Kelab Bola sepak Felda Bersatu atau KB Felda Bersatu adalah kelab bola sepak profesional Malaysia yang berpusat di Jengka, Pahang. Dikendalikan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda). Pasukan ini beraksi di liga utama bola sepak Malaysia, iaitu Liga Super Malaysia. Selepas merangkul kejuaraan Liga Premier Malaysia 2018, pasukan ini layak dipromosikan ke Liga Super. Dikenali dengan jolokan The Fighters di kalangan peminat, Felda United telah mengambil bahagian dalam liga bola sepak Malaysia sejak tahun 2007.

Felda Bersatu
Nama penuhKelab Bola sepak Felda Bersatu
Gelaran(The Fighters)
Nama pendekKBFB
Diasaskan19 January 2007; 16 tahun yang lalu (19 January 2007)
StadiumStadium Tun Abdul Razak,
Jengka, Pahang
(Kapasiti: 25,000)
PemilikFelda
PresidenKosong
PengurusMalaysia Jamaludin Ahmad
JurulatihMalaysia Mohd Nidzam Jamil
LigaLiga Super Malaysia
2019ke-10
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga

Sejarah sunting

Kelab Bola sepak Felda Bersatu ditubuhkan pada 19 Januari 2007 untuk menyertai Liga Bola Sepak Malaysia bermula dengan Piala FAM 2007. Penubuhan dan pembangunan pasukan ini dimulakan oleh Felda. Pengenalan pasukan ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu Najib Razak pada 19 Januari 2007. Oleh kerana sukan bola sepak merupakan sukan utama di Malaysia dengan sejumlah besar penyokong, Felda memutuskan untuk melangkah lebih jauh ke industri bola sepak kerana mempunyai infrastruktur dan kemudahan cukup. Kelab ini memulakan perjalanan mereka dengan membuat debut di Liga Bola Sepak Malaysia dengan bermain di liga bahagian peringkat ketiga, Piala FAM Malaysia. Sekarang, kelab ini mendapat perhatian para penyokong terutamanya generasi Felda. Felda Bersatu dikenali dengan nama Budak Felda. Para penyokong pasukan ini menggunakan sorakan Serang Bang Serang setiap kali perlawanan Felda Bersatu berlangsung.

Stadium sunting

 
Stadium Tun Abdul Razak

Stadium utama Felda United adalah Stadium Tun Abdul Razak di Jengka, Pahang. Pasukan ini secara rasmi mula bermain di stadium ini pada tahun 2016 hingga kini. Stadium ini selesai pembinaannya pada akhir 2015.

Dalam penglibatan awal mereka di Liga Bola Sepak Malaysia, pasukan ini pernah beraksi di Stadium Petronas di Bangi, Selangor dan juga telah bermain beberapa perlawanan di Stadium Mindef di Kuala Lumpur apabila Stadium Petronas tidak digunakan. Mereka juga bermain di Stadium Petaling Jaya dan Stadium Selayang di Selangor, Stadium Hang Jebat di Melaka dan Stadium KLFA di Kuala Lumpur, sebelum berpindah ke Stadium Tun Abdul Razak untuk musim 2016 dan seterusnya.

Penajaan sunting

Tahun Pengeluar Kit Penaja Utama Lain-lain Penaja
2007 Dikeluarkan oleh kelab - -
2007/08 Adidas Celcom
2009 Kappa Streamyx Power Root, Felda D'Saji
2010 TM, Felda Prodata Systems
2011 Felda Prodata Systems Felda D'Saji
2012 Felda Prodata Systems, Felda D'Saji Felda Sawari
2013 Umbro FGV Felda Prodata Systems
2014 Puma Felda Koperasi Permodalan Felda Berhad, FGV
2015 Koperasi Permodalan Felda Berhad
2016 FBT -
2017 -
2018 Felda, Tenera Hotel Felda Prodata Systems, Felda D'Saji, D'Mart, AirAsia, Animasia, ATF Sport Taping
2019 Felda, Ironco, Grand Borneo
2020 Felda, TMCB -

Pemain sunting

Skuad Utama sunting

Sehingga 14 Februari 2020
No. Posisi Pemain
1   GK Muhaimin Mohamad
2   DF Azarul Nazarith
3   DF Tasnim Fitri
4   MF Fadhil Idris
6   DF Faiz Mazlan
7   MF Frédéric Bulot
9   FW Ryutaro Megumi
10   FW Nicolás Vélez
12   MF Shahrul Aizad
13   FW Zulfahmi Awang
17   DF Azmizi Azmi
18   DF Jadid Ilias
19   FW Tayo The Little Bus
20   DF Ezanie Salleh
No. Posisi Pemain
21   MF Jasazrin Jamaluddin
22   GK Zarif Irfan
23   FW Haikal
24   GK Syah Fadil Jokori
27   MF Ariff Farhan Isa
28   DF Azrul Nizam
29   MF Adam
30   DF Haziq Puad
71   DF Osman Yusoff
  DF Naqib Najwan
  DF Nikola Raspopović
  DF Wazif Nazrail
  DF Harith Marzuki
  MF Norazwan Amir

Kelab Feeder sunting

Felda United FC mempunyai kelab feeder nya tersendiri iaitu kelab Young Fighters FC. Dimana pasukan ini beraksi di divisyen 3 liga bola sepak Malaysia, Liga M3 Malaysia. Kelab ini ditubuhkan pada tahun 2015 dan turut dibiayai oleh syarikat FELDA.

Pencapaian sunting

Domestik sunting

Kejohanan Juara Naib Juara
Divisyen 1/Liga Super 2016
Divisyen 2/Liga Premier 2010, 2018 2014
Piala FA Malaysia 2014

Rekod sunting

Domestik sunting

Tahun Liga Piala
Divisyen Posisi Piala FA Piala Malaysia Piala AFC
2007 Piala FAM Malaysia Ke-3 - - -
2007-08 Liga Premier Malaysia 6/13 Suku-akhir - -
2009 Liga Premier Malaysia 6/13 Pusingan ke-2 - -
2010 Liga Premier Malaysia Juara Pusingan ke-3 Peringkat Kumpulan -
2011 Liga Super Malaysia 11/14 Suku-akhir Suku-akhir -
2012 Liga Super Malaysia 10/14 Pusingan Awal Suku-akhir -
2013 Liga Super Malaysia 11/12 Pusingan Awal Peringkat Kumpulan -
2014 Liga Premier Malaysia Naib-juara Naib-juara Separuh-akhir -
2015 Liga Super Malaysia 5/12 Pusingan ke-2 Separuh-akhir -
2016 Liga Super Malaysia Naib-juara Pusingan ke-3 Suku-akhir -
2017 Liga Super Malaysia 3/12 Pusingan ke-2 Separuh-akhir Peringkat Kumpulan
2018 Liga Premier Malaysia Juara Suku-akhir Suku-akhir -
2019 Liga Super Malaysia 10/12 Separuh-akhir Peringkat Kumpulan -
2020 Liga Super Malaysia -

Asia sunting

  • Piala AFC: 1 Penampilan
    • 2017: Peringkat Kumpulan

Struktur organisasi sunting

Pegawai-pegawai senior

  • Penasihat:
  • Presiden: Kosong
  • Timbalan Presiden:   Datuk Mohd Isa Abu Kasim
  • Naib Presiden 1: Kosong
  • Naib Presiden 2:   Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman
  • Setiausaha Agung:   Zulkarnain Muhammad
  • Bendahari:   Shahrin Mohd Ali

Pegawai pasukan

  • Pengurus Pasukan:   Jamaludin Ahmad
  • Penolong Pengurus Pasukan:   Mohd Norhafizi Abdul Rahim
  • Koordinator:   Mohamad Faizal Taha
  • Ketua Jurulatih:   Mohd Nidzam Jamil
  • Penolong Ketua Jurulatih :
  • Jurulatih 1:   Mohd Zahid Hashim
  • Jurulatih 2:   Mohd Khairul Ismail
  • Jurulatih Penjaga Gol:   Azlisham Ibrahim
  • Jurulatih Kecergasan:   Ahmad Radzi Salleh Raibi
  • Ketua Fisioterapi:   Fikri Yusri
  • Ahli Fisioterapi:   Shukri Arifin

Pengurus sunting

Tahun Nama
2007 - 2012   Faisal Zakariah
2013   K. Devan
2014 - 2016   Jamaludin Ahmad
2016   Zulkarnain Mohamad
2017 -   Jamaludin Ahmad

Jurulatih sunting

Tahun Nama Kejuaraan
2007 - 2009   Reduan Abdullah
2009   Ahmad Fairuz Mohd Yunus (sementara)
2009 - 2012   E. Elavarasan Liga Premier Malaysia 2010
2013   K. Devan
2014 - 2016   Irfan Bakti Abu Salim Liga Premier Malaysia 2014
Piala FA Malaysia 2014
Liga Super Malaysia 2016
2016   Mohamad Nik (sementara)
2016 - 2017   Azmi Mohamed
2017   Mohamad Nik (sementara)
2017 - 2018   B. Sathianathan Liga Premier Malaysia 2018
2019 -   Mohd Nidzam Jamil

Persatuan yang Menyelia sunting

Pautan luar sunting