Felda Chiku 03 terletak di tengah-tengah laluan utama Gua Musang ke Kuala Krai iaitu 48 km dari Gua Musang dan 70 km dari Kuala Krai dan berada dalam Jajahan Gua Musang. Kawasan penempatan lain yang berhampiran ialah Felda Chiku 5 (3 km), Felda Chiku 6, Felda Chiku 7 dan Kesedar Paloh. Felda-Felda ini terletak dalam Dewan Undangan Negeri Paloh, yang diwakili oleh YB Datuk Nozula Mat Diah (BN) dan kawasan parlimen Gua Musang yang diwakili oleh YB Tengku Razaliegh Hazmah (BN). ImageUntuk ke destinasi lain, dari Felda Chiku 03 boleh melalui lebuh raya Kuala Krai-Gua Musang. Jika ingin menggunakan perkhidmatan awam, perkhidmatan bas dan teksi juga boleh didapati di sini. Jika dari Gua Musang, anda boleh menggunakan kereta sewa atau pun bas di perhentian bas Gua Musang, begitu juga jika anda dari Kuala Krai.

Ladang Felda Chiku 3 dibangunkan dalam 2 peringkat. Peringkat 1 seluas 330.44 hektar dan peringkat 2 seluas 855.52 hektar serta ditanam dengan tanaman kelapa sawit. Selebihnya kawasan getah (kawasan tambahan) seluas 192.44 Ha. Kerja-kerja membangunkan kawasan ladang siap sepenuhnya pada akhir tahun 1982. Manakala pembangunan kawasan kampung siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 1984. Penempatan peneroka bermula pada bulan November 1984 bagi fasa 1, dan fasa 2 mulai November 1985. Setiap peneroka dibenarkan untuk memiliki kawasan sawit seluas lebih kurang 3.23 hektar (8 ekar), dan kawasan getah 0.8 hektar (2 ekar) serta lot rumah seluas 0.1 Ha (1/4 ekar). Seluruh perkampungan Felda Chiku 3 juga telah dibekalkan dengan bekalan elektrik 24 jam mulai bulan Mei 1996 serta kemudahan telefon. Semua jalan di kawasan kampung sepanjang 9.770 km telah diturap. Penamaan jalan kampung menggunakan nama bunga dan nama yang sesuai dengan kedudukannya. Bekalan air bersih telah disalurkan ke keseluruhan kawasan perkampungan ini oleh Kelantan Water Sdn. Bhd.

Sumber : Pejabat Felda Chiku 03