Buka menu utama

Fenomena ialah album studio pertama kumpulan Search semenjak kugiran tersebut bernaung di bawah label BMG. M. Nasir sekali lagi menyandang tugas sebagai penerbit album Search ini yang menggunakan kemudahan rakaman di Gins Studio, Jakarta; dan King's Studio, Kuala Lumpur.

Fenomena
Album studio oleh Search
Dikeluarkan pada1989 (Kaset)
1990 (Cakera Padat)
GenreRock
SyarikatPacific Music Corporation/BMG Pacific
PenerbitM. Nasir
Kronologi Search
Mentari Merah Di Ufuk Timur
(1987)
Fenomena
(1989)
Karisma
(1990)

Album Fenomena juga merupakan album Search pertama yang terdapat dalam bentuk cakera padat (CD). Bentuk kasetnya keluar pada tahun 1989, diikuti dengan versi CD pada tahun berikutnya yang menampakkan perbezaan dalam susunan lagunya. Album ini turut mengalami baik pulih digital dan rakaman tambahan untuk keluaran semula dengan judul Fenomena 2003.

Ketika album ini dihasilkan, kumpulan Search pada asalnya terdiri daripada Amy (vokalis), Hillary Ang (gitar utama), Din (gitar irama), Nasir (bass) dan Yazit (dram). Namun, Hillary meninggalkan kugiran ini di tengah-tengah sesi rakaman album Fenomena untuk mengejar kerjaya solo dan tempatnya digantikan oleh Hamzah bin Mohd Taib atau Kid yang sebelum ini merupakan pemain gitar utama kumpulan Gersang.

Album ini mengandungi Hits seperti Isabella, Pawana dan Fenomena.

Senarai runutSunting

Versi Kaset (1989)
No. TajukLirikGubahan Masa
1. "Fenomena"  UsopM. Nasir 4:32
2. "Purnama"  BobBob 5:32
3. "Isabella"  BobSearch 5:08
4. "Derap Komando"  WanafisuSearch 5:12
5. "Ku Taklukkan Dunia"  Dani M.Dodo Zakaria 5:22
6. "Menara Kesesatan"  SearchSearch 6:09
7. "Bencana"  SisoM. Nasir 5:44
8. "Pawana"  S. Amin ShahabM. Nasir 4:13
9. "Songsang"  UsopBob 4:03
10. "Gadis Misteri"  S. Amin ShahabM. Nasir 5:28
Versi Cakera Padat (1990)
No. TajukLirikGubahan Masa
1. "Fenomena"  UsopM. Nasir 4:32
2. "Purnama"  BobBob 5:32
3. "Isabella"  BobSearch 5:08
4. "Derap Komando"  WanafisuSearch 5:12
5. "Ku Taklukkan Dunia"  Dani M.Dodo Zakaria 5:22
6. "Menara Kesesatan"  SearchSearch 6:09
7. "Bencana"  SisoM. Nasir 5:44
8. "Pawana/Songsang"  S. Amin Shahab/UsopM. Nasir/Bob 8:18
9. "Gadis Misteri"  S. Amin ShahabM. Nasir 5:28
10. "Mencari (instrumental)" (lagu bonus) Noordin Taib 4:42
11. "Malam" (lagu bonus)M. NasirM. Nasir 4:38

Pautan luarSunting