Felda Trolak Timur
Felda Trolak Timur merupakan sebuah kampung yang terletak di Sungkai, Perak Darul Ridzuan. Trolak Timur merupakan sebuah penempatan tanah rancangan Felda. Aktiviti ekonomi utama merukan tanamn kelapa sawit. Penduduknya terdiri dari orang Melayu yang datang berhijrah dari berbagai tempat dari seluruh Perak dan dan beberapa tempat dari kedah.
Bentuk muka-bumi Trolak Timur adalah bergunung ganang kerana kedudukanya berhampiran dengan banjaran titi Wangsa. Disini juga terdapat aliran air terjun yang bersih dengan udara yang nyaman bagi tujuan reakrasi pengunjung yang datang dari kawasan bandar. Hingga kini tiada mana-mana agensi yang memajukan kawasan ini sebagai kawasan pelancongan. Oleh yang demikian kunjungan tujuan reakrasi di sini adalah percuma.