Felda Melor Jengka 12

Felda Melor Jengka 12 merupakan sebuah kawasan penempatan FELDA yang terletak berhampiran dengan Bandar Jengka, Pahang. Ia mula diduduki sekitar tahun 1976.Ia merupakan sebuah petempatan baru yg diwujudkan oleh kerajaan Malaysia bagi menempatkan penduduk yg kebanyakannya tidak mempunyai tanah sendiri yang inginkan penghidupan baru. Ini adalah sebahagian daripada rancangan kerajaan melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk memajukan ekonomi penduduk kampung. Di sini, semua penduduk telah diberikan sebuah lot rumah yg tersedia beserta sebuah lot kebun sekitar 10 ekar kebun getah yg baru ditanam. Pada peringkat awal, tidak ada kemudahan asas utama seperti jalanraya bertar maupun bekalan elektrik di sini. Bandar yang paling dekat adalah Bandar Pusat Jengka dan bandar Jerantut. Tidak ada jalinan jalanraya yang sempurna melainkan jalan tanah merah dan berselut sehingga ke bukulali apabila hujan. Tidak ada sistem pengangkutan utama di sini melainkan pacuan 4 roda Land Rover milik pihak pengurusan Felda. Apabila malam tiba, semua rumah-rumah di sini diterangi oleh lampu-lampu pelita. Sistem bekalan air disediakan untuk dikongsi oleh beberapa buah rumah. Setiap buah rumah akan membeli gelungan getah paip bagi menyalurkan bekalan ke rumah masing-masing. Kekadang berlaku selisihfaham di antara jiran berebutkan bekalan air, namun tiada masalah yang serius. Dalam kebanyakan masa, bekalan air hanya boleh diperolehi seawal pagi. Terputus bekalan adalah perkara biasa. Bagi mengatasi masalah bekalan air bersih, pihak penduduk telah mengambil inisiatif sendiri untuk mengali perigi bagi mendapatkan bekalan air bersih. Tidak ada istilah bekalan elektrik di sini. Kerana keadaan hidup yang agak sukar di sini, tidak kurang yang mengambil keputusan untuk kembali ke kampung asal masing-masing. Bekalan makanan asas di sini disediakan oleh pihak FELDA yang membenarkan peneroka mengambil bekalan makanan secara hutang sebulan sekali. Bekalan tersebut termasuklah beras, gula, tepung, garam dan ikan masin.

Felda Melor Jengka 12
Felda
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Felda Melor Jengka 12
Mohor rasmi Felda Melor Jengka 12
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriPahang
Daerah Bandar Tun Razak
Penempatan FeldaFelda Melor Jengka 12
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
26420
Kod kawasan+609
Lokasi Felda Melor Jengka 12 di Peta Google

Kemudahan asas sunting

Pendidikan sunting

  1. Terdapat 3 jenis sekolah asas di sini. Iaitu sekolah rendah jenis kebangsaan, Sekolah Rendah Kebangsaan LKTP Jengka 12, Sekolah Rendah Agama Jengka 12 dan Sekolah Menengah Jengka 12.

Tempat beribadat sunting

  1. Terdapat sebuah Masjid iaitu Masjid An Nur dan beberapa buah surau. Juga terdapat sebuah kuil mini persendirian yang diuruskan oleh satu-satunya keluarga bukan Melayu.

Kemudahan sukan sunting

  1. Terdapat sebuah padang bolasepak, gelanggang sepaktakraw, bolatampar, bolajaring. Juga terdapat sebuah padang futsal.

Kemudahan dewan awam sunting

  1. Pihak FELDA telah siap membina sebuah dewan tertutup. Juga terdapat sebuah kemudahan inapdesa(homestay) yang diuruskan oleh NGO wanita di sini.

Poskod sunting

Poskod yang digunakan di Felda Melor Jengka 12, Bandar Tun Razak, Pahang adalah 26420.[1]


Rujukan sunting

Pautan luar sunting