan mula-mula memberi ketenangan kepada musuhnya sebelum mengganas dan membunuh mereka. Mempamerkan perasaan minat terhadap Saber kerana kesilapannya menganggapnya sebagai Jeanne D'Arc, yang dicintai Bluebeard.
  • Berserker: Black Knight, seorang Servant yang mempunyai kebolehan untuk menggunakan apa-apa objek sebagai Noble Phantasm.
  • Assassin: Para Assassin yang berkaitan dengan True Assassin daripada Fate/stay night; Assassin sebenarnya terdiri daripada beberapa entiti dan bukannya satu sahaja. Mereka berperanan sebagai ejen-ejen peninjau kepada Tokiomi dan Kirei selepas Gilgamesh "membunuh" salah seorang daripada mereka.

Watak-watak kecil

  • Rin Tōsaka (Jepun: 遠坂凛, Hepburn: Tōsaka Rin), anak perempuan kepada Tokiomi dan Aoi Tōsaka. Meskipun kecil, dia mampu menggunakan magik-magik tahap rendah.
  • Sakura Matō (Jepun: 間桐桜, Hepburn: Matō Sakura), adik perempuan Rin, yang diambil sebagai anak angkat oleh keluarga Matō setahun sebelum permulaan peperangan Holy Grail keempat. Rupa fizikalnya telah berupa agak berbeza sejak diterima oleh keluarga Matō.
  • Illyasviel von Einzbern, anak kepada Irisviel von Einzbern dan Kiritsugu Emiya, lahir lapan tahun sebelum bermulanya perang Holy Grail keempat.
  • Jubstacheit von Einzbern, ketua kelapan keluarga Einzbern, dikenali sebagai "Acht". Hampir dua abad tuanya, dia telah mengetuai keluarga Einzbern sejak mereka menukar arah objektif mereka daripada mencari Holy Grail tersebut kepada percubaan untuk mendapatkan melalui peperangan Holy Grail. Dia memberi Kiritsugu Emiya Avalon sebagai pemangkin untuk menyeru Saber.
  • Zōken Matō (Jepun: 間桐 臓硯, Hepburn: Matō Zōken), ketua keluarga Matö yang tua, "bapa saudara" Kariya dan "datuk" angkat Sakura. Dia bertekad untuk menggunakan Sakura untuk mendapatkan Holy Grail dalam perang seterusnya, tetapi bersetuju untuk mengembalikannya kepada keluarga Tösaka jika Kariya berjaya mendapatkan Holy Grail tersebut dalam perang keempatnya.
  • Glen and Martha Mackenzie, seorang pasangan tua daripada Kanada yang menetap di Jepun; anak lelaki mereka, menantu perempuan mereka, dan cucu mereka gagal menyesuaikan diri di Jepun dan pulang ke negara asal mereka, Kanada. Mereka membekalkan tempat tinggal untuk Waver Valvet dan Rider.

Rujukan sunting

  1. ^ Sila lihat bahagian Story, laman rasmi terletak di [1].

Pautan luar sunting