Felda L.B. Johnson

(Dilencongkan dari Felda LBJ)

FELDA L.B. Johnson ataupun Kampung L.B .Johnson merupakan sebuah pekan kecil di daerah Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. FELDA L.B. Johnson dinamakan bersempena bekas Presiden Amerika Syarikat, Lyndon B. Johnson, yang melawati kampung itu pada tahun 1966. Ia merupakan antara tempat yang dilawatinya dalam rombongan dalam usaha untuk mengeratkan hubungan dua hala antara Amerika Syarikat dan Malaysia pada ketika itu.