FedEx Office

syarikat

FedEx Office Print & Ship Services Inc. (juga dikenali sebagai FedEx Office; atau sebelumnya FedEx Kinko's, dan Kinko's) ialah sebuah rangkaian kedai peruncitan Amerika yang menyediakan perkhidmatan penghantaran FedEx Express dan FedEx Ground (termasuk Home Delivery), serta perkhidmatan percetakan, penyalinan, dan penjilidan. FedEx kemudian menghapuskN nama Kinko's pada tahun 2008, dan menyebabkan pengasas Kinko's kecewa.[1] Tidak seperti pesaingnya, The UPS Store, yang difrancaiskan, semua kedai FedEx Office dimiliki sendiri oleh syarikat.

FedEx Office Print & Ship Services Inc.
Nama dahuluKinko's (1970–2004)
FedEx Kinko's
(2004–2008)
Jenis/bentuk sahAnak syarikat
IndustriKurier
Ditubuhkan1970; 54 tahun yang lalu (1970)
Ibu pejabatPlano, Texas
Tokoh pentingBrian Philips (CEO)
KeluaranFotokopi, percetakan, pengiriman
Bilangan kakitangan19.000 (2006)
Syarikat indukFedEx (2004–kini)
Tapak weboffice.fedex.com Sunting ini di Wikidata
Facebook: FedExOffice Twitter: FedExOffice Instagram: fedexoffice LinkedIn: fedex-office Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

 
Sebuah kedai FedEx Office dengan papan tanda FedEx Kinko's
 
FedEx Office di Ontario, Kanada

Paul Orfalea, yang biasanya dipanggil "Kinko" kerana rambut keritingnya, menubuhkan syarikat ini dengan nama Kinko's pada tahun 1970. KedI pertama Kinko's terletak di Isla Vista, California berdekatan kampus Universiti California, Santa Barbara. Orfalea kemudian meninggalkan syarikat ini pada 2000, kerana tidak sehaluan dengan Clayton, Dubilier & Rice ("CDR"), yang telah membeli banyak saham Kinko's pada tahun 1997.[2]

Kinko's memainkan peranan ketara dalam pembangunan kontrabudaya Amerika pada dekad 1980-an dan 1990-an. Dalam kajiannya mengenai peranan xerografi di budaya bandar pada ketika itu, ahli antropologi Kate Eichhorn menyatakan:

Pada puncak popularitinya di akhir dekad 1980-an dan pertengahan dekad 1990-an, kedai Kinko's di pusat bandar di Amerika Utara merupakan tempat berkumpulnya para penulis, seniman, anarkis, punk, penderita insomnia, mahasiswa, penerbit buku bebas, pembuat zine, penghobi yang kompulsif dan obsesif, seniman penipuan, orang yang hidup di jalan, dan orang yang hidup di batas kewajaran. Jika anda mempromosikan band baru atau menerbitkan sebuah pamplet mengenai ginekologi buatan sendiri atau membuat kad pengenalan palsu untuk teman yang masih di bawah umur, Kinko's merupakan tempat yang tepat.[3]

Orfalea menulis dalam autobiografinya bahawa memisahkan dirinya dari Kinko's memerlukan usaha yang sangat keras daripada peguam di Gibson, Dunn & Crutcher.[4] Masalahnya ilah bahwa bukannya menggunapakai model francais tradisional, Orfalea membangunkan Kinko's sebagai rangkaian hubungan peribadi antara setiap pemilik gerai dengan dirinya.[5] Sehingga 1997, beliau telah menubuhkan lebih dari 127 usahasama Kinko's[6]. Semuanya harus dibongkar secara hati-hati menjadi sebuah syarikat S agar model perniagaan Kinko's lebih tersentralisasi. Orfalea dan sejumlah usahasama pentingnya percaya bahawa dengan melakukan hal itu akan mengurangkan waktu yang dihabiskan oleh Orfalea untuk memediasi perbezaan pendapat mengenai usahasama Kinko's dan membenarkan usahasama tertuanya untuk meraih keuntungan lebih mudah, serta beralih ke pengurus generasi baru. Walaupun begitu, struktur baru tersebut juga membuat CDR lebih mudah untuk memaksa Orfalea meninggalkan syarikat ini.

