Kampung LBJ

(Dilencongkan dari Felda L.B. Johnson)

Kampung LBJ (sebelum ini FELDA L.B. Johnson dan LKTP Labu Jaya) ialah sebuah perkampungan bekas tanah rancangan FELDA dalam daerah Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.

Kampung LBJ
NegeriNegeri Sembilan
DaerahSeremban
Dibuka1963 (sebagai FELDA Labu Jaya)
1966 (sebagai FELDA L.B.Johnson)
1995 (sebagai Kampung LBJ)

Pembukaan sunting

Kampung LBJ mula dibuka oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dengan kumpulan peneroka pertama pada 1963. Ketika itu ia dinamakan sebagai FELDA Labu Jaya. FELDA Labu Jaya kemudiannya ditukarkan nama kepada L.B. Johnson, bersempena lawatan bekas Presiden Amerika Syarikat, Lyndon B. Johnson ke kampung tersebut pada on 31 Oktober 1966. Ia merupakan antara tempat yang dilawatinya bersama rombongan dalam usaha untuk mengeratkan hubungan dua hala antara Amerika Syarikat dan Malaysia pada ketika itu.

Perubahan status sunting

Pada 1995, Lembaga Tabung Haji melalui badan pelaburan hartanahnya, TH Properties menawarkan kepada 423 orang peneroka untuk menjual tanah mereka. Oerkara tersebut selesai dengan persetujuan Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu, Mohd Isa Abdul Samad. Secara tidak langsung, FELDA LBJ telah bertukar status kepada kampung biasa, bukan lagi di bawah FELDA.

Rujukan sunting