Fenomena merupakan sebuah filem drama romantik Malaysia 1990 arahan Aziz M. Osman dan ditayangkan pada 31 Mei 1990.[1] Ia dibintangi oleh Ramona Rahman, M. Nasir dan Amy Search, mengisahkan tentang pengembaraan seorang wanita British yang lahir di Malaysia. Dia kembali ke Terengganu, negeri yang menjadi tempatnya menghabiskan zaman kanak-kanak. Filem ini merupakan percubaan sulung Aziz sebagai pengarah.[2]

Fenomena
PengarahAziz M. Osman
PenulisZain Mahmood
Dihasilkan olehZain Mahmood
DibintangiRamona Rahman
M. Nasir
Amy Search
SinematografiBade Hj. Azmi
Disunting olehBade Hj. Azmi
Muzik olehM. Nasir
Syarikat
penerbitan
Teletrade Pictures
Tarikh tayangan
  • 31 Mei 1990 (1990-05-31) (Malaysia)
Masa tayangan
149 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sinopsis

sunting

Mengisahkan Isabella, anak kepada Tuan Howell, seorang pengurus lombong bijih besi di Bukit Besi, Terengganu, telah menghidapi sejenis penyakit yang aneh ketika berusia setahun. Pada suatu malam Isabella menangis tidak henti-henti hingga mendorong tukang kebun mereka Wak Labib yang juga dukun cuba mengubatinya. Serta merta Isabella berhenti menangis dan segar seperti kanak-kanak sihat.

Setelah 24 tahun berlalu, Isabella yang kini sarjana di Universiti London dalam bidang pengajian penyakit ganjil tersebut. Doktor-doktor di England berpendapat bahawa Isabella hanya berpeluang hidup selama enam bulan lagi. Isabella tidak dapat menerima hakikat itu, berpendapat hanya Wak Labib mampu mengubati penyakitnya, berazam kembali ke Bukit Besi untuk menemuinya.

Pelakon

sunting

Pelakon utama

sunting

Pelakon pembantu

sunting
  • Abu Bakar Omar sebagai Wak Labib
  • Johan Abdullah sebagai Mr. Howell
  • Hashimah Zulkifli sebagai Mrs. Howell
  • Afidah Es sebagai Limah
  • Nur Amarina Zulkifli sebagai Seri
  • Mohd Yunus Osman sebagai Sudin

Penampilan khas

sunting

Fenomena diserikan dengan elemen kerohanian dan nilai-nilai yang berkait rapat dengan masyarakat Melayu di Malaysia.

Anugerah dan pencalonan

sunting

Fenomena meraih banyak anugerah pada Festival Filem Malaysia ke-9 pada 1991 dan anugerah yang dimenangi adalah seperti berikut:

  • Skor Muzik Terbaik – M. Nasir
  • Lagu Tema Terbaik – M. Nasir
  • Jurukamera Terbaik – Badaruddin Azmi
  • Penataan Bunyi Terbaik – Musa Idris
  • Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Noramarina Zulkifli
  • Anugerah Khas Juri – Filem Box-Office

Rujukan

sunting
  1. ^ "Fenomena, arahan sulung Aziz M. Osman", Berita Harian, 26 Mei 1990.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-15. Dicapai pada 2018-07-15.

Pautan luar

sunting