Felda Selasih merupakan sebuah kampung yang terletak di daerah Besut, Jerteh, Terengganu, Malaysia. Kampung tersebut merupakan sebuah kampung contoh di antara semua FELDA yang terletak di negeri Terengganu. Di samping kedudukan serta lokasi rumahnya yang tersusun serta sifat penduduknya yang saling tolong-menolong antara satu sama lain . Terdapat pelbagai kawasan yang menarik di Felda Selasih yang jarang diteroka iaitu air terjun yang menarik, kawasan hutan simpan yang mengandungi pelbagai khazanah alam, dan antara laluan masuk ke Gunung Tebu.Jika pihak berwajib sedar dan tahu potensi kawasan-kawasan tersebut bagi menaiktaraf kepada kawasan tarikan pelancong dan riadah,pasti ianya setanding dengan kawasan rekreasi menarik yang lain seperti Hutan Lipur Lata Air Panas LA, Hutan Lipur Lata Belatan, dan sebagainya .

Felda Selasih

Kampung yang berdekatan dengan Felda Selasih adalah Kampung Tok Dor,Kampung Anak Ikan,Kampung Bukit Jeruk,Kampung Renek,Kampung Anak Musang,Kampung Bintang, Kampung Kuala Kubang, dan sebagai.

Antara yang menarik di Felda Selasih ialah kemudahan infrastruktur sukan yang lengkap.Di samping itu,satu Pusat Futsal yang terbesar di seluruh negara telah ditubuhkan di Felda Selasih , Ianya menjadi tumpuan bukan sahaja warga Felda,malahan penduduk di seluruh negara. Felda Selasih ini mempunyai satu sekolah kebangsaan Sekolah Kebangsaan Felda Selasih, TABIKA KEMAS,dan juga Sekolah Agama Rakyat yang memberi didikan agama kepada anak-anak Felda pada sebelah petang.

Pengunjung yang ingin berkunjung ke Felda Selasih boleh melayari website ini untuk mendapatkan info yang lebih terperinci lagi di Facebook/Felda-Selasihtentang Felda Selasih.