Projek Fedora

(Dilencongkan dari Fedora Project)

Projek Fedora ialah ikhtiar yang ditaja oleh Red Hat untuk menyelaras pembangunan sistem pengendalian Fedora. Ia telah diasaskan pada bulan September 2003 sebagai hasil penggabungan antara Red Hat Linux (RHL) dan projek-projek lama Fedora Linux. Projek ini terdiri daripada bukan sahaja pekerja-pekerja Red Hat, namun ahli komuniti seluruh dunia yang membuat 75% daripada semua sumbangan dalam Projek Fedora.[4]

Fedora Project
Logo Projek Fedora
Maklumat am
JenisKomuniti
Penubuhan
PengasasWarren Togami, Red Hat
Dahulu dikenaliProjek Fedora Linux (Fedora Linux Project)
Identiti
Keluaran/produk389 Directory Server, Sistem pengendalain Fedora
FokusPerisian bebas
BidangKerja lukis, pembangunan, dokumentasi, promosi, dan penterjemahan.[1]
Sukarelawan~27,000 (2010)[2]
MotoFreedom. Friends. Features. First. [3]
Laman sesawangfedoraproject.org
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

Projek Fedora Linux telah dimulakan pada Disember 2002 oleh mahasiswa Sains Komputer Universiti Hawaii, Warren Togami. Apabila Red Hat mengambil keputusan untuk memisahkan Red Hat Linux kepada Red Hat Enterprise Linux (RHEL) dan sebuah versi berasaskan komuniti, nama Fedora telah diumumkan pada 22 September 2003,[5] para pengguna rumah dan perniagaan kecil menjadi tidak pasti apa yang perlu mereka buat. Red Hat Professional Workstation telah dicipta pada masa yang sama bertujuan untuk memenuhi keperluan yang dahulunya dibuat oleh RHL tetapi dicipta tanpa masa depan yang pasti.[6] Pilihan ini dengan cepat dipinggirkan oleh para pengguna bukan usahawan RHL yang lebih suka kepada Fedora. Komuniti Fedora terus maju dan edaran Fedora dikenali sebagai edaran FOSS yang menumpukan kepada inovasi dan bekerja rapat dengan komuniti Linux huluan.

Kebocoran keselamatan sunting

Pada Ogos 2008, beberapa pelayan Fedora telah dipecah masuk. Selepas disiasat, didapati bahawa salah satu pelayan yang dipecah masuk ialah pelayan yang digunakan untuk menadatangan pakej kemas kini Fedora. Projek Fedora menyatakan bahawa si penyerang tidak mendapat kunci tandatangan pakej yang boleh digunakan untuk memasukkan perisian jahat pada sistem pengguna Fedora menerusi proses kemas kini. Para pentadbir projek membuat pemeriksaan pada perisian dan tidak menemukan sebarang petunjuk wujudnya kuda Troy telah diselinapkan kedalam perisian. Sebagai langkah berjaga-jaga, Projek ini telah menukar kunci-kunci tandatangan pakej yang lama kepada yang baharu.[7][8]

Fedora menerbitkan maklumat terperinci pada 30 Mac 2009.[9]

Rujukan sunting

  1. ^ "Projects". FedoraProject. Dicapai pada 2013-07-09.
  2. ^ "Statistics". FedoraProject. Dicapai pada 2013-07-09.
  3. ^ "What is Fedora and what makes it different?". Fedora Project. Dicapai pada 2013-07-09.
  4. ^ "Ride the Wave with Fedora 9". 2008-05-28. Dicapai pada 2009-11-24.
  5. ^ "Announcement: Red Hat Linux Merging with Fedora Linux". Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-10-01. Dicapai pada 2013-07-31.
  6. ^ "Red Hat Professional Workstation: More Expensive, Fewer features". Linux.com. 2004-02-14. Dicapai pada 2007-12-21.
  7. ^ "Security Breach—securityfocus.com".
  8. ^ "Security Breach—Red Hat Mailing list".
  9. ^ "Update and Report on Fedora August 2008 Intrusion—Red Hat Mailing list".

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting