Fauzi Abdul Rahman
Dato’ Sri Haji Fauzi Abdul Rahman merupakan Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Pahang dan bekas Pengerusi MPN Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang. Juga merupakan bekas Ahli Parlimen Indera Mahkota dan Kuantan. Bapanya Abdul Rahman Talib merupakan bekas Menteri Pelajaran Malaysia. Pada peringkat awal, beliau dilihat boleh menjadi menteri penuh atau menteri besar.
Yang Hormat Dato’ Sri Fauzi bin Abdul Rahman SSAP, DIMP, AMP (Pahang); PPN | |
---|---|
Anggota Parlimen Malaysia untuk Indera Mahkota, Pahang | |
Dalam jawatan 24 Jun 2013 – 7 April 2018 | |
Didahului oleh | Azan Ismail![]() ![]() |
Digantikan oleh | Dato' Sri Saifuddin Abdullah![]() ![]() ![]() ![]() |
Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang | |
Dalam jawatan 2008–2018 | |
Didahului oleh | Azan Ismail |
Digantikan oleh | Fuziah Salleh |
Ahli Dewan Negeri Pahang untuk Beserah | |
Dalam jawatan 1999–2004 | |
Didahului oleh | Jamal Ab Nasir Ismail |
Digantikan oleh | Fisar Abdullah |
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri | |
Dalam jawatan 1997–1999 | |
Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Tanah dan Koperasi | |
Dalam jawatan 1995–1997 | |
Menteri | Osu Sukam Kasitah Gaddam |
Didahului oleh | Mohd Noh Rajab |
Digantikan oleh | Ainon Khariyah Mohd Abas |
Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan | |
Dalam jawatan 1990–1995 | |
Menteri | Mohamed Rahmat |
Didahului oleh | Dusuki Ahmad |
Digantikan oleh | Mohd Shafie Apdal |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Kuantan, Pahang | |
Dalam jawatan 1990–1999 | |
Didahului oleh | Adam Abdul Kadir |
Digantikan oleh | Mohd Khalil Yaakob |
Butiran peribadi | |
Lahir | Galing Besar , Kuantan | 27 Ogos 1946
Parti politik | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Pasangan | Datin Sri Hajah Khamisah Mohd |
Anak-anak | 6 (termasuk Ahmad Farhan Fauzi) |
Bapa | Abdul Rahman Talib |
Hubungan | Tan Sri Yahya Mohd Seth (Datuk Saudara) |
Kediaman | Indera Mahkota |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Laman web rasmi | Fauzi Abdul Rahman di Facebook |
Bersama UMNOSunting
Beliau pernah menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan dari Oktober 1990 -1995, sebelum menjadi setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi (1995-1997) dan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (1997-99).
Beliau merupakan bekas ketua UMNO bahagian Kuantan dan bertanding untuk kerusi Parlimen Kuantan pada tahun 1990. Pada tahun 1999 beliau bertanding untuk kerusi DUN Beserah dan menyandang kerusi tersebut sehingga tahun 2004.
AnugerahSunting
Darjah Kebesaran MalaysiaSunting
- Malaysia :
- Member of the Order of the Defender of the Realm (PPN) - (1978)
- Pahang Darul Makmur :
- Grand Knight of the Order of Sultan Ahmad Shah of Pahang (SSAP) - Dato' Sri (2018)
- Knight Companion of the Order of the Crown of Pahang (DIMP) - Dato' (1988)
- Member of The Esteemed Of the Order of the Crown of Pahang (AMP) - (1980)
Menyertai PKRSunting
Sejak Reformasi 1998, Fauzi Abdul Rahman dilihat bersama Anwar Ibrahim. Sejak itu, Fauzi, Siti Zaharah Sulaiman dan lain-lain mendiamkan diri dalam politik. Fauzi dan Anwar Ibrahim satu sekolah di MCKK pada tahun 1964.[1]
Pada 23 Julai 2008, Fauzi Abdul Rahman keluar dari UMNO kerana dilihat bersama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Penyertaan beliau diumumkan oleh Anwar Ibrahim di pejabat PKR di Petaling Jaya. Kini beliau menjadi Ketua Perhubungan Keadilan Pahang. Turut sama menyertai PKR ialah bekas ahli Parlimen Kota Setar, Datuk Abdul Hadi Derani dan bekas timbalan ketua UMNO bahagian Mentakab, Datuk Mat Lazim Derani.[2]
Keputusan Pilihan RayaSunting
RujukanSunting
- ^ "Former deputy minister Fauzi joins PKR". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-09. Dicapai pada 2012-12-09.
- ^ "Fauzi Abdul Rahman sertai PKR". Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-05. Dicapai pada 2021-08-19.