Tenggaroh 6 merupakan sebuah FELDA Tenggaroh yang terletak di daerah Mersing, dan paling berdekatan dengan daerah Kota Tinggi, Johor. Ia terletak di hujung gugusan FELDA tersebut.

Petempatan sunting

Petempatan di sini dianggarkan seramai 252 buah rumah. Kebanyakan penduduk telah mengubah suai rumah mengikut kesesuaian masing masing. Keadaan pada masa sekarang amatlah berbeza semasa ia baru diduduki dulu. Tenggaroh 6 juga amat berdekatan dengan Tanjung Leman yang menjadi pintu masuk ke Pulau Sibu.

Hasil penduduk sunting

Ia merupakan gugusan FELDA yang terbesar di negeri Johor. Pendapatan utama penduduk merupakan hasil kelapa sawit. Kelapa Sawit ini diperoleh daripada FELDA untuk tujuan memudahkan penduduk setempat mendapatkan benih kelapa sawit tersebut. FELDA juga membekalkan baja kelapa sawit serta kelengkapan lain untuk penduduk seperti sistem koperasi FELDA. Ia memudahkan penduduk setempat mendapatkan bekalan seperti beras.

Pendidikan sunting

  • Sekolah Kebangsaan Tenggaroh 6
  • Sekolah Agama Tenggaroh 6