FGV Holdings Berhad

(Dilencongkan dari Felda Global Ventures)

FGV Holdings Berhad[a] (Singkatan: FGV atau FGVH, dahulu dikenali sebagai Felda Global Ventures Holdings Berhad; MYX: 5222) ialah sebuah syarikat global perniagaan agri dan makanan di Malaysia. Dengan operasi di seluruh dunia, FGV menghasilkan produk kelapa sawit, getah, oleokimia dan gula. [2] Tawaran awam permulaannya (IPO) pada tahun 2012 adalah ketiga terbesar di dunia pada tahun itu selepas Facebook dan IPO yang terbesar di Asia bernilai $3.1 bilion.[3]

FGV Holdings Berhad
Awam
MYX: 5222
ISINMYL5222OO004
IndustriPerniagaan agri dan makanan
Ditubuhkan19 Disember 2007; 14 tahun yang lalu (2007-12-19)[1]
Ibu pejabatKuala Lumpur, Malaysia
Tokoh penting
  • Mohd Nazrul Izam Mansor
  • (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan)
Laman web rasmi
www.fgvholdings.com

Ia merupakan syarikat minyak sawit ketiga terbesar di dunia dari segi keluasan ekar tanaman. FGV menguruskan bank tanah seluas 439,230 hektar di Malaysia dan Indonesia termasuk tanah di bawah Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) dengan Felda. Syarikat tersebut mengeluarkan kira-kira 3 juta tan metrik (MT) minyak sawit mentah (MSM) setiap tahun.

Pada tahun 2009, FGV telah membeli 51% daripada syarikat kilang penapisan gula terbesar di Malaysia, MSM Malaysia Holdings daripada PPB Group Berhad (diasaskan oleh Robert Kuok) bernilai RM1.25 bilion.

Pada 3 Julai 2018, syarikat tersebut telah menggugurkan "Felda Global Ventures" daripada nama korporat mereka dan dinamakan semula sebagai FGV Holdings Berhad.[4][5]

SejarahSunting

FGV diperbadankan sebagai sebuah syarikat berstatus Sendirian Berhad pada 19 Disember 2007, ia pada mulanya dikendalikan sebagai cabang perdagangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Perniagaan teras FGV merangkumi Sektor Perladangan, Logistik dan Perniagaan Sokongan, Gula, Pertanian Bersepadu dan Produk Pengguna. FGV mula disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada 2012 dan penyenaraian tawaran awam awal (IPO) syarikat ini merupakan yang ketiga terbesar di dunia selepas Facebook.[6]

FGV ialah syarikat ketiga terbesar kelapa sawit di dunia mengikut keluasan tanaman.[7] Di Malaysia sahaja, FGV mengawal 439,230 hektar tanah di Malaysia dan Indonesia.

Pada 3 Julai 2018, Felda Global Ventures Holdings Berhad bertukar nama kepada FGV Holdings Berhad.[8][9]

Hal ehwal korporatSunting

Sekatan Amerika SyarikatSunting

Pada 1 Oktober 2020, produk syarikat ini telah ditahan oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat kerana isu berkaitan buruh paksa dan pelanggaran hak asasi manusia, termasuklah dakwaan "penderaan fizikal dan seksual, ikatan hutang dan keadaan penggunaan kekerasan."[10]

CatatanSunting

  1. ^ Syarikat ini juga dikenali sebagai Felda Global di laman web rasmi mereka.

RujukanSunting

  1. ^ "Milestones - About FGV - Our Organisation | Felda Global Ventures". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-09. Dicapai pada 31 March 2014.
  2. ^ "Mengenai kami". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-26. Dicapai pada 2018-07-26.
  3. ^ https://www.thestar.com.my/business/business-news/2012/06/14/felda-global-ventures-rm10bil-ipo-2nd-biggest-in-world-this-year-after-facebook/
  4. ^ "Felda Global Ventures Holdings Bhd is now FGV Holdings Bhd". New Straits Times. 3 Julai 2018. Dicapai pada 30 Julai 2018.
  5. ^ "Felda Global Ventures Holdings kini FGV Holdings Bhd". Berita Harian. 3 Julai 2018. Dicapai pada 30 Julai 2018.
  6. ^ Felda penyenaraian kedua terbesar selepas Facebook Sinar Harian.
  7. ^ "Felda Global Ventures' RM10bil IPO 2nd biggest in world this year after Facebook". The Star Online. Dicapai pada 2 February 2017.
  8. ^ "Felda Global Ventures Holdings Bhd is now FGV Holdings Bhd". New Straits Times. 3 Julai 2018. Dicapai pada 26 Julai 2018.
  9. ^ "Felda Global Ventures Holdings kini FGV Holdings Bhd". Berita Harian. 3 Julai 2018. Dicapai pada 26 Julai 2018.
  10. ^ https://www.bbc.com/news/business-54366607

Pautan luarSunting