Ibu pejabat Kinko's terletak di Ventura, California selama beberapa tahun, namun pada tahun 2002, syarikat ini memindahkan ibu pejabatnya ke Menara Galleria di Dallas, Texas. Pada Februari 2004, FedEx membeli Kinko's dengan harga $2,4 bilion, dan kemudian bertukar nama kepada FedEx Kinko's Office and Print Centers. Sebelum dibeli oleh FedEx, sebahagian besar kedai Kinko's beroperasi selama 24 jam dalam sehari. Namun setelah diperoleh, FedEx mengurangkan jam operasi sejumlah gerai Kinko's. Pada 2 Jun 2008, FedEx mengumumkan bahawa mereka mengubah nama FedEx Kinko's menjadi FedEx Office. Pada awal 2010, sejumlah kedai masih menampilkan papan nama FedEx Kinko's. Untuk menghindari kebingungan pelanggan sepanjang tempoh peralihan, beberapa kedai menampilkan papan nama besar berwarna ungu yang bertuliskan "Kinko's Printing Inside."

Brian Phillips merupakan Presiden dan CEO syarikat ini, semasa Ken May melepaskan jawatan pada 7 Mac 2008.[7][8] Klien utama syarikat ini ialah pejabat dan UMKM. Syarikat ini mendakwa bahwa mereka memiliki sekitar 1.900 kemudahan operasi.[9] Dengan pendapatan lebih dari $2 milyar, perusahaan ini merupakan perusahaan percetakan terbesar ketujuh di Amerika Utara.[10] Pesaing utama syarikat ini di Amerika Utara termasuk The UPS Store, Office Depot, OfficeMax, AlphaGraphics, Staples, Sir Speedy, dan Vistaprint.

Kinko's berkembang ke luar Amerika Syarikat sepanjang dekad 1990-an dan awal dekad 2000-an, antara lain ke Kuwait, Lubnan, dan Emiriah Arab Bersatu. Kinko's juga sempat beroperasi di Australia, Mexico, dan Belanda, namun kemudian keluar pada akhir tahun 2008 kerana kurang sambutan. Susulan krisis ekonomi 2008, FedEx Office keluar dari China, Jepun, Korea Selatan dan United Kingdom. Konica Minolta kemudian membeli perniagaan FedEx Office di Jepun dan Korea Selatan.[11][12][13]

Pada 24 Julai 2017, Fedex mengumumkan bahawa 24 kedai, sebuah kilang di Markham, Ontario, dan pejabatnya di Toronto, akan ditutup pada 18 Ogos 2017 setelah 32 tahun beroperasi. Sebanyak 214 pekerja telah diberhentikan. Walaupun begitu, operasi penghantaran FedEx dari dan ke Kanada tetap berjalan.[14][15]

Pada Mac 2018, FedEx Office mengumumkan bahawa mereka akan membuka 500 kedai di dalam kedai Walmart di seluruh Amerika Syarikat.[16]

Rujukan sunting

  1. ^ Semuels, Alana (June 15, 2008). "Kinko's Founder All Shook Up as FedEx Drops the K-Name". LATimesBlogs.LATimes.com. Los Angeles Times Communications. Dicapai pada January 10, 2020.
  2. ^ Biddle, RiShawn (January 13, 2003). "Kinko's Cuts Ties to Founder". Forbes. Dicapai pada January 10, 2020.
  3. ^ Eichhorn, Kate (2015). "Copy Machines and Downtown Scenes: Deterritorializing Urban Culture in a Pre-digital Era". Cultural Studies. 29 (3): 370. doi:10.1080/09502386.2014.937940.
  4. ^ Paul Orfalea and Ann Marsh, Copy This!: How I Turned Dyslexia, ADHD, and 100 Square Feet Into a Company Called Kinko's (New York: Workman Publishing, 2007), 171-176.
  5. ^ Orfalea, 60.
  6. ^ Orfalea, 173-175.
  7. ^ Becker, Nathan (June 2, 2008). "FedEx takes charge to drop Kinko's name". MarketWatch. Dicapai pada August 16, 2015.
  8. ^ "FedEx-Kinko's To Drop Kinko's Name". 11alive.com.
  9. ^ "FedEx Office". December 15, 2011. FedEx.com. Dicapai pada February 27, 2012.
  10. ^ "GAOnline 101 Top North American Printers". Graphic Arts Monthly. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-11. Dicapai pada 2008-07-30.
  11. ^ Case, Brendan, FedEx to Sell Office Unit’s Japan Business to Konica Bloomberg May 10, 2012 Retrieved on September 28, 2012
  12. ^ "News release details-News Releases | KONICA MINOLTA". www.konicaminolta.com.
  13. ^ "News release details-News Releases | KONICA MINOLTA". www.konicaminolta.com.
  14. ^ "FedEx Office stores closing in Canada". thestar.com. July 21, 2017.
  15. ^ FedEx closing all retail office stores in Canada CBC. July 17, 2017. Retrieved August 5, 2020.
  16. ^ Thomas, Lauren (2018-03-20). "Walmart to Bring FedEx Shops into 500 of Its US Stores". CNBC. NBCUniversal Television Group. Dicapai pada 2019-12-16.

Pautan luar sunting