Fazley Yaakob

Penyanyi dan pelakon Malaysia

Dato' Ahmad Fadzli bin Yaakob atau lebih dikenali sebagai Fazley Yaakob atau Fazley (lahir 18 April 1978) sahaja, ialah seorang penyanyi dan pelakon yang berasal dari Malaysia. Beliau memulakan karier sebagai penyanyi pada tahun 1995 ketika berusia 17 tahun. Setelah melanjutkan pelajaran di Victoria University of Wellington, New Zealand, Australia dan Universiti Utara Malaysia (UUM),[perlu rujukan] beliau juga bergelar pakar motivasi dan Eksekutif Chef kepada Suka Sucre Bistro.


Fazley Yaakob

DIMP (Pahang)
Kelahiran
Ahmad Fadzli bin Yaakob

(1978-04-18) 18 April 1978 (umur 45)
PekerjaanPenyanyi, penulis lirik, pelakon, model iklan, pengacara, pakar motivasi, chef selebriti
Tahun aktif1995–kini
PasanganDatin Azrene Soraya binti Abdul Aziz (k. 2006)
Anak-anak4
IbuDatin Umi Kalsom Abdol Latib
BapaDatuk Yaakob Mohammad
Kerjaya muzik
GenrePop, Balada


Lagu beliau yang paling popular adalah lagu ciptaan komposer Ajai yang berjudul Asmara Ini pada tahun 2001. Beliau juga aktif sebagai pelakon, pengacara dan juga menjuarai MasterChef Selebriti Malaysia pada tahun 2012. Lalu, beliau berusaha untuk mendapatkan pelajaran dalam jurusan kulinari dan telahpun lulus sebagai graduan dari Le Cordon Bleu (Malaysia dan Paris). Kini beliau memiliki restoran bernama SukaSucre Bistro di Kuala Lumpur yang menyajikan makanan Asian-Fusion bertemakan "From Rembau to Paris".

Kehidupan dan kerjaya sunting

Kehidupan awal sunting

Dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan pada 18 April 1978, Fazley merupakan anak kepada pengendali Putrade Malaysia[perlu rujukan], Datuk Yaakob Mohammad dan Datin Umi Kalsom Abdol Latib dan dibesarkan oleh keluarganya di beberapa tempat seperti Jakarta, Los Angeles dan Kuala Lumpur. Beliau bersekolah di Jakarta International School, Indonesia (tadika), Vermont Avenue School, Los Angeles, Amerika Syarikat (sekolah rendah) sebelum pulang ke tanah air dan bersekolah di Sekolah Rendah (SK) Jalan Peel, Cheras, Kuala Lumpur dan St Johns Institution, Kuala Lumpur (sekolah menengah). [perlu rujukan]

Ketika di St. Johns beliau aktif dalam aktiviti kebudayaan dan nyanyian dan mendapat tawaran rakaman album oleh Musicland Entertainment pada usia 17 tahun [1]. Setelah muncul dengan album pertama pada tahun 1995 yang tidak begitu mendapat sambutan, beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Taylor's Kuala Lumpur. Setelah itu BMG Music menawarkan kontrak rakaman untuk album kedua yang berjudul Impian Yang Nyata (1996). Namun promosi album ini tergendala kerana Fazley mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di Victoria University of Wellington, New Zealand dan sarjana di Institute of Technology Australia (IOTA), Australia. Beliau pulang kembali ke tanahair pada tahun 2000[2].

Album ketiganya yang berjudul Asmara Ini terbitan Warner Music pada tahun 2001 menjadi titik mula kemaraan beliau di persada seni apabila lagu hits Asmara Ini mendapat sambutan hangat di corong-corong radio. Album yang diterbitkan oleh komposer prolifik Ajai itu berjaya meletakkan Fazley sebaris dengan penyanyi-penyanyi popular lain. Pada tahun 2002, Fazley dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002 dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular. Beliau sekali lagi dicalonkan dalam kategori tersebut pada tahun 2004 apabila muncul dengan album Cerita Asmara. Seiring itu juga beliau terjun ke dunia lakonan menerusi filem Gerak Khas The Movie II (2002), Janji Diana (2003) dan watak utama dalam Gila Bola (2003).

Beliau merupakan orang kuat dalam merealisasikan Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall, London pada tahun 2005 sebagai penerbit eksekutif. Pada tahun 2005 juga beliau muncul dengan album kelima berjudul Lain. Pada tahun 2006 beliau menjadi salah seorang tenaga pengajar di Akademi Fantasia Musim 4 dan selepas itu mula serius sebagai pakar motivasi apabila beliau memperoleh ijazah kedoktoran di Universiti Utara Malaysia (UUM). Pada tahun 2006, Fazley telah menikahi Azrene Soraya Abdul Aziz. Mereka dikurniakan 3 orang anak. Pada tahun 2010 Menurut satu laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC), terjadi kontroversi berkaitan dengan kelayakan akademik penyanyi tersebut yang dikatakan memiliki ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam pendirian Fazley International College . Pada tahun 2012 beliau menjuarai program realiti masakan MasterChef Selebriti Malaysia. Kemenangan itu turut melayakkan Fazley untuk memenangi wang tunai sebanyak RM57,500 yang semuanya disalurkan ke Yayasan Jantung Malaysia yang diwakilinya dalam program realiti TV berkenaan[3].

Fazley dan keluarganya menjadi salah satu dari lima keluarga selebriti yang terlibat dalam rancangan realiti Oh My Family! yang bersiaran sebanyak 6 episod bermula pada 11 April 2018 di Astro Ria, Ria HD dan Astro Ceria.[4]

Gegar Vaganza 2021 sunting

Fazley Yaakob terpilih sebagai peserta Gegar Vaganza Musim ke-8 tetapi bertahan sampai minggu ke-4.

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 8)
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Laguku Sendiri Asmara Ini Dirinya sendiri Ke-13
Minggu 2 Masih Aku Terasa Laguku Untukmu Hasnol Ke-12
Minggu 3 Segalanya Ku Terima Yang Sedang-sedang Saja Iwan Ke-12
Minggu 4 Berdiri Bulu Romaku Mahligai Syahdu Dato' Hattan Ke-12 (Tersingkir)

Diskografi sunting

Album studio sunting

Lagu dan single sunting

  • Jernih Berkaca
  • Keliru
  • Impian Yang Nyata
  • Asmara Ini
  • Saat Kau Tiada
  • Baby
  • Seribu Kemaafan
  • Ca-ri-no
  • Cerita Asmara
  • Seandainya Daku Bersalah
  • Bila April
  • Kerna Asmara
  • Biarkanlah
  • Ketiadaan

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2002 Gerak Khas The Movie II Orang Kanan Raziman Filem pertama
2003 Janji Diana Kamal
Gila Bola Damak
2021 Dekatnya Cinta Profesor Yusoff

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012 Metro Skuad (Musim 1) Haikal TV2 Episod: "Haikal"
2017 Red Velvet Dirinya sendiri Astro Ria Penampilan khas

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2012 MasterChef Selebriti Malaysia Peserta Astro Ria Juara
2018 Oh My Family! Dirinya sendiri
2021 Gegar Vaganza (musim 8) Peserta Tersingkir minggu ke-4
TBA Cabaran Dapur Selebriti Juri TV3 Dirinya sendiri

Anugerah dan pencalonan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ http://khazanah-muzik.blogspot.com/search/label/Fazley
  2. ^ http://anizyn.blogspot.com/2014/02/biodata-dan-trivia-datuk-dr-fazley.html
  3. ^ http://www.hmetro.com.my/articles/MenukasihsayangFazley/Article
  4. ^ "Lima Keluarga Selebriti Popular Bergabung Dalam 'Oh My Family!'". Astro. 26 Mac 2018. Dicapai pada 3 Mei 2018.

Pautan luar sunting