Fauziah Asyari (dieja sebagai Fauziah Ashari) merupakan seorang pengarang novel wanita yang berjaya di Malaysia. Dia telah berjaya menghasilkan sehingga 11 novel sehingga 2018 [1].

Fauziah Asyari
Warganegara Malaysia
Pekerjaanpengarang, penulis

Karyanya Ombak Rindu telah diadaptasi bagi penghasilan filem Ombak Rindu pada penghujung 2011 oleh Tarantella Pictures, arahan Osman Ali. [2] Filem yang diadaptasi daripada novel cinta popular karya Fauziah Ashari, Ombak Rindu arahan Osman Ali itu berjaya mengutip jualan tiket sebanyak RM4 juta selepas empat hari ditayangkan. Kutipan pada hari pertama tayangan iaitu Khamis lalu mencecah RM750,000 dan kutipan pada hari seterusnya melebihi RM1 juta sehari. Filem tersebut turut dilakonan oleh tiga artis popular iaitu Maya Karin, Aaron Aziz dan Lisa Surihani.

Karya sunting

 
Poster filem Ombak Rindu
  • Ombak Rindu
  • Matahari Cerah Lagi
  • Cinta Tiada Akhirnya (Ombak Rindu 2)
  • Rindu Cintaku (Ombak Rindu 3)
  • Setia Menanti
  • Kan Ku Kejar Cinta Kamu
  • Duri
  • Pergilah Sepi
  • Bisik-Bisik Gelora
  • Dan Sepi Pun Berlalu
  • Dia Perempuanku

Rujukan sunting

  1. ^ "Penghargaan pada novel cinta". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-28. Dicapai pada 2014-01-18.
  2. ^ Ombak Rindu kaut RM4 juta. © Utusan Melayu (M) Bhd.

Pautan luar sunting