Felda Air Tawar 4 merupakan sebuah kampung yang terletak di daerah Kota Tinggi, Johor. Ia merupakan salah satu daripada 5 Felda Air Tawar yang berada di daerah Kota Tinggi iaitu bermula dengan Felda Air Tawar 1, Felda Air Tawar 2, Felda Air Tawar 3, Felda Air Tawar 4, dan Felda Air Tawar 5. Namun susunan kawasan kampung Felda disini agak unik dengan kedudukan bilangannya yang tidak teratur.Jika anda dari arah Kota Tinggi ia akan bermula dengan anda melalui simpang Felda Air Tawar 3 dahulu dan sekiranya anda dari arah Bandar Penawar atau Pengerang anda akan melalui simpang Felda Air Tawar 4 dan Felda Air Tawar 5 dahulu.

Diantara kelima-lima Felda Air Tawar ini, Felda Air Tawar 4 adalah agak berbeza kerana pintu gerbangnya yang terdapat pada bahagian dalam perkampungan, manakala Felda Air Tawar yang lain pintu gerbangnya jelas terpapar dibahagian jalan simpang masuk. Namun ini tidak menyukarkan pencarian kawasan kerana Felda Air Tawar 5 dan Felda Air Tawar 4 bertentangan. Jika anda ternampak stesen minyak Shell dan Petron. Itu bermakna anda telah sampai di Felda Air Tawar 5 dan berhadapan dengannya adalah Felda Air Tawar 4.

Lihat Peta di sini [1] dan di sini [2]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.