Datuk [1]Fatimah Hamat pernah menjadi Senator di Dewan Negara dari tempoh 23 Disember 2008 - 22 Disember 2011. Selaku Ketua Wanita Umno Terengganu dan aktif dalam UMNO Hulu Terengganu , Menteri Besar Terengganu telah mencadangkan nama beliau sebagai Senator.[2]

Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2001, beliau telah berucap, menggesa agar Wanita UMNO pimpinan Datuk Seri Rafidah Aziz segera bersatu agar dapat menumbangkan kerajaan PAS yang menguasai kerajaan negeri Terengganu sejak Pilihan raya umum Malaysia 1999. Akhirnya Barisan Nasional menguasai semula Terengganu dalam Pilihan raya 2004.

Pada 21 Disember 2011, perkhidmatan beliau sebagai Senator di Dewan Negara tamat. Turut tamat perkhidmatan ialah Datuk Armani Mahiruddin dan Dr M Malasingam (10 Mac 2009 - 9 Mac 2012. [3]. Beliau meninggal dunia di Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) pada pukul 12.20 tengah hari tadi dan dikuburkan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Rujukan sunting

  1. ^ KTS mula operasi Oktober depan
  2. ^ "Wanita UMNO needs to close ranks". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-06. Dicapai pada 2011-12-21.
  3. ^ Firdaus Abdullah bantu kendali sidang Dewan Negara[pautan mati kekal